Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, May 7, 2018

Tun selamatkan najib

Siaran Ekslusif

Samada sengaja atau tidak tun memang telah menyelamatkan najib, umno, dan bn.

Demang kata TELAH walaupun hari mengundi belum tiba dan keputusannya masih menjadi rahsia Allah taala.

Ada sebab Demang kata begitu.

Apabila anwar ditahan semula atas tuduhan jenayah maka orang selepas anwar yang paling sesuai menjadi ketua pembangkang ialah daripada dap.

Ye lah. Takkan nak lantik mat sabu kot.

Apa isu yang akan dibawa dap? Entah lah.
Mampukah umno menjawab semua isu itu? Sekali.lagi, entah lah.

Situasi ketika itu ialah jika diadakan pilihanraya maka kemungkinan besar BN kalah.

Maka campur tangan tun pun bermula.

Mula² tun hebohkan isu altantuya padahal mendiang karpal sigh yang menjadi peguam pemerhati keluarga altantuya pun tak pernah ungkit sampai dia mati.

Tun terlepas pandangkah?

Kemudian tun bawa isu 2.6b walaupun beliau tahu bahawa wang untuk dana pilihanraya semua parti dimasukkan ke akaun individu bagi mengelakkan audit SPR.

Ini dibuktikan dengan pendedahan amalan beliau sendiri serta semua parti di malaysia termasuk PKR dan DAP.

Tun juga buka semula isu 1mdb yang perjalanan akaunnya boleh disemak oleh sesiapa sahaja. Itu membuktikan bahawa pengurusan 1mdb adalah telus.

Tun tidak tahukah?

Ternyata semua isu yang dimainkan oleh tun adalah isu basi yang mudah dijawab oleh pihak kerajaan.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Jawapan beserta fakta dan bukti terhadap isu yang ditimbulkan tun beransur² memberikan kefahaman pada rakyat yang mengikutinya.

Setelah semua isu tersebut menjadi jelas maka tun mula ke fasa seterusnya iaitu pura² nyanyuk. Beberapa kesilapan yang tak seharusnya berlaku tiba² dilakukan tun bersambung². Lepas satu, satu.

Makin lama umno makin pulih dan pembangkang semakin keliru dengan isu yang diterajui tun.

Satu dua hari ini tun menggemparkan negara dengan menziarahi kubur musuh² politiknya. Di kelantan beliau sempat dihalang oleh keluarga almarhum tgna.

Mutakhir tadi, tun dilaporkan tidak jadi ke sabah dan sarawak. Kehadiran tun ke sana memang amat diharapkan pihak PH bagi memberi semangat pada penyokong mereka.

Ini adalah malam terakhir dan esok sebarang rapat umum tidak dibenarkan lagi.

Tun tak kan tiba di sabah dan sarawak pada pru ini. Padahal tun tahu mana² parti yang hendak membentuk kerajaan takkan mampu tanpa sokongan sabah dan sarawak.

Tugas tun sudah hampir selesai. Beliau tamatkan episod yang bermula semasa beliau menjadi perdana menteri dengan baik.

Usia tun sudah menjangkau 93. Kalau ikut adat tidak begitu lama lagi beliau akan meninggalkan kita.

Perjuangan beliau tidak perlu didendang semasa hayatnya. Beliau akan pergi diam² selepas pru meninggalkan mereka yang sedang terpinga².

Tidak ada pembongkaran. Yang ada nanti hanya nisan kaku yang menyimpan sejuta rahsia.

Wallahu'alam.

Bersambung: pesanan sebelum mengundi

Artikal sebelum: syaitan

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

7 comments:

Anonymous said...

Artikel merepek standard macam esei oleh pelajar utem.

Anonymous said...

Ada yang mengatakan tulisan ini merepek. Tetapi kepada yang mengikuti perjalanan politik di Tanah Melayu ini dengan berlapang dada pasti akan dapat melihat trend yang Demang tuliskan.

Berpolitik seharusnya bukan terlalu fanatik sehingga membutakan mata dan pekakkan pendengaran untuk menilai perjalanan sesebuah kerajaan samada berjaya atau tidak. Pembangkang juga punyai kerajaan negeri tertentu yang sepatutnya digunakan untuk menjadi bukti kemampuan untuk mentadbir tetapi malangnya ianya tidak berlaku sebegitu. Malah ianya dengan jelas menunjukkan ketidakmampuan mereka sebagai pentadbir sebuah kerajaan.

Cheguman Daulay said...

Setuju.

Cheguman Daulay said...

terima kasih atas komen.

Cheguman Daulay said...

Terima kasih atas tambahan pandangan

mohd fazdli said...

Setuju

Azrin Hardy said...

Melantik dari kalangan yg tidak teruji & menaruh jutaan harapan pula tu. What is goin on..?

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)