Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Showing posts with label keusahawanan. Show all posts
Showing posts with label keusahawanan. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

Jubah, dulang, dan tudung labuh


Sambil bersarapan pagi tadi, isteri Demang bercerita perihal ibu-ibu saudaranya yang menghantar anak-anak mereka ke sebuah pusat pengajian ala pondok di pekan kecil (Melaka) sepanjang cuti sekolah ini.

Tindakan tersebut memanglah bagus dan pujian harus diberikan kepada ibu bapa dan pengusaha pusat tersebut.

Antara keperluan yang wajib disediakan ialah jubah dan tudung labuh. Bayaran yang dikenakan hanya RM200 bagi setiap pelajar. Bayaran meliputi makanan dan tempat tinggal yang disediakan sepanjang tempoh itu. Para penuntut makan di dalam dulang.

Tudung labuh, jubah dan dulang bukanlah persoalannya di sini tetapi yang dimusykilkan isteri Demang ialah tahap kebersihan yang amat buruk di situ. Lalat langau seolah diternak secara besar-besaran dengan umpanan sampah sarap yang tidak diurus dengan baik. Malah salah seorang sepupu isteri Demang amat berharap dapat membawa cawan sendiri dari rumah kerana tidak sanggup menggunakan bekas yang disediakan.

Sepupu-sepupu isteri Demang yang masih bersekolah itu bukan orang kaya. Ibu bapa mereka hanya buruh biasa. Jadi tidak timbul soal mereka terlalu cerewet kerana biasa hidup senang. Mereka biasa hidup susah tetapi bukan kotor!

Keadaan tersebut mengingatkan Demang tentang isu sekolah agama rakyat (SAR) yang dihentikan bantuan oleh Tun Abdullah ketika beliau menjadi PM. Walaupun pada awalnya mendapat tentangan banyak pihak namun akhirnya rakyat sedar bahawa itulah tindakan terbaik bagi membantu memulihkan imej umat Islam.

Hari ini bukan sahaja kanak-kanak tersebut berpeluang mendapat tempat didikan yang jauh lebih baik malah ustaz dan ustazah mereka telah ditempatkan ke sekolah-sekolah kerajaan dengan tawaran yang amat menarik (DG41). Satu program khas (JQAF) diwujudkan di sekolah-sekolah rendah. Jangan lupa jasa Pak Lah itu.

Bagi Demang, masih ramai orang Melayu yang mengenepikan soal kebersihan termasuk dalam penyediaan makanan. Memanglah kaum Cina dan India lebih teruk lagi namun sebagai ummat Islam, kita diakui sebagai ummat terbaik. Justeru pamerkan kehebatan kita atau sekurang-kurangnya patuhi saranan Islam. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?

Nampaknya pengusaha di situ lebih mementingkan soal jubah, tudung labuh, dan dulang berbanding kebersihan.

foto hiasan:
green bottle fly jpctalbot flickr.com

Tuesday, October 20, 2009

Dato' untuk Afdlin Sauqi.


Setelah sekian lama kehilangan cuti, maka baru-baru ini Demang dapat berehat bersama keluarga di hujung minggu. Itupun setelah membatalkan kehadiran dalam satu program.

Bermula pagi Sabtu kami mengunjungi tiga majlis perkahwinan sebelum singgah membeli perabot kecil di sebuah kedai. Selepas Maghrib, kami menghabiskan dua jam di pusat bowling antarabangsa melayan anak-anak. Untuk makluman, Demang handal jugak bermain guli dan 'baling tin' masa kecik-kecik dulu. Jadi tak lah susah sangat bermain bowling.

Selepas Isya', keluar lagi. Kali ini untuk menonton filem terbaru Adlin Syauqi: Papadom. Walaupun tayangan tengah malam namun banyak keluarga yang turut menonton bersama kami. Ternyata kepenatan berjaga hingga dinihari memang berbaloi.

Tahniah Adlin Syauqi yang berjaya menukarkan RM28 kami menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, sekaligus merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga.

Demang tertarik dengan babak ketika Saadom (Papadom) dan rakan-rakannya ingin menubuhkan syarikat kerjasama yang terdiri dari Melayu, Cina, dan India. Secara berseloroh mereka berkata bahawa usaha mereka itu boleh melayakkan mereka mendapat anugerah Dato' Seri kerana ia suatu usaha perpaduan (1 Malaysia).

Demang fikir Adlin Sauqi memang layak menerima anugerah tersebut (selain Suhaimi Baba) berbanding beberapa artis/penyanyi lain yang sekadar menumpang tuah bakat semulajadi. Apatah lagi penyanyi yang pernah memperolehi kebahagian dengan memusnahkan rumah tangga orang lain.

Demang fikir panel pemilih anugerah perlu lebih peka.

Cuma satu Demang nak tegur: babak kemesraan anatara suami isteri lebih baik dilakukan tanpa sentuhan melainkan jika pelakonnya memang suami isteri di luar filem. Sebagai seorang pengarah yang kreatif saudara Adlin tentu dapat mencari kaedah lain bagi memperlihatkan kasih sayang suami isteri melalui tanpa melibatkan sentuhan.

