Demang lahir di Kedah tapi membesar di Pahang. Datuk dan nenek sebelah abah tinggal di Kedah dan sebelah emak ada di Selangor. Hampir setiap kali hari raya kami akan menziarahi mereka bergilir-gilir.
Suatu ketika seorang jiran bertanya: "Hang balik Kedah dari Pahang, ada berapa simpang?"
Ya tak ya jugak. Demang tak dapat jawab sebab Demang memang tak pernah kira. Tapi pakcik tersebut memberikan jawapan:
"Ada dua, simpang kiri dan simpang kanan."
He he... Demang terkena.
Beberapa tahun lalu, Demang ingin mengunjungi tokwan (datuk) Demang yang tinggal di Maahad Islamiah Derang, Kedah. Sebelum itu beliau menetap di Jitra. Oleh kerana agak keliru walaupun pernah ke situ beberapa kali maka Demang bertanya arah jalan pada seorang pakcik.
"Hang jalan terus aja, jangan 'kona-kona'. Tapi kalau jumpa 'kona', kena 'kona' la." kata pakcik itu sambil tangannya turut membantu menunjukkan arah tersebut.
Adakah anda faham gurauan tersebut?
'jangan kona-kona' bermaksud 'jika ada simpang, jangan belok'. Manakala 'kalau jumpa kona' bermaksud 'jika jumpa selekoh' janganlah redah terus seperti di jalan lurus.
Kedua-dua lelucon tadi adalah lamunan Demang tatkala bosan menunggu lampu isyarat bertukar hijau di satu persimpangan dekat Ayer Keroh.
Agak menarik kerana lampu itu menggunakan digital. Ketika Demang tiba, angka yang dipaparkan ialah 90, bermakna Demang perlu menanti selama 90 saat sebelum meneruskan perjalanan.
Namun, setelah agak lama menunggu angka 90 itu tetap tidak berganjak. Demang merasa dizalimi. Ini tidak adil. Demang geram.
Akhirnya lampu bertkar hijau. Sambil menekan pedal minyak Demang sempat melihat masa yang diperuntukkan untuk laluan Demang.
"Ha? Cuma 40 saat? Padahal kami terpaksa menunggu lebih 90 saat! Ini tidak adil. Malah kami berada di laluan utama Ayer Keror-Melaka. Laluan ke kiri ialah ke Bukit Katil dan bersambung ke perigi Hang Tuah yang terletak di kampung Duyong.
Manakala simpang ke kiri adalah laluan ke istana TYT Melaka. Itukah sebabnya? Nampaknya Demang teraniaya! Ada unsur pilih kasih. Laluan ke teratak Demang selaku rakyat biasa telah diberi peruntukan masa yang singkat berbanding laluan kedua-dua aristokrat tersebut.
Demang terus memandu dan lamunan Demang bersambut pula dengan berita kunjungan 'kurang ajar' sekumpulan ahli Hindraf ke majlis aidilfitri PM di Putrajaya.
“Agaknya begitulah yang difikirkan oleh ahli-ahli persatuan tak berdaftar tersebut. Mereka melihat orang lain telah mendapat layanan yang lebih istimewa sedangkan mereka tidak.
Demang mengimbas semula lampu isyarat tadi. Peruntukan masa untuk simpang empat tersebut ialah 120 saat. Oleh kerana lampu tersebut hanya mampu memaparkan dua digit sahaja maka itulah sebabnya Demang melihat angka 90 itu tidak bergerak. Sepatutnya 120 saat. Sebenarnya simpang lain mendapat kurang dari 40 saat. Maknanya laluan Demang mendapat peruntukan yang lebih banyak. Namun Demang tidak melihat itu semua sebab Demang hanya memperhatikan laluan Demang sahaja.
Barangkali, itu jugalah yang berlaku kepada ahli-ahli kumpulan tersebut. Mereka melihat dari satu sudut sahaja dan lebih cenderung menyalahkan orang lain. Mungkin ada yang perlu dibaiki tetapi begitukah caranya?
Demang amat setuju dengan saranan seorang pemimpin yang juga berketurunan India iaitu Siva Subramaniam yang menyarankan agar perbincangan secara beradab dilakukan bagi menyelesaikan sebarang masalah. Beliau tidak bercakap kosong sebaliknya gaya itulah yang diamalkan beliau ketika menjadi Setiausaha Agung CEUPAC dan juga Presiden KPPK/NUTP suatu masa dulu. Demang pernah meminta bantuan beliau apabila permohonan ‘elaun pindah’ Demang ditolak mentah-mentah oleh pihak PPD Jerantut dengan alasan tuntutan tersebut sudah dimansuhkan. Dalam tempoh seminggu beliau membalas surat aduan Demang dan tidak sampai sebulan perkara itu selesai. Genap 30 hari selepas permohonan diproses, Demang terima cek elaun tersebut.
