Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, May 20, 2018

Calon PM selepas mahathir


Zahid ada visi islamik. Hisham, entahlah. Sambung legasi keluarga sahaja agaknya.

Tun mahathir kata beliau hanya pegang jawatan PM untuk 2 tahun sahaja.

Siapa selepas itu? Ramai yang kata Anwar akan ambil alih.

Bagi Demang, belum tentu. Setidak²nya, ia tidak semudah itu.

Yang tinggal dalam UMNO ialah zahid hamidi, hisyamudin tun husin, dan khairy jamaludin.

Ali rustam tak perlu dimasukkan dalam senarai lah. Dah dua kali orang melaka tolak beliau. Itu yang rasmi, yang tak rasmi lagi banyak.

Ramai yang rasa ada calon lain lebih baik daripada zahid. Jika demikian, susahlah sebab PM yang sederhana, sukar mengawal keadaan.

Hisyamudin pula sukar berdiri sendiri. Pemimpin umno yang banyak duit itu berada di tempat sekarangpun sebab dia berada di atas rakit yang diterajui sepupunya, najib.

Jarang Demang hentam peribadi tapi jika terpaksa memilih hisyamudin, Demang fikir lebih baik dikuburkan umno. Selagi ada H2O dalam umno, legasi kepimpinan karpet kuning akan berterusan.

Kita sudah ada raja maka tak perlulah lagi kerabat diraja atau berasal-usul dari istana jadi wakil rakyat.

Kita juga ada calon² Perdana Menteri dari PAS, PKR, PAN, dan lain² termasuk dari sabah sarawak, dan jangan lupa DAP. Di situ juga ada calon berpotensi.

Wallahualam.

Bersambung... BTN kembalikan nyawa Mahathir

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: gabungan umno, pas, ph

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


4 comments:

Anonymous said...

Sy kurang bersetuju jika zahid hamidi dikatakan bakal perdana menteri malaysia kerana zahid tdk mempunyai karisma dari segi kepimpinan sbagai ketua negara.. Beliau tidak "cool" dlm byk perkara.. Tindakan beliau yg suka menjerit2 atau menekan2 suara ketika berkata2 nampak tdk tenang dan profesional dlm bhujah..

Manakala, hishamuddin juga kelihatan tdk layak utk mengisi jawatan perdana menteri.. Beliau kelihatan terlalu berlembut dlm mentadbir dimana ia mudah utk dipengaruhi oleh sesiapa shaja dlm bertindak atau membuat keputusan!

Kita perlukan seorang ketua dlm umno yg diterima bukan sahaja ahli umno malah rakyat khususnya..! Ini penting kerana jatuhnya umno @ bn pd waktu ini adalah kerana penolakan jelas dari rakyat terhadap kepimpinan umno pd waktu itu..! Baik penolakan ke atas najib mahupun ke atas kebanyakkan anggota majlis tertinggi umno!

Maka, adalah amat penting utk umno berubah dari skrg sekiranya ia benar2 ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara..!

Perubahan harus dilakukan dgn perubahan pd pemimpin itu terlebih dahulu..! Lakukan dgn cara terbaik iaitu melalui PAU..!

Perlu diingatkan masa PAU nanti pastikan kesemua jwatan adalah dipertandingkan! Ini tmasuk jwatan presiden dan timbalan presiden umno! Tdk ada yg tkecuali dari btanding..!

Perlu jg ditegaskan di sini bahawa pastikan dan galakkan juga kesemua ahli tdk kira diperingkat cawangan, bahagian atau majlis tertinggi utk bsuara dgn lantang secara bebas tanpa disekat atau diambil tindakan!

Pastikan mereka bebas mengkritik kepimpinan dan halatuju umno sama ada secara tertutup mahupun terbuka..!

Hal ini penting bagi ahli menyuarakan rasa terbuku di hati mereka tanpa berasa takut kpd sesiapa..!

Jangan risau akan perpecahan umno atau persepsi masyarakat kpd umno..! Umno dah tewas pun..! Dah kalah pun..! Jgn rasa takut..! Nak berubah kena berani..!

Maka, masa undian di PAU nanti, ahli mestilah pilih mereka yg konsisten dan berkaliber dlm memperjuangkan islam, melayu dan negara..!

Yg mana tdk mempunyai semangat memperjuangkan islam, melayu dan negara.. Nyahkan saja mereka dari umno! Tak perlu khuatir akan kehilangan org yg sebegini..!

Selepas PAU, maka rapatkan semula barisan dan bekerjasama dlm satu kumpulan..!

Percayalah apabila umno itu mempunyai pemimpin yg mempunyai misi dan visi yg jelas dlm memperjuangkan agenda islam, melayu dan negara.. Pd masa sama tdk meminggirkan hak kaum lain.. Sokongan rakyat akan dtg dgn sendiri nya kpd anda tanpa sebarang paksaan atau sogokan..!

Dulu pun pembangkang (yg kini sudah menjadi kerajaan) tdk kuat.. Tetapi hari demi hari atas kesilapan umno @ bn sendiri, mereka jd kuat..!

Maka, umno perlukan perubahan dgn drastik tanpa berlengah lagi..! Jadi lah pembangkang yg kuat dan kemudian dpt kan semula sokongan rakyat demi agama, bangsa dan negara..!

JANGAN BERPUTUS ASA dan SELAMAT BERJUANG!


Unknown said...

Penulis melihat UMNO belum pun miskin dengan pemimpin berkaliber.... selain pemimpin muda... masih ada pemimpin2 matang yang mampu mendukung semula UMNO. Selain nama2 pemimpin muda yang biasa disebut seperti KJ...ada juga nama lain seperti Asraf Wajdi... atau ustaz Fathul Bari untuk yang boleh mewakili melayu Islam.. manakala pemimpin lama yang ada ummph... adalah bekas MB Hassan dan MB Jhr Khalid.... sebenarnya ramai lagi nalah ada di antaranya mewakili sayap puteri pun untuk membangkitkan satu evolusi kepimpinan.... jangan pandang rendah suara wanita yang bisa membangkitkan gelombang baru rakyat yang memungkinkan wanita dipilih menerajui negara.... yang lebih hebat.... bukannya manusia yang bernama azizah mahupun nurul izah.

Cheguman said...

Setuju. Zahid belum menepati pemimpin nombor 1.

Cheguman said...

Ya. Apapun bekas mb ns itu perlu membuktikan kewibawaan beliau di peringkat nasional.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)