Teruskan berkreatif, (Dato') Adlin Sauqi.

foto:
papadom and few other special
temptationmak... flickr.com

Wednesday, August 12, 2009

Bantulah sesama kita


Siang tadi singgah sebentar di kedai komputer. Cuma untuk minta bantuan memasang (install) aplikasi. Bukan apa, laptop kecil Demang tiada CD Rom.

Sambil menunggu pemasangan selesai, Demang keluar berbual sebentar dengan pemilik sebuah bengkel.

"Tak mahal ke servis kat kedai komputer tu?" tanya pemilik bengkel kereta tersebut.

"Biasa saja." balas Demang. "Lagipun, servis di situ mudah. Semuanya lengkap.

Memanglah ada 2-3 orang di kampung yang boleh buat benda tu. Tapi leceh sikit. Diorang cuma part-time. Selalu terpaksa bertangguh. Masing-masing sibuk dengan kerja.

Kedai lain? Memanglah banyak. Tapi kalau Demang mati nanti, dah tentu diorang tak mampu sedeqah Al-Fatihah pada kita.

Bagi Demang, biarlah kita bayar lebih sikit asalkan puas hati. Bukan orang lain pun... kedai saudara seagama kita juga.

Oh ya, sebenarnya untuk pemasangan tersebut, pemilik kedai tersebut tidak mengenakan sebarang bayaran pun.

.......................


foto: shop jpg suchmaschinen-tippgeber.de

Thursday, August 6, 2009

Produk Muslim


Malam tadi barangkali semua masjid dan surau mengadakan majlis bacaan Yaasin dan membaca doa Nisfu Saaban.


Begitu juga Masjid Pengkalan Rama yang selalu kami kunjungi bagi mengikuti kuliah Ustaz Fuad. Maka malam tersebut kuliah tasawuf ditangguhkan untuk memberi laluan pada majlis bacaan Yaasin.


Sebelum bacaan dimulakan maka seperti biasa kitab kecil Yaasin diedarkan kepada setiap yang hadir. Cuma bezanya kali ini kitab kecil tersebut tidak perlu dikembalikan. Yakni dihadiahkan terus kepada hadirin. Rupa-rupanya kitab-kitab tersebut didermakan oleh seorang pemilik sebuah kedai buku di Melaka.


Lantas hati Demang segera berkata; betapa jika kita berbelanja di premis perniagaan milik orang yang seagama dengan kita maka akhirnya kebaikannya akan kembali kepada ummat Islam juga.



.............................

muslimah0nm jpg 155 x 218 8k
turban.se

TQ

Friday, June 5, 2009

Konsep sebab & akibat




Perjalanan petang di lebuhraya dalam cuaca yang begitu panas memaksa kami singgah di R&R Jejantas Ayer Kroh. Sekadar untuk membeli air bagi menghilangkan dahaga.

Namun tidak semena-mena perut memulas. Demang segera bergegas ke tandas yang disediakan PLUS.

Apabila kembali ke kereta, isteri Demang memberitahu bahawa beliau telah memberikan sebotol minyak Morhabshi pada sebuah keluarga yang turut berhenti di situ.

Demangpun menghampiri keluarga tersebut untuk bertanya khabar.

Kata isteri Demang bayi keluarga tersebut tiba-tiba menangis dan matanya membeliak sambil memandang ke atas. Pasangan tersebut kelihatan panik.

"Lepas guna minyak Morhabshi, 'baby' tu terus diam," putera Demang yang berusia 10 tahun menyampuk.

Demang terdiam sejenak. Bukan apa, bimbang anak-anak Demang menyimpan konsep yang salah tentang minyak rumusan moyang mereka itu.

"Allah menjadikan sesuatu secara bersebab. Kita namakan konsep 'sebab & akibat'. Walhal Allah sebenarnya tidak memerlukan sebarang 'penyebab' untuk melakukan apa-apapun." Demang cuba menjelaskan.

"Jika Allah tidak mencipta konsep 'sebab & akibat' kehidupan manusia boleh menjadi kucar kacir."

"Cuba bayangkan bagaimana jika kita dahaga dan kita tidak pasti bagaimana untuk menghilangkan dahaga?"

" kenapa tidak pasti? Sebab, ada masanya jika kita melompat-lompat maka dahaga pun hilang. Kadang-kadang rasa dahaga boleh hilang begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa. Malah adakalanya dahaga tidak hilang walaupun kita minum berjag-jag air!" Demang memberikan andaian.

Maksud andaian Demang ialah bagaimana jika sejarah tidak pernah bermaksud apa-apa dalam kehidupan manusia. Jika hari ini makanan boleh mengenyangkan maka besok belum tentu lagi. Jika demikian tidakkah manusia akan sukar membuat keputusan?

Justeru Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang memberikan konsep 'sebab & akibat' bagi membantu manusia membuat keputusan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Satu lagi contoh:

"Apabila kita lapar, kita akan mencari makanan dan makan. Makanan menyebabkan tubuh kita kembali bertenaga. Begitu juga apabila kita sakit maka kita akan menggunakan ubat supaya kembali sihat.Demang menerangkan lagi."