Demang belum menemui komen pemimpin pembangkang mengenai peristiwa tersebut setakat ini kecuali daripada Haji Hadi. Nampaknya Presiden PAS tersebut sudah bersedia untuk melupuskan PAS daripada senarai parti orang Melayu di Malaysia dan menggantikannya dengan PKR. Malah Haji Hadi seolah merestui Anwar atau mana-mana pemimpin pembangkang yang berminat menjadi PM.
Siapa pun tak apa, asalkan bukan BN.
Kenapa Demang kata begitu? Sebab Demang fikir adalah tidak masuk akal seorang pemimpin hebat bertaraf ulama’ boleh merestui tindakan biadap seperti itu dilakukan. Bagi Demang Haji Hadi sendiri telah sedar bahawa beliau tidak layak menjadi PM berbanding Anwar. Namun kenapa beliau menentang Anwar suatu masa dulu? Jika beliau kata UMNO tidak Islam, bagaimana dengan PKR? Islam sangatkah PKR?
Oh ya. Demang baru melihat patung Anwar sudah didirikan di suatu tempat. Dah macam Ayah Pin pulak.
Demang nak tanya Haji Hadi secara terbuka: “Apa akan terjadi jika ketika majlis perayaan Hindu sedang berlangsung, 1000 orang Melayu berbuat seperti yang dilakukan Hindraf itu?”. Perlu diingat, bilangan 1000 orang Melayu tidak sama dengan 1000 orang India berdasarkan populasi di Malaysia.
Demang percaya, bukan hanya Siva yang tidak bersetuju dengan tindakan ‘kurang ajar’ itu malah majoriti orang India di Malaysia juga merasa malu dengan insiden tersebut.
Selamat hari raya aidilfitri (yang masih panjang lagi).
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
22 comments:
Salam ukhuwwah,
Kita tunjukkan Hindraf simpang untuk pulang ke India, bagaimana?
Tahniah sebab ada komen Demang masuk dalam akbar sinar harian
wahai demang lebar daun sahabat yang aku sayangi...
Read...
read in between the line...
read in between within...
read....
baca....
:)
ZR
Demang semakin hebat bermain kata kata dan emosi pembaca.
Tepat pula kiasan dengan mesej yang ingin disampaikan.
Terkena memang jika pembaca ada fikiran dan perasaan.
Mungkin penangan 'mainan nafas' pagi petang yang teratur dan tersusun ?
Aura tulisan demang diharap dapat mengetuk minda marhaen.
Ibarat yang buta dipimpin yang celik..
selamat hari raya semua...
boleh tahan..
keep it up.
selamat hari raya
Lepas tunjukkan simpang balik rumah, kemudian kita tutup gate..
Salam,
Mengapa Haji Haji menyokong Hindraf? Saya tidak tahu sebab yang sebenarnya.
Tapi saya agak kerana dua perkara:
a) Kerana dia pembangkang, dia memang suka membangkang apa saja pendapat pihak yang neutral atau prokerajaan.
b) Sebagai "ulama politik", dia pun bermain politik seperti orang politik yang lain juga, iaitu dia menyokong Hindraf untuk mendapatkan sokongan orang India; bukan menyokong berasaskan prinsip. Di sini nampaknya tak ada beza antara seorang ulama dengan seorang ahli politik yang bukan ulama!
Itu saja yang boleh diperkirakan.
Sebenarnya saya kurang realistik kerana tidak menyokong mana-mana parti sebab bagi saya politik adalah najis yang perlu saya jauhi. Ternyata pendirian saya itu ada kebenarannya.
Saya sendiri pernah menulis perkara ini dalam blog saya, tapi taklah sehebat ini.
Rasanya belum hilang ingatan saya, kira-kira 12 tahun yang lalu, orang-orang dalam PAS menyerang DS Anwar tidak kira masa tentang salah laku beliau. Mana=mana ceramah PAS, pemimpin mereka terutama Mohamad Sabu asyik menyebut perkara tak baik itu.
Sekarang apabila perkara yang sama diambil tindakan oleh undang-undang, orang-orang dalam PAS ini juga yang menyediakan tempat untuk Anwar menghentam sistem perundangan negara. Ke mana hilangnya komen-komen terhadap Anwar yang serin di bawa dahulu?
