Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, February 16, 2020

tersungkur di pintu putrajaya


Anwar Ibrahim bermula sebagai aktivis masyarakat sebelum terjun ke arena politik sepenuh masa.

Medan awal beliau ialah belia. ABIM atau Angkatan Belia Islam Malaysia amat sinonim dengan beliau.

Beberapa tahun lalu saya berpeluang berbual panjang dengan orang yang terlibat dalam belia bersama Anwar semasa mereka remaja. Namun pertubuhan belia mereka berbeza.

Pada suatu ketika mereka berdua terpilih mewakili Malaysia. Teman saya ke Rusia dan Anwar Ibrahim ke Amerika.

Kalau tak silap saya selama sebulan mereka menjadi tetamu kehormat negara berkenaan.

Bayangkan remaja mendapat peluang yang begitu hebat.


Selepas itu Anwar semakin aktif. Beliau kemudiannya mengambil keputusan menyertai parti politik.

UMNO dan PAS sama² mengidam pemimpin masa depan itu.

Namun Anwar melihat peluang bersama UMNO lebih cerah.

Anwar menyerta team Mahathir, ditatang, dan diberi segenap peluang hingga ke tangga nombor dua, Timbalan Perdana Menteri.

Bahkan Anwar sempat menjadi pemangku Perdana Menteri ketika Tun Mahathir bercuti.

Diberi laluan dan disediakan tempat untuk jadi orang nombor satu. Takdir Allah mengatasi segala.

Laluan politik Anwar seolah dibentangkan permaidani merah ke singgahsana putrajaya.

Sayang seribu kali sayang. Selangkah lagi di pintu gerbang putrajaya Anwar tersungkur.

Yang membuang Anwar ialah Mahathir sendiri, orang yang bertanggungjawab membawa beliau ke puncak politik negara.

Huru hara negara bermula apabila Anwar disingkir dari semua jawatan politik!

Untuk terkenal dan ramai follower, jadi artis la. Youtuber pun ramai pengikut.

Maka peperangan bermula antara Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Saya menoleh pada sejarah kalau² ada contoh yang boleh diteladani.

Peristiwa 1
Bendahara Sri Wak Raja diketepikan

Tun Perak, anakanda Sri Wak Raja kemudiannya menjadi bendahara paling cemerlang dan terkenal di zaman kesultanan Melaka

Tindakan
Bendahara berkenaan merajuk dan membuang diri.

Kesan
Negara berjalan seperi biasa bahkan selepas itu Melaka lebih cemerlang.

Peristiwa 2
Tun Tuah dituduh ada skandal dengan dayang istana.

Laksamana Hang Tuah bukan sahaja tinggi ilmu pendekarnya bahkan ilmu agama dan amalan kewalian

Tindakan
Tun Tuah mengundur diri ke Hulu Melaka.

Kesan
Negara kekal stabil. Huru hara yang cuba dicetuskan oleh Jebat berjaya dipadamkan oleh Tun Tuah sendiri.

Peristiwa 3
Bendahara Tun Mutahir dituduh cuba merampas tahta

Tun Mutahir hebat bukan kerana jawatan tapi kerana pengorbanan diri dan keluarga ketika menerima ujian Allah

Tindakan
Tun Mutahir sekeluarga menerima hukuman mati dan redho dengan takdir Allah.

Kesan
Sultan menyesal dengan tindakan tanpa usul periksa turun tahta dan mengasingkan diri untuk beribadat.

Peristuwa 4
Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dipecat dari semua jawatan atas tuduhan skandal luar tabie.

Tindakan
Melancarkan penentangan terhadap tuduhan secara terbuka. Mengajak rakyat untuk menyokongnya. Melakukan deminstrasi jalanan secara besar²an dan berterusan.

Kesan
Kerajaan yang dipimpin parti Islam tumbang dan puak kuffar mendominasi pentadbiran kerajaan.

Apa ertinya menang jika negara huru hara?

Ternyata daripada empat peristiwa tersebut kita boleh melihat siapakah negarawan tulen yang sanggup berkorban demi negara

Adakah orang yang tidak redho dengan takdir  Allah taala hingga sanggup menghuru-harakan negara boleh kita lantik sebagai pemimpin kita?

Saya tidak persoalkan benar atau tidak pertuduhan yang dibuat tetapi tindak balas yang sepatutnya beliau ambil demi negara.

Jika Anwar beralah ketika itu, saya percaya hari ini beliau lah yang rakyat pilih untuk menjadi perdana menteri.

Sayangnya Anwar Ibrahim tidak memilih jalan itu. Beliau tidak memilih untuk sabar dan redho. Beliau tegar melihat negara huru hara demi perjuangan peribadinya.

Ya. Anwar Ibrahim memang pejuang... Pejuang Diri Sendiri.

Waalahu'alam

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008. Sebagai TYDP Blogger Pembela Negara, taat setia pada raja dan negara.

Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------


No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)