"Minyak Morhabshi tu adalah penyebab kepada penyembuhan beberapa jenis penyakit, termasuk jika diganggu makhluk halus. Walaupun kita tidak tahu bagaimana minyak tu boleh menyebabkan bayi tadi berhenti menangis, namun kita dapati ia memang berkesan selama ini."

"Kenapa dan bagaimana ia berkesan? Sudah tentu kerana Allah menjadikan ia berkesan. Hal ini kerana konsep 'sebab & akibat' itu sendiri dicipta oleh Allah. Kalau nak tahu lagi, kenalah belajar dan buat kajian. Nanti kita akan tahu kaitan-kaitan lain yang semuanya mematuhi konsep 'sebab dan akibat' tadi dalam bentuk yang lebih komplek." Demang menambah lagi.

Bagi Demang kanak-kanak perlu diberitahu konsep sebenar sesuatu perkara walaupun mereka tidak begitu faham. Nanti mereka akan cuba berfikir dan mencari jawapannya.

Dalam pada itu galakkan kanak-kanak untuk merujuk semula pada kita. Secara tidak langsung ia menggalakkan kita meningkatkan ilmu pengetahuan kita sendiri.

Apabila Demang mencadangkan anak-anak merujuk pada kita bukan bermaksud menyuruh mereka terlalu bergantung pada kita sebaliknya agar kita dapat memantau pemikiran mereka. Galakkan mereka meneroka tetapi sentiasalah membimbing mereka.

Kami sekeluarga kemudiannya meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung.

Sudahkah anda membawa keluarga menjengah ibu bapa sempena cuti sekolah kali ini?

Tuesday, May 26, 2009

Saudara kita




Semalam Demang terima email daripada seorang sahabat. Oleh kerana Demang fikir persoalan yang dikemukakan itu bersifat perkongsian maklumat, maka Demang siarkan di sini untuk kita fikirkan bersama.

Sengaja Demang tidak edit email ini, kecuali Demang padamkan nama kami sahaja.

Selamat membaca dan jika sudi, berikan komen anda.

soalan hypothetical ni selalu saya bertanya kepada peserta saya semasa kursus. kenapa bencikan sangat saudara kita sama ada mereka itu ahli umno (jika dia pas) atau pas (jika dia umno). sebenarnya, soalan ini lebih ditujukan kepada ahli pas kerana mereka sangat membenci ahli umno sehingga sanggup memboikot perniagaan kecilan/runcit/pasar malam yg dijalankan oleh orang umno dan lebih sanggup membeli dari kedai kepunyaan orang cina dan india. lebih buruk lagi, kesan fatwa hj hadi yg mengkafirkan orang umno masih lagi dipegang. begitu juga kenyataan setiausaha agung pas perak yg mengatakan kami lebih sanggup bersekongkol dengan orang2 kafir dari dari bekerjasama dengan orang2 umno yang zalim.

pertama, saya selalu ajukan soalan : jika kamu pergi sembahyang jumaat di masjid, bila ada tabung masjid ditolak di hadapan kita, kamu masukkan duit tak? mereka akan jawab ya. kemudian saya tanyakan berapa selalu bagi? mereka jawab, seringgit dua. jika ada peserta india/cina, saya tanyakan juga kepada mereka: kamu pergi tokong ada tabung derma utk tokong tak? mereka jawab ada. kemudian saya tanya "berapa selalu bagi?" mereka jawab seringgit dua jugak. kalau kamu bagi seringgit dua kat tabung masjid, begitu juga org india dan cina. kalau kamu pergi beli barang di kedia org islam/melayu, keuntungan mereka bayar zakat, bagi derma utk anak yatim, ibu tunggal dan masjid. duit itu digunakan utk membangunkan ummah dan isalm jugak. kalau masjid, boleh buat bayar bil dan kos pengurusan, besarkan masjid, buat aktiviti dan adakan kelas mengaji dan sebagainya. siapa untung? kita jugak.

memang kebiasaannya kedai melayu selalu harga mahal sekupang dua sebab mereka dapat harga lebih mahal dari pemborong berbanding ngan peniaga cina. kekadang barang pon tak banyak dalam kedai tak seperti kedai cina. ni kerana peniaga cina selain dapat harga murah, dapat kredit yg panjang dan juga wang pusingan banyak sebab kita dok support. tidak seperti kedai melayu, kita tak suka masuk jadi wang pusingan kurang utk tambah barang. tapi kalau kamu beli barang dari kedai org kafir dan bagi keuntungan kat kafir, maka kamu juga ada saham perbesarkan tokong, buat kuil baru dan sebagainya. pernah fikir tentang perkara ini?

kedua, saya ajukan soalan hypothetical tadi. andaikan kamu pergi belayar naik bot/kapal dan tetiba kapal tersebut karam. habis orang lain mati kecuali kamu, seorang india/hindu, seorang cina buddha dan seorang umno (jika dia penyokong pas dan orang pas jika dia penyokong umno) sahaja yang terselamat dan terdampar di sebuah pulau yg terpencil. oleh kerana tiada siapa yg tahu mereka terselamat, maka tinggallah mereka dipulau itu 4 orang. maka ditakdirkan maka matilah melayu yang seorang lagi tu.