Dulu Haji Hadi kata berbaik dengan MCA dan MIC tak boleh sebab mereka kafir. Sekarang PAS berpeluk dengan DAP dan menyokong Hindraf boleh pula.
Betullah politik itu najis.
haha...
Saya memang minat baca post demang... Idea yang kreatif dalam menyampaikan sesuatu perkara...
Penggunaan analogi oleh demang memang bagus... Senang nak paham...
Hindraf memang kurang ajar... Saya rasa tak semua pro-pembangkang suka perkara tue... Mereka pun menyampah bila Hindraf buat macam tue...
Kalau saya, saya akan tunukkan jalan menuju ke suatu lurah di mana Tok Rimau sedang menunggu. agaknya bertahun Tok Rimau tidak payah berburu.
Dasar manusia yang tidak pernah mengenang budi!
Pada Demang saya ucapkan selamat Hari Raya, maaf sekiranya ada komen atau kata-kata saya yang tidak menyenangkan hati.
selamat hari raya Demang...
Selamber jer kan demang cerita pasal lampu isyarat kat melaka eh... hehe (berasap jugak telinga ni...)
Memang, satu sudut yang sempit digunakan untuk mengaburi mata dan telinga penyokong fanatik... sehinggakan nilai-nilai persaudaraan ditolak mentah-mentah, apakah aidilfitri itu diberikan kepada kita atas dasar persaudaraan??
Itulah hasutan dan tali-temali Pengkhianat keparat... yang memainkannya di hujung jari-jemari dan menggerakkan boneka Hindraf untuk menggugat kestabilan dan kedaulatan negara ini...
*Apa jadi ekonomi dorang sudah jatuh?? Apa dakyah pula yang ingin dilemparkan??
Assalamualaikum Cheguman,
Masa dalam mood Raya?
Kita hidup di zaman canggih dan memang 'tertekan' dan sekarang ini menunggu trafik pun kita nak cepat, tak sabar lagi.
Ini termasuklah diri saya sendiri.
Dulu pada akhir 60an, saya ke sekolah jalan kaki berbatu dan kalau nak ke pekan nak bas sahaja.
Ya Allah, berjam jam tunggu bas kadang kadang dah lama sangat tunggu, kami jalan kaki sahaja..ramai ramai. Bila sampai dekat Pekan, bas pun sampai!
Pasal Hindraf ni, amat malang sekali. Tapi MESTI ada dalang di belakang mereka. Kalau tidak mustahil mereka berani buat kecoh di Majlis Hari Raya orang. Majlis Hari Raya PM pulak tu.
Dalang Hindraf mestilah jugak "ORANG BESAR DAN KUAT".
Hadi Awang lebih sayang Hindraf dari UMNO, yang sebangsa dan seAgama dengannya. Politik..ahli Politik..pelik sikit.
Zaman sekarang ni Cheguman, Orang Banyak Ilmu tapi amalan Ilmu di dada kurang. Tidak dipraktikkan. Kalau semua orang Islam di Malaysia praktikkan "Setiap kita bersaudara dan tidak berIman kita selagi kita tidak mengasihi diri orang lain seperti kita kasihi diri kita sendiri..Selamat Orang Melayu semua tak lah kecoh dan berpecah belah kita.
Salam eid demang..pertama kali masuk ke sini,agak liat juga untuk keluar balik..syabas demang.
Taqabbalallahu minna waminkum rakan2 sekelian..
Tentang lampu isyarat digital tu,saya lebih suka melihat dari sudut "ketelusan" lampu isyarat itu yang jelas2 memberitahu kita berapa lama kita perlu tunggu.berbanding lampu isyarat yang lain; tidak diberitahu langsung sampai lamanya lampu tu merah menimbulkan syak--lampu tu rosak agaknya.hehehe.mungkin pemimpin kita perlu mula guna konsep ni,telus dalam segala hal.
Hindraf...kalau dah tidak berdaftar tu..maknanya xpayah nak dilayan sangat...buat salah...tangkap.berkali-kali dah kita terangkan,xgeti2 bahasa..xkan kita nak cakap belit2 macam dia baru nak paham..
INFO TERKINI:
FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD
RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Burujedi,
Mungkin tidak semua... Namun ada beberapa org yg ibunya pun barangkali menyesal kerana melahirkannya.
Anonymous I,
Terima kasi krn memaklumkan, tapi saya tak jumpa. Bila tu? (Saya hairan kenapa ada satu komen di sini yg tak 'tersiar' walaupun saya dah klik butang 'publish'.
Zulrahman,
Saya lom tonton video tu sbb speaker ada problem.
Ustazmoden,
Terima kasih. Sokongan anda menyemarakkan semangat dan menyegarkan minda.
