Bahtera kecil masih terolang-oleng di samudera luas. Sang nakhoda sayu memandang lautan yang belum kelihatan garis tepinya. Namun dalam kotak fikirnya terpacak kukuh pelabuhan akhir yang sedang dituju. Tanpa ragu, di situ semua akan terlerai. Di situ segalanya akan terjawab. Matlamat yang pasti.
Timbalan nakhoda melangkah masuk. Hatinya resah melihat wajah nakhoda yang murung. Di hatinya, keinginan dan harapan bergaul dengan simpati. Sepatutnya di situlah tempatnya. Itulah impian yang hampir menjadi kenyataan beberapa tahun dahulu. Namun telah diserah kepada nakhoda yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.
Harapan? Ia bukan miliknya seorang. Harapan tersebut dikongsi bersama mantan nakhoda yang kini sedang bimbang dan gelisah. Kemunculan semula panglima perang yang pernah ditajanya suatu masa dulu benar-benar membuatnya terancam. Panglima perang yang cuba dijinakkannya ternyata anak harimau yang tidak selayaknya dibiar berkeliaran di dalam taman. Harimau yang pernah dirantainya itu telah bebas kini dan sedang berusaha untuk membalas dendam.
“Sepatutnya tuan hamba yang berada di sini sekarang” Nakhoda menyapa.
“Mungkin, tetapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan.” balasnya. “Malah mereka sudah menyediakan peluru yang cukup untuk meledakkan kepala hamba sekiranya hamba berada di situ.” Tokok timbalan nakhoda dengan suara sayu.
Bahtera kecil terus membelah samudera penuh gelora. Para penumpang pasrah terhadap nasib dan memajakkan seluruh hidup mereka pada pemimpin masing-masing. Para pemimpin pula sibuk melekatkan penanda pada kolar baju para penumpang. Label hijau untuk penumpang asal yang digelar peribumi manakala label biru dan merah untuk penumpang yang datang kemudian. Terdapat juga penumpang yang tidak berlabel. Golongan ini adalah buruh dermaga yang naik turun bahtera sesuka hati.
“Bagaimana dengan semua penumpang?” Nakhoda meminta laporan.
“Mereka resah dan kebingungan. Mereka hanya mendengar arahan kapitan masing-masing.” Lapor sang timbalan.
“Baguslah. Sudah sepatutnya mereka patuh pada pemimpin mereka.” Ulas Nakhoda.
“Malangnya terdapat kapitan yang tidak menyokong nakhoda.” Tambah sang timbalan.
“Itu kan lumrah. Kudengar ada juga kapitan yang sebelum ini menyokong kita sudah berubah hati?” Tanya nakhoda.
“Belum dapat dipastikan. Mantan timbalan yang pernah tersingkir mendakwa kekuatannya hampir cukup untuk mengambil alih bahtera ini.” Lapor sang timbalan lagi.
Nakhoda mengelus pipi sendiri dan membuang pandang ke muka samudera. Beliau amat sedar kedudukan dalam bahternya kini. Para penumpang tidak mengerti sepenuhnya. Semua maklumat yang tiba pada telinga mereka sudah diadun, ditapis dan dibentuk oleh para pemimpin masing-masing. Para jurucakap bertebaran tanpa dapat dikawal menjaja apa sahaja berita bagi menimbulkan kekeliruan.
Ketidakstabilan pentadbiran dalam bahtera menjadi alasan besar bagi menumbangkan kepimpinan nakhoda sekarang. Justeru pelbagai situasi dicipta dan dilagangkan pada semua penumpang bagi membuktikan bahawa sang nakhoda seorang yang sangat lemah.
Nakhoda amat sedar tentang itu. Beliau juga tahu bidak-bidak sudah dicatur dan sedang ditolak oleh tangan-tangan ghaib. Sang timbalannya sendiri bukan lagi milik dirinya sendiri. Malah timbalannya ini diperkirakan sebagai umpan pertama yang akan disua bagi menenggelamkan bahtera lebih cepat lagi. Mujur kedua-dua mereka tidak cepat melatah.
Sebarang kesilapan hanya akan membuatkan bahtera ini karam lebih awal lagi. Para penumpang tidk tahu ini semua. Para pemimpin mereka mungkin sedar tetapi mereka menyangka mereka dapat menyelamatkan keadaan di saat akhir.
Mereka seakan lupa jerung-jerung lapar di luar sana hanya menunggu bahtera ini pecah dan karam.
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
8 comments:
Salam,
Selagi ada budaya menyalahkan orang lain dan hanya kita yang betul, selagi itulah kapal takkan bergerak betul.
Nakhoda salah, ia harus dijatuhkan. Nakhoda baru naik, salah juga, jatuhkan lagi. Sampai bila... sampai bila? sampai kapal hancur karam di lautan tak bertepi.
Tak akan berkesudahan sampai bila-bila.
Kalau nakkan kapal selamat, anak kapal mesti bersatu dengan nakhoda.Tampal mana yang bocor, pikul mana yang berat dan jinjing mana yang ringan. Jangan pula lubang ditebuk, makin cepatlah kapal akan karam.
Dalam bidang perkapalan, kapten adalah ketua di atas kapal. Dialah yang menentukan segala-galanya, samada waktu belayar dan waktu ketibaan dari dan ke sesuatu distinasi.
Dari segi zahirnya, stereng kapal dikendalikan oleh AB. Kemahiran AB kadang2 mengatasi kapten kerana pengalaman mengajarnya mengenal kawasan berbeting dan berbatu karang, apatah lagi bila melalui laluan sukar seperti terusan dan sungai.
P/s AB tu bukan initial, tapi nama jawatan.
Demang setuju dgn tok janggut.
Demang rasa Azlan ada sesuatu nak sampaikan tapi enggan berterus terang. Demang bersedia berbincang secara terbuka. Mungkin kebenaran yg tersingkap kelak tidak seperti yg Demang sangkakan.
Demang hanya harapkan keputusan yg terbaik utk majoriti rakyat sbg end user
Cikgu ada talent ini...
che,
tulis sekerat-sekerat tu boleh le sesikit. Tak boleh nak concentrate...
yup. kalau nakhoda gila dan tak reti tafsir mata angin buang je ke laut! haha
gurau je tu. tapi yang kita jangan terlalu bermusuhan sangat sesama kita. di luar jangan cakap la. mereka memang menanti sang rajuna tapa membuka pintu kota!
Nanti yang akan karam juga bertepuk tangan..
Lepas tu terus tenggelam tak sempat nak baiki kapal lagi..
kerana dia sendiri membocorkan kapal.
Masa tu masing masing jaga diri masing2.
untung siapa reti 'berenang' sampai tepian.
yang ada 'bapa angkat' dah panggil awal2 angkat dia..dan terus lompat pindah kapal dan diikuti kawan kawan 'selompatan'
Siapa peduli kapal karam ???
Sebab bukan datuk nenek mereka punya pun...
Bila nak karam baru bersatu tak ada guna..
Baik bersatu sekarang..baiki sikit sorang. baru nama perpaduan.
Sekarang ramai 'ahli artikulasi'
pandai bercakap dan berbelit belit...
orang sana salah. dia tak salah
Allah ! tolonglah umat Nabi MU ini.
amin...dengan berkat Ramadhan...
mari bersatu kawan 2....taatilah siapa menjaga urusan umat Islam.
Teruskan perjuangan Panglima...
Post a Comment