saya tanya "adakah kamu akan bertepuk sorak kerana yang mati tu adalah musuh kamu. "biag mampiuh dia kat situ. pada muka hang. zalim sangat. masa hidup tak ingat dunia, rasuah! kroni! la ni biag hang keraih kong kat situ. biag ulat dan semut hurung bangkai hang. biag burung mai makan bijik mata hang. baru padan muka hang. tak sedag kediri. mampiuh la hang tang tu. baru padan dengan muka hang". betul tak??

atau ditakdirkan sebaliknya, kamu yang mati. adakah kamu lebih suka dan rela kamu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, ditalqinkan dan dikambus oleh orang cina dan india tadi kerana kamu sangat bencikan orang melayu yang satu lagi atau kamu nak melayu yang kamu tuduh zalim dan kroni dan rasuah tadi yg nak mandikan, kafankan, sembahyangkan, talqinkan dan kebumikan kamu? kenapa bila dah mati baru nak mengaku saudara? suruh je lah kafir harbi yg kamu kasihkan sangat tu buat semua benda tu. sembahyang pakai colok lepastu bakag je bangkai kamu ikut cara depa?

fikir fikirkanlah kerana selagi seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, mengaku yg tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, tidak kira apa bangsa dia, dia adalah saudara kita lebih2 lagi jika dia melayu.

rujuk kepada ayat An-Nisa ayat 59:

Bismillahirrahmanirrahim.

"Wahai Orang Orang Yang Beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan juga kepada Ulil Amri. Dan jika kamu berbantah bantah dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul (Al Quran & Sunnah) jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya"

Ulil Amri adalah pemerintah yg dilantik dikalangan kamu.

jika kamu berbantah bantah dalam sesuatu perkara (termasuk politik la tu), Allah suruh rujuk kepada Quran dan Hadis. hadis Rasulullah kata, "tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".

jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Allah warning kita ni!!

maka "Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu". ini nasihat Allah kepada kita.

dan lebih elok pula kesudahannya dan juga janji Allah kepada kita.

Apa lagi yang kita mau? kita nak ikut tok guru kita ka atau nak ikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah? Awat? tok guru kita lebih besar dari Allah ka? atau tok guru kita tak boleh buat silap sebab dia lebih maksum dari Rasulullah? Dalam dunia ni, semua orang buat silap termasuk para2 nabi termasuk Adam (sampai kena halau keluar dari syurga), nabi musa, nabi nuh da nabi2 lain. yang maksum cuma Rasulullah sahaja.

ingat, Rasulullah nak ramaikan umatnya dan nak kita bersatu, baru kita kuat dan orang tak berani nak tindas kita. kita pulak, suka nak pecahkan umat rasulullah yang dah sedia lemah dan berselerak masa ni dan benci mereka dan kafirkan mereka dan jahanamkan mereka lagi. elok la tu. fikir2 kan lah.

Monday, March 30, 2009

Persepsi baru rakyat Malaysia




Sebelum bertolak ke Hulu Terengganu bagi menjayakan satu program motivasi baru-baru ini saya diberikan sebotol penjimat petrol oleh seorang rakan. Beliau meminta saya menguji samada produk tersebut berkesan atau tidak.

Maka saya pun menuangkan bahan tersebut ke dalam tangki di samping petrol. Memang berlaku penjimatan sekitar 20-30%. Maknanya, setiap RM100 yang saya belanjakan, saya jimat RM20-30.

Saya mula mencongak. Jika dulu saya guna RM100 untuk membeli petrol, kini saya cuma keluarkan RM80. Saya jimat RM20. Kemudian, RM20 tersebut saya gunakan untuk membeli sebotol penjimat petrol berharga RM15. Maknanya saya cuma jimat RM5.

Apabila saya kemukakan pada rakan-rakan, ada yang memandang remeh dengan tindakan saya itu. Kata mereka tak berbaloi dengan usaha tersebut cuma dapat jimat RM5. “Lagipun petrol dah turun harga.” kata mereka.

Itu adalah persepsi masing-masing.

Mudahnya mereka berfikir. Apabila harga petrol dunia mencanak naik, dengan mudah mereka salahkan kerajaan. Apabila diberikan alternatif, mereka menolak dengan pelbagai alasan.

Persepsi saya begini:

Pertama:
Penjimatan petrol sebanyak 20% tersebut membantu melambatkan penyusutan simpanan petroleum dunia.

Kedua:
Penggunaan produk penjimat petrol yang diperbuat daripada minyak sawit tersebut membantu industri minyak sawit negara. Kebetulan bapa saya adalah seorang peneroka Felda.

Ketiga:
Penggunaan penjimat petrol tersebut menyokong usaha kreatif dan inovatif saintis Melayu yang berjaya mencipta dan mengeluarkan produk tersebut.