Bboyhasif,
Terima kasih. Gembira melihat org muda yang seperti sdra.
Anonymous II,
Kesian lah kat depa sama...
TunJeram,
Setuju dengan tuan hamba. Itu lah yg merunsingkan Demang apabila ramai anak muda pro kepada pembangkang. Bukan apa... bimbang mereka terbawa-bawa minda penentang dalam hampir semua perkara.
Ada baiknya kita renung semula sabda Rasulullah SAW:
“Tiada hasad melainkan dalam dua perkara...”
1) hasad kpd org kaya yg membelanjakan hartanya utk kebajikan
2) hasad kpd org berilmu yg memanafaatkan ilmunya
Demikianlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik minda kita agar berfikir positif terhadap perkara yg dianggap negatif.
Kepada yg masih mempunyai sifat hasad, berhasad lah kpd dua golongan di atas. Berlumba-lumba dalam membuat kebajikan.
Madisyak,
Masa remaja, saya pun berpendapat seperti sdra. Bila dah dewasa, saya masih berpendapat seperti sdra. Sekarang dah mula tua, pun masih sama seperti sdra. Cuma dlm kebencian tersebut sy tidak pernah mengenepikan politik kerana saya sedar saya berada di dalamnya.
Sebenarnya saudara pun seperti saya cuma nada mungkin berbeza.
Redzwan Abdullah,
Terima kasih. Memang ramai org India yg tak setuju dgn tindakan Hindraf tu tapi nak buat macamana, depa buat keputusan bukannya minta pendapat drpd akar umbi.
Moutdweller,
Ganas sangat idea tuan hamba tu... nanti Demang tanya kat Sy. Hamid.
Zamspotte,
Demang setuju dgn tuan hamba dan turut percaya ada dalang di sebalik pergerakan Hindraf... kaum India dipergunakan lagi...
Makcik,
Dulu Makcik jalan kaki, Sekarang, makcik... zoooom ke sana naik kapal terbang, zooommmmm ke sinun pulak naik kapal terbang... bertuah makcik kerana diberi Allah peluang dan kemudahan. Namun Demang lihat Makcik sentiasa bersyukur dan tidak lari drpd akar di bumi.
Aliff,
Selamat datang. Semoga kita akan terus bertukar-tukar pendapat.
Faizal Zakaria,
Selamat bertanding dan Demang doakan saudara berjaya dalam perjuangan.
Terima ksih kpd semua pengunjung.
Demang Lebar Daun, Seorang Pejuang Siber yg sangat sibuk di luar siber. :)
p/s: Saya pilih untuk membaca dan bertenang sebentar, Istiqomah.
Cikgu,
Saya sedar saya seorang tidak mampu mengubah persepsi banyak orang tentang masyarakat India.. Tapi saya akan usaha juga.
Che: Sebab tiada negara lain yang boleh Che berpayung kecuali negara ini.. Negara tanah tumpah darahku..
Che,
Saya memang mempunyai kenalan dalam kalangan kaum India. Itulah sebabnya saya yakin bahawa ahli Hindraf telah dipergunakan oleh pihak tertentu dengan cara memainkan isu yang mampu membangkitkan emosi kaum tersebut.
Bagi saya penghasut itulah petualang sebenar.
Ha, dek kerana Hindraf, orang india jadi resah-gelisah. Yalah tak pasai-pasai nama depa jadi buruk.
Dalang mesti ditangkap. Maaflah cik demang, lama tak mai. Tiba-tiba saja, idea mencurah jadi kenalah lepaskan idea penulisan tu kat blog saya. Kalau tak karang hilang. Ni pun dah mai dah idea baru ni. Cerita tentang Mozilla Firefox dan orang buta.
Sedingin Salju,
Rasa macam ada yang kurang bila sedingin salju tak menjengah. Tapi Demang tak rindu sangat sebab Demang sering jengah blog sedingin salju.
Ok, Demang nak tahu jugak pasal Mozilla tu...
Salam.
1. Mungkin saya agak lambat membaca blog sdr ini kerana baru sahaja terjumpa.
2. Jelas sdr mempunyai idea dan wadah yang sederhana, tegas namun disampaikan dengan penuh rasa hormat dan bersantun. Idea dan pandangan sdr merupakan idea-idea yang wajar dan sesuai dengan jiwa dan pemikiran sederhana seperti saya.
3. Insyaallah, saya akan terus mengikuti blog ini dan dalam pada masa yang sama telah menyambungkan terus ke blog saya sebagai kemudahan.
Wasalam
Khairul nazri,
Terima kasih dan selamat datang.
Post a Comment