Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, February 25, 2020

Apa maksud perdana menteri interim

Boleh?


Setuju...

Mudah cakap, perdana menteri interim ialah perdana menteri sementara.

Apabila YDA luluskan perletakan jawatan  mahathir semalam maka secara automatik kita bukan sahaja tiada perdana menteri bahkan jemaah menteri ikut terbubar.

Ada yang mengatakan tindakan ini selaras dengan perlembagaan. Namun ada yang mengatakan tidak disebut dalam perlembagaan.

Demang ambik pendapat dua orang penganalisi politik iaitu Profesor Datuk Salleh Buang dan Prof Dr Hamidin Hamid.

Namun ia adalah suatu keperluan semasa.

Ngata aku la tu...

Ada sedikit perbezaaan suasana dengan 'caretaker' ketika parlimen dibubarkan bagi memberi laluan pada pilihanraya umum (PRU).

Namun fungsinya hampir sama iaitu waktu senggang ini mesti diisi bagi menguruskan pentadbiran negara.

Dari segi jangka masa, kekosongan perdana menteri semasa PRU ada tarikh tamatnya tetapi dalam kes sekarang, tiada tarikh ditetapkan.

Sementara itu mari kita lihat apakah implikasi perletakan jawatan perdana menteri semalam.

1. Jemaah menteri terbubar secara automatik.

Itu paling penting.

Seterusnya...

2. Yang Dipertuan Agong akan melaksanakan kehendak perlembagaan seperti berikut:

Perkara 43. Jemaah Menteri.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.

Terlalu teknikal? Baiklah. Demang permudahkan.

Perkara 43 (1)
Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri... 

Lihat pula kurungan dua:
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri

Maknanya, untuk melantik Jemaah Menteri baginda hendaklah melantik seorang perdana menteri terlebih dulu.

Maka kita sekarang menanti YDA melantik seorang perdana menteri. Beliau mestilah dari kalangan 222 ahli Dewan Rakyat atau wakil rakyat.

YDA boleh lantik siapa sahaja yang PADA HEMAT baginda (gerak hati?) MUNGKIN akan disokong oleh majoriti ahli parlimen (MP).

Lihat istilah PADA HEMAT dan MUNGKIN yang digunakan dalam perlembagaan itu.

Contoh mudah ialah Tun Mahathir dilantiknsebagai perdana menteri ke7 padahal beliau bukanlah ketua parti paling ramai ahli dalam parlimen.

Yang penting, YDA yakin bahawa majoriti ahlim parlimen suka dia.


Allah taala beri YDA kuasa besar di situ.

Namun jika ahli parlimen tidak suka, mereka boleh membuat usul undi tidak percaya di parlimen.

Bagaimana jika YDA tetap dengan keputusan baginda?

Ingat, YDA juga ada kuasa isytihar darurat!

Nanti Demang sembang lagi.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

4 comments:

HAMIDIsP said...

Memang hebat permainan politik Tun Mahathir. Sekarang semua kuasa ada ditangannya seorang.

Anonymous said...

Sumpah laknat jadi kenyataan dan PH hancur berkecai betapa besarnya pengorbanan boss ku Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun menyokong rancangan kerajaan baharu itu walaupun Dr Mahathir bertegas Najib mesti menghadapi tindakan undang-undang atas pertuduhan yang dilakukan.

Jika Najib memikirkan kepentingan diri dan populariti beliau yang sedang mencanak sekarang tentulah beliau akan menentang sebarang usaha membentuk kerajaan bersama Dr Mahathir. Namun bagi pemimpin UMNO dan Pas, agenda Melayu dan Islam dalam kerajaan lebih penting daripada kedudukan mereka.

Selagi mahkamah belum jatuhkan hukiman sesorang itu belum dituduh bersalah ..

DAP LGE terdesak untuk sokongan dari Tun (selama ini DAP dan PKR yg sabotaj Tun) hingga menuduh pemimpin kleptokrasi global utk menjadi kerajaan... Tokong hanya tunggu masa kes kamu dibongkar...!!

Anonymous said...

HEBAHAN SEGERA - ako kopi pes dr laman blog budin/reformasi..

�� *Untuk Hebahan Segera*

*SOLIDARITI MENGIRINGI AHLI PARLIMEN KEADILAN MENGHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH*

=======
*DAULAT TUANKU*
=======

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengajak anggota Keadilan untuk sama-sama mengiringi Ahli Parlimen Keadilan yang akan merafak sembah menghadap Tuanku YDPA Agong pada hari esok, 26 Feb 2020.

Kita akan sama-sama menyambut ketibaan kepimpinan Keadilan di perkarangan *pintu 2* Istana sambil mendoakan keputusan yang terbaik daripada Yang Amat Mulia Tuanku.

*SOLIDARITI BERSAMA AHLI PARLIMEN KEADILAN*
�� *Rabu - 26 Feb 2020.*
⏰ *10.00 pagi.*
�� *Perkarangan Pintu 2 Istana Negara.*
https://maps.app.goo.gl/wpyGX72fgbUj5x628

======
*DAULAT TUANKU*
======

#TeguhSetiaDSAI.
#AMK

Anonymous said...

Nak tanya je knp perdana menteri interim mesti mahadey..blh je org lain kan sbb interim je kot..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)