Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, June 5, 2009

Konsep sebab & akibat




Perjalanan petang di lebuhraya dalam cuaca yang begitu panas memaksa kami singgah di R&R Jejantas Ayer Kroh. Sekadar untuk membeli air bagi menghilangkan dahaga.

Namun tidak semena-mena perut memulas. Demang segera bergegas ke tandas yang disediakan PLUS.

Apabila kembali ke kereta, isteri Demang memberitahu bahawa beliau telah memberikan sebotol minyak Morhabshi pada sebuah keluarga yang turut berhenti di situ.

Demangpun menghampiri keluarga tersebut untuk bertanya khabar.

Kata isteri Demang bayi keluarga tersebut tiba-tiba menangis dan matanya membeliak sambil memandang ke atas. Pasangan tersebut kelihatan panik.

"Lepas guna minyak Morhabshi, 'baby' tu terus diam," putera Demang yang berusia 10 tahun menyampuk.

Demang terdiam sejenak. Bukan apa, bimbang anak-anak Demang menyimpan konsep yang salah tentang minyak rumusan moyang mereka itu.

"Allah menjadikan sesuatu secara bersebab. Kita namakan konsep 'sebab & akibat'. Walhal Allah sebenarnya tidak memerlukan sebarang 'penyebab' untuk melakukan apa-apapun." Demang cuba menjelaskan.

"Jika Allah tidak mencipta konsep 'sebab & akibat' kehidupan manusia boleh menjadi kucar kacir."

"Cuba bayangkan bagaimana jika kita dahaga dan kita tidak pasti bagaimana untuk menghilangkan dahaga?"

" kenapa tidak pasti? Sebab, ada masanya jika kita melompat-lompat maka dahaga pun hilang. Kadang-kadang rasa dahaga boleh hilang begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa. Malah adakalanya dahaga tidak hilang walaupun kita minum berjag-jag air!" Demang memberikan andaian.

Maksud andaian Demang ialah bagaimana jika sejarah tidak pernah bermaksud apa-apa dalam kehidupan manusia. Jika hari ini makanan boleh mengenyangkan maka besok belum tentu lagi. Jika demikian tidakkah manusia akan sukar membuat keputusan?

Justeru Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang memberikan konsep 'sebab & akibat' bagi membantu manusia membuat keputusan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Satu lagi contoh:

"Apabila kita lapar, kita akan mencari makanan dan makan. Makanan menyebabkan tubuh kita kembali bertenaga. Begitu juga apabila kita sakit maka kita akan menggunakan ubat supaya kembali sihat.Demang menerangkan lagi."

"Minyak Morhabshi tu adalah penyebab kepada penyembuhan beberapa jenis penyakit, termasuk jika diganggu makhluk halus. Walaupun kita tidak tahu bagaimana minyak tu boleh menyebabkan bayi tadi berhenti menangis, namun kita dapati ia memang berkesan selama ini."

"Kenapa dan bagaimana ia berkesan? Sudah tentu kerana Allah menjadikan ia berkesan. Hal ini kerana konsep 'sebab & akibat' itu sendiri dicipta oleh Allah. Kalau nak tahu lagi, kenalah belajar dan buat kajian. Nanti kita akan tahu kaitan-kaitan lain yang semuanya mematuhi konsep 'sebab dan akibat' tadi dalam bentuk yang lebih komplek." Demang menambah lagi.

Bagi Demang kanak-kanak perlu diberitahu konsep sebenar sesuatu perkara walaupun mereka tidak begitu faham. Nanti mereka akan cuba berfikir dan mencari jawapannya.

Dalam pada itu galakkan kanak-kanak untuk merujuk semula pada kita. Secara tidak langsung ia menggalakkan kita meningkatkan ilmu pengetahuan kita sendiri.

Apabila Demang mencadangkan anak-anak merujuk pada kita bukan bermaksud menyuruh mereka terlalu bergantung pada kita sebaliknya agar kita dapat memantau pemikiran mereka. Galakkan mereka meneroka tetapi sentiasalah membimbing mereka.

Kami sekeluarga kemudiannya meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung.

Sudahkah anda membawa keluarga menjengah ibu bapa sempena cuti sekolah kali ini?

4 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman dan Selamat Bercuti Sekolah bersama keluarga.

Cuti sekolah bukan untuk murid atau pelajar sahaja, malah untuk beri kesempatan para guru pendidik 'bernafas'. Maklumlah kalau sessi pengajian terlalu sibuk dengan murid dan pelajar serta kerja lain yang patut dibuat.

Saya tahu sebab anak buah saya seorang guru. Kadang-kadang sampai satu pagi periksa buku buku anak muridnya. Dia juga kena buat kerja lain mengenai sekolahnya.

Berbalik pada minyak morbishi itu memang kenalah dijelaskan pada anak kecil tu bahawa penentunya adalah Allah swt. Minyak sebagai ikhtiar kita sahaja.

Minyak ini saya sendiri telah cuba dan setakat ini, Alhamdulillah, kalau kita terdesak memang berkesan dengan Izin Illahi.

Satu usaha yang baik Cheguman. Terima Kasih.

Ezad said...

boleh ke saya cuba minyak tu?

PARPUKARI said...

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Cheguman said...

Makcik,
Beban mengajar tu tak apa. Masih macam dulu. Namun tugas tambahan seperti mengisi pelbagai borang, memenuhi kehendak ISO dll sering mengganggu tugas utama guru. Entah bila lah nak cukup bilangan guru di sekolah? Cuma saya bernasib baik kerana saya mempunyai pembantu.

Ezad,
Dah layari morhabshi.com? Saudara boleh sms nama & alamat kpd saya (0194402211).

Parpu,
Terima kasih. Saya dah lihat artikel tu.

Kepada semua pengunjung, segala komen perlu ditapis atas sebab undang-undang. Komen yang berbeza pendapat dengan saya tetap akan disiarkan. Cuma komen yang berbau hasutan sahaja akan dilupuskan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)