Keempat:
Penjimat petrol tersebut bertindak menjaga enjen kereta saya dan menjadikannya lebih lancar dan meningkatkan jangka hayat.

Kelima:
Ia juga menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih baik.

Keenam:
Duit RM5 itu saya boleh beli kerepek untuk dimakan sepanjang perjalanan. Dengan itu membantu perusahaan kerepek makcik-makcik di kampung. Kebetulan di kampung saya (Sabak Bernam) memang ramai pengeluar kerepek yang enak.

Ketujuh:
Peningkatan jualan kerepek memberi pendapatan tambahan pada penanam ubi kayu, pisang dan sebagainya di kampung-kampung termasuk ibu saya.

Demikianlah manafaat RM5 yang saya jimatkan melalui produk penjimat petrol tersebut.

Kerja tambahan yang perlu saya buat hanyalah menuang sedikit penjimat petrol tersebut ke dalam tangki setiap kali mengisi petrol. Susah sangat ke?

Dalam keadaan ekonomi dunia yang begitu gawat sekarang sebarang usaha walaupun kecil akan memberi impak pada ekonomi negara. Kita perlu faham di mana perlu berjimat dan di mana perlu berbelanja.

Dalam ekonomi Islam, wang perlu diaktifkan bukan disimpan di bawah bantal atau di bank dalam bentuk simpanan tetap. Pelaburan adalah sesuatu yang amat digalakkan.

Oh ya. Sebenarnya saya tidak perlu mengeluarkan duit poket untuk membeli penjimat petrol tersebut. Oleh kerana rakan saya itu juga pelanggan tetap minyak herba (serbaguna) Morhabshi yang keluarga saya keluarkan. Justeru saya dan rakan tersebut boleh melakukan sistem barter. Saya beri beliau 4 botol minyak Morhabshi dan saya dapat sebotol penjimat petrol.

Alhamdulillah. Demikianlah sumbangan kecil saya selaku rakyat Malaysia dan seorang muslim.

Di sebalik cerita Cheguman tadi, Demang pula ingin menyampuk. Tanggapan rakan-rakan Cheguman terhadap penjimat petrol tadi adalah satu persepsi. Demikianlah yang berlaku selama ini pada kerajaan BN dan parti UMNO. Rakyat dihijab untuk melihat keburukan kerajaan sehingga membuat kesimpulan mudah iaitu apa sahaja yang kerajaan buat, itu tidak betul; sebaliknya jika pembangkang yang berkata, itulah kebenaran. Padahal, jika kita mahu berfikir secara positif, kita akan mampu melihat kebaikannya.

Sebenarnya, syarikat pengeluar penjimat petrol tadi tidakpun memberitahu Cheguman hikmah pada ekonomi ummah berpunca daripada penggunaan produk tersebut. Namun dengan berfikir secara positif barulah kita dapat memahaminya. Sebenarnya Allah SWT yang memberi ilham pada kita. Jika kita ingin kebaikan, maka itulah yang diberikan. Sebaliknya jika kita gemar berfikir negatif dan menyalahkan orang lain, maka di situlah minda kita beroperasi. Kita akan terus menjadi manusia yang berfikiran negatif terhadap usaha orang lain.

Marilah kita melihat barisan baru Najib secara positif dan ketepikan semua persepsi buruk. Berdoalah pada Allah SWT agar negara kita terus aman. Masa depan di tangan kita, Insya-Allah. Janganlah terlalu bermimpi untuk memperolehi para pemimpin yang serba sempurna. Adakah kita sendiri sempurna? Adakah pemimpin yang belum mendapat kuasa itu sempurna? Adakah pemimpin yang dulunya pernah berkuasa (nombor 2 dalam kerajaan) itu sempurna?

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya."

Sunday, December 14, 2008

Wakaf dan Korban

Solat Aidil Adha Demang tahun ini ialah di Kg Sg tengar Selangor. Melihat khatib yang membaca khutbah, terkenang pada allahyarham datuk Demang yang dulu berada di mimbar yang sama. Terasa seolah beliau masih bersama bertakbir, mengimami solat, dan berkhutbah.

Ada sebab lain untuk Demang terkenangkan beliau. Selain jasa beliau menaiktaraf bangunan ini bersama orang kampung, beliau juga mewakafkan sebahagian tanahnya untuk pengurusan surau ini.

Itulah sebabnya Demang terasa seolah beliau masih bersama.

Sebenarnya ramai lagi orang kampung ini yang berbuat seperti beliau. Jika mereka memiliki 10 ekar tanah maka hanya 8 ekar diwariskan pada anak-anak manakala 2 ekar lagi diwakafkan untuk surau.

Setelah mereka meninggal dunia, jawatan kuasa surau akan menguruskan tanah tersebut dan hasilnya digunakan untuk kegunaan surau seperti membayar bil dan sebagainya.

Demikianlah pengorbanan orang kampung yang cuma memiliki basikal atau motorsikal cabuk, dan rumah buruk. Datuk Demang biasa mengayuh basikal menjaja ayam kampung hingga ke Teluk Intan atau ke Tg Karang yang masing-masing jaraknya melebihi 50km.

