Apakah ini usaha bersepadu bagi menyingkirkan Anwar Ibrahim?
Kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki:
"Tidak ada istilah Pakatan Nasional, yang ada hanyalah Muafakat Nasional. Seperti yang semua ketahui, kita sudah menandatangani piagam dan proses menandatangani ini bukanlah mudah."
Kata pula Hj Hadi Awang:
"Kuasa politik Melayu, Islam mesti mendominasi pemerintah hari ini, kita lihat ada "kecanggungan" (kepincangan) dalam PH hari ini."
Kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
“PAKATAN Nasional itu apa? Tak tahu pula saya, tak pernah bincang pasal Pakatan Nasional, kita Muafakat Nasional.”
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata:
"Penubuhan Pakatan Nasional yang dikatakan akan menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui ‘pintu belakang’, berbahaya kepada cara hidup masyarakat negara ini."
Mari kita lihat kedudukan kedua²nya:
Muafakat Nasional
Ia adalah piagam yang dimeterai antara UMNO dan PAS pada 14 September 2019. Ada 6 perkara yang disepakati bersama.
Pakatan Nasional
Dikatakan bakal melibatkan Parti Bersatu, UMNO-Barisan Nasional, Pas, sebahagian pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pro-Mohamed Azmin, Gabungan Parti Sarawak dan Parti Warisan Sabah sekali gus mengetepikan PKR, Parti Amanah Negara dan DAP.
Secara ringkasnya:
1. Muafakat Nasional melibatkan DUA parti Melayu-Islam iaitu UMNO dan PAS.
2. Pakatan Nasional lebih luas iaitu parti² yang terlibat bukan sahaja UMNO dan PAS malah parti pemerintah dengan diterajui PM, PKR (Azmin). Lebih menarik lagi ia turut disertai bukan Islam.
3. PKR (Anwar), DAP, dan PAN (Mat Sabu) akan tersingkir.
Sekali imbas ternyata Pakatan Nasional lebih mantap. Namun yang menggusarkan beberapa kelompok dalam UMNO dan PAS ialah keikhlasan Mahathir.
Adakah ini muslihat Mahathir atau kerana beliau memang benar² terdesak?
Apapun, sehingga hari ini belum ada kenyataan atau tawaran rasmi untuk merealisasikan Pakatan Nasional.
Ia masih berstatus Rahsia Umum.
Atas kertas, samada Muafakat Nasional atau Pakatan Nasional, Anwar Ibrahim ke tepi jua.
Wallahu'alam.
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
4 comments:
Bila nmpk BN berpotensi tumbang, PR dihijack. Bila nmpk PH berpotensi tumbang, MN pula dihijack. Juga jadi strategi utk menggertak komponen PH.
Senang cakap..kalu tkder angin masakan pokok bergoyang..brokar2 telah diketahui..walau pun pintu belakang tidak berlaku di masa ini..tidak mesti nya tidak berlaku..broker2 bijak menjalan kan operasi..tk lama..
Jalan la tuu..
Kannnnn...he he
Gitu le nampaknya..ha³
Post a Comment