Apa pula pengorbanan kita dengan harta kita?

Selesai solat, Demang ikut menyaksikan upacara korban. Nampaknya lembu pun lebih baik daripada manusia dari segi pengorbanan.

Apakah kita sanggup berkorban nyawa?

Berkorban RM300 untuk satu bahagian lembu pun ramai kalangan kita 'belum mampu'.

Benarkah kita tidak mampu? Demang jawab sendiri: YA! Kita memang belum mampu. Kita TIDAK MAMPU membuat pilihan samada hendak membeli aksesori kereta dan/atau rumah, atau membayar duit untuk korban lembu?

Contoh lain kita belum mampu mengubah tanggapan kita ialah berkenaan tanggapan terhadap kereta nasional.

Lihat telatah kerajaan Perak yang memilih Toyota Camry dan menolak Proton Perdana.
Sebelum ini Terengganu juga berbuat begitu. Konon kerana kos penyelenggaraan terlalu tinggi. Maksud mereka, adalah merugikan jika menggunakan Perdana. Nampaknya mereka tak baca artikal saya sebelum ini iaitu “ tak berapa sen pun...”

Padahal mereka lah yang kononnya memperjuangkan hak rakyat. Namun mereka lupa bahawa 25 ribu pekerja Proton itupun rakyat juga. Pengusaha dan pekerja bengkel proton pun rakyat juga. Siapakah yang ramai di kilang dan bengkel Proton itu?

Sebenarnya, apabila Tun Mahathir mengilhamkan penubuhan Proton, terdapat pihak yang menasihatkan beliau agar tidak meneruskan projek itu kerana tidak menguntungkan. Namun TDM menjawab bahawa beliau memang sedar perkara itu dan keuntungan bukanlah tujuan utama projek tersebut.

Kereta nasional adalah projek rakyat. Ia berkonsep kereta sederhana bagi memberi peluang lebih ramai rakyat memiliki kereta.Dengan kereta itu para perantau lebih kerap pulang ke kampung sambil 'menayang' kereta baru. Tak kesahlah. Sekurang-kurangnya ibu bapa turut tumpang gembira.

Perjalanan mereka melalui lebuhraya meningkatkatkan pendapatan PLUS. Siapa yang ramai di situ? Mereka bukan sahaja membayar tol malah turut singgah di R&R untuk solat, berehat dan mengisi perut. Terdapat juga stesen Petronas di situ.

Kalau nak dicatat ekonomi hiliran yang muncul bersama industri kereta nasional ini sampai esok pun belum siap.

Ya. Nanti ada yang kata, kalau untuk menggerakkan ekonomi, import sahaja kereta daripada negara luar. Kalau nak bagi pekerjaan kepada rakyat, jemput sahaja mereka membina kilang di negara kita seperti Honda dan sebagainya.

Betul jugak. Barangkali Demang silap dan orang yang menanya itu lebih bijak. Tapi, Tun DrM berfikir begini: Pencerobohan dan serangan ke atas negara dan orang Islam bukanlah sesuatu yang perlu dibuktikan lagi. Dari semasa ke semasa kita boleh membacanya di akhbar atau menonton siaran berita di TV. Maka bagaimanakah negara Islam mampu melawan tentera musuh sedangkan tidak ada negara Islam yang mampu mengeluarkan kereta kebal sendiri? Siapa yang sudi mengajar kita membina teknologi kereta kebal? Bagaimana nak buat kereta kebal jika kereta penumpangpun kita tidak memiliki teknologinya? Ingat, negara kita pun belum tentu selamat. Kes pengebuman di Mumbai baru-baru ini pun dicari kaitannya dengan Malaysia.

Maka projek kereta nasionalpun dimulakan. Alhamdulillah, meski terdapat pelbagai rintangan termasuk ejekan dan tohmahan akhirnya Proton Saga berjajar di jalanraya dengan harga lebih kurang RM17 ribu. Kemudian muncul siri-siri lain seperti Wira dan Iswara. Dengan ciri yang ditawarkan ternyata kereta-kereta itu jauh lebih murah berbanding kereta import. Tak ketinggalan juga Perdana bagi memberi alternatif kepada rakyat yang berkemampuan.

Namun masih ramai yang mencemik kerana proton masih menggunakan engin Mitshubishi. Malah terdapat budak muda yang menanggalkan lambang proton pada kereta mereka dan menggantikannya dengan Mitshubishi. Demikianlah perilaku segelintir budak muda yang kurang mahir menggunakan mindanya. Jadi tak hairanlah kenapa peti undi orang muda penuh dengan undian kepada pembangkang dalam PRU12. Nak lihat lagi tempat tumpuan orang muda? Pergilah ke pusat-pusat hiburan.

Orang bukan Melayu memang tidak begitu suka dengan lambang Proton itu. Yang peliknya, budak Melayu pun ikut sama!

Peluang baru tiba apabila Lotus mengalami masalah. TDM mengarahkan Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad membeli syarikat tersebut. Pembelian yang merugikan, kata sesetengah pihak yang buta perjuangan.

Memang rugi dari segi perkiraan semasa tetapi dengan pemilikan ke atas Lotus itu kita sebenarnya telah memiliki teknologi sendiri! Allah membuka peluang apabila kita tidak jemu berusaha. Yang penting, kita perlu memulakannya walau dalam keadaan sukar.

Bukanlah berdosa membeli kereta import. Namun perlu dilihat keperluannya. Jika anda memiliki dua buah kereta, apa salahnya sebuah daripadanya adalah kereta nasional? Paling mudah, kereta pertama yang kita beli biarlah kereta nasional. Kemudian jika ingin membeli sebuah lagi, bolehlah membeli kereta import. Bagi kereta exco, tunjukkan kepada rakyat bahawa kita mengutamakan kereta nasional. Macamana rakyat nak guna kereta nasional jika pemimpin sendiri memandang hina kereta tersebut?

Ingat! Rakyat melihat. Jika kerajaan keluarkan 10 juta untuk membeli kereta asing, apa salahnya jika wang tersebut diberi kepada Proton yang dikuasai rakyat tempatan? Semakin kukuh Proton, semakin mampulah syarikat itu bersaing di pasaran. Sebaliknya apabila proton gagal bersaing, pelbagai tohmahan dilemparkan. Seolah-olah para jurutera dan kakitangan Proton itu bangang-bangang semuanya.

Eloklah Demang berhenti di sini dulu sebelum terkeluar bahasa-bahasa yang kurang sedap pulak nanti.

Bagi yang bukan Melayu, meskipun tulisan kali ini kelihatan berkaitan bangsa Melayu namun perlu difahami bahawa sebarang masalah yang timbul dalam kalangan orang Melayu pasti akan turut menjejaskan kepentingan kaum lain dalam Malaysia. Selama hari ini para pemimpin UMNO, MCA, dan MIC saling membantu setiap kali ada mana-mana parti komponen BN yang bermasaalah, maka demikian jugalah yang patut dilakukan kali ini. Jika berlaku sebarang musibah dalam negara, maka semua rakyat akan menerimanya.

Orang Melayu tidak ada tanah lain untuk diduduki selain Tanah Melayu ini.

Selamat hari raya aidil adha dan selamat berkorban.

Thursday, November 13, 2008

Extra service

Antara keistimewaan guru prasekolah berbanding guru biasa ialah kami disediakan seorang pembantu khas. Tugas mereka ialah membantu guru prasekolah menguruskan kelas dan keperluan kanak-kanak. Antaranya menyediakan makan minum, bahan bantu mengajar, keceriaan kelas dan sebagainya.

Beberapa hari lalu Demang berbual dengan Guru Penolong Kanan 1 yang Demang panggil Kak Jun. Beliau meminta pandangan Demang untuk meminta pembantu Demang 'naik' ke pejabat pentadbiran sekolah bagi membantu serba sedikit tugas kerani.

Jika dikirakan jawatan dan kelayakan, Pembantu Prasekolah (PPS) adalah setaraf dengan kerani, iaitu pada N17. Tetap dan berpencen. Namun dari segi agihan tugas rasmi, masing-masing mempunyai beban tugas berbeza.

Maka timbullah sedikit pertikaian berikutan permintaan tersebut. Kedua-dua PPS tersebut keberatan melakukan tugas tambahan itu memandangkan mereka sendiri sudah mempunyai tugas rasmi.

Demang faham, setiap orang memang mempunyai tugas masing-masing yang telah ditentukan. Gaji dan elaun yang diterima adalah berdasarkan perlaksanaan tanggungjawab tersebut. Mereka berhak menolak tugas tambahan yang di luar bidang mereka.

Namun dalam perkhidmatan, masih ada ruang untuk mendptkan peluang yang lebih istimewa. Antaranya ialah hadiah kenaikan pangkat dan anugerah prestasi cemerlang.
Jika tidak kerana itu pun, sesekali kita akan melakukan kesilapan atau terpaksa mengharapkan budi bicara majikan dalam situasi tertentu. Contohnya ketika ingin bercuti bagi menghantar saudara mara yang hendak ke mekah.

Atas alasan tersebutlah Demang berpendapat kita perlu memberikan perkhidmatan tambahan. Kalau dalam beribadat perkara begitu dinamakan amalan sunat.
Amalan sunat akan menampung kekurangan dan kelemahan kita dalam melaksanakan amalan wajib.

Dalam dunia korporat, ia merupakan nilai tambah yang dihargai pelanggan. Ini termasuklah perkhidmatan selepas jualan.

Suatu masa dulu, sykt-sykt automobil bersaing dalam menyediakan reka bentuk produk masing-masing bagi menembusi pasaran. Hari ini, perkara tersebut tidak lagi menjadi modal utama untuk bersaing. Malah mereka bekerjasama dalam R & D bagi menjimatkan kos. Bagi menambat hati pelanggan pula, tumpuan diberikan pada keselesaan dan perkhidmatan selepas jualan termasuk aksesori.

Dalam persaingan global, kualiti tidak lagi dinilai pada harga yang telah dibayar sebaliknya pengguna mencari apakah perkhidmatan percuma yang ditawarkan.
Para pemain global datang dengan modal yang besar. Ketika bank-bank tempatan mengenakan interest melebihi 7%, bank global spt City Bank menawarkan tidak lebih 3% sahaja.

Dalam masa bank tempatan memasukkan pelbagai caj tersembunyi pada kad kredit, bank global mengecualikan yuran tahunan dan pengecualian interest bagi penggunaan kurang 30 hari.

Mujur Tun Dr Mahathir bertindak pantas menggembeling modal melalui tindakan penggabungan bank tempatan. Kesannya, perbankan tempatan kembali bernafas dan mampu bersaing.

Dalam persaingan bagi mengisi jawatan politik, aspek nilai budi masih menjadi kriteria penting meski cuba dihakis oleh budaya rasuah. Buktinya, sehingga kini Mahyudin tetap mengungguli pencalonan meski tiada imbuhan untuk perwakilan yang mencalonkan beliau.
Demang percaya, mana-mana calon yang cuba bermain api akan mendapati diri sendirilah yang akan terbakar nanti. Samada mereka akan tersingkir melalui undi sebenar nanti ataupun dicekup BPR.

Jika terlepas juga, mereka akan mengadap dua saringan di pintu syurga. Pertama, dosa dengan Tuhan tetapi mereka boleh meminta ampun. Kedua, dosa kpd rakyat. Yang ini Demang rasa susah nak lepas.

Sepatutnya kita tidak perlu lagi bercakap tentang rasuah apatah lagi mempersoalkannya. Ia hanya memperlihatkan betapa rendahnya kualiti rakyat Malaysia. Padahal pemain global sudah pergi jauh dengan penekanan pada aspek nilai tambah.

Adakah kita masih bertanya diri kita: "adakah aku sudah melaksanakan amalan wajib?"

Sepatutnya kita sudah mula bertanya: "apakah amalan sunat yang boleh kulakukan lagi?"

Jika sudah, tahniah.

Jika belum, mari kita mulakan.

Friday, September 26, 2008

Pernah sedikit masa lalu, segelintir ahli korporat digelar keparat. Hal ini berlaku apabila terdapat segolongan manusia yang melihat dunia keusahawanan adalah pusat mengaut laba semata-mata.

Adakah berdosa jika usahawan mendapat keuntungan?

Sebenarnya, apabila kita singgah di sebuah warung dan membayar RM0.80 untuk segelas teh tarik maka tidak ada sesiapa yang akan menuduh pemilik warung tersebut sebagai keparat.

Malah jika selepas itu kita berkunjung ke sebuah hotel dan membayar RM6 untuk minuman yang serupa, kita masih mampu tersenyum.

Kemudian, jika esoknya kita minum air spt itu di kantin pejabat dan membayar RM3, apa perasaan anda? Mungkin anda masih boleh bersabar sehinggalah anda terserempak dengan pemilik kantin itu memandu kereta mewah dengan isteri barunya. Tambahan pula anda memang tahu bahawa hanya kantin kecil itulah satu-satunya sumber pendapatan beliau.

Itulah keparat namanya.

Seorang tokoh keparat bukan sahaja beraksi dalam dunia perniagaan. Mereka boleh ditemui dalam gelanggang politik, akademik, perkhidmatan dan juga agama.

Kebetulan tengahari tadi seorang ustaz (rakan sejawat) menceritakan kisah seorang ustaz yang mempunyai hubungan sulit dengan beberapa pelajarnya.

Tidak sukar untuk mengecam golongan keparat ini. Mereka melakukan usaha yang minimum tetapi cuba mendapatkan hasil melebihi sepatutnya. Mereka berbelanja sehingga katak pun hairan melihatnya.

Kenapa Demang berikan contoh katak?

Katak adalah spesis amfibia yang tidak peka dengan persekitarannya. Jika anda ingin merebus katak hidup-hidup anda cuma perlu masukkan katak tersebut ke dalam periuk yang diisi air dan kemudian nyalakan api di bawahnya.

Katak tersebut akan berenang-renang di dalam air suam itu tanpa mengesyaki apa-apa. Walaupun air tersebut semakin panas dan hampir menggelegak, sang katak masih leka bermain air. Sang katak hanya tersedar tentang bahaya apabila dia sudah terkejang menjadi bangkai.

Demikianlah nasib katak.

Demikian juga nasib si keparat yang tidak sedar betapa masyarakat sekeliling sedang mengutuknya.

Seorang usahawan muslim meletakkan akhirat sebagai matlamatnya. Dalam hal ini beliau sedar bahawa terdapat dua hubungan yang perlu dijaga. Yakni hubungan dengan Allah yang menjadikannya dan hubungan sesama manusia.

Sejak kecil lagi kita diingatkan sebesar mana pun dosa kita kepada Allah (kecuali syirik), kita masih berpeluang memohon ampun kepada-Nya. Allah maha pengampun.

Namun dosa atau kesalahan kepada manusia lain tidak akan diampun Allah selagi orang yang kita aniaya itu enggan memaafkan.

Elok juga jika renung kata-kata ahli sufi Abu Nasser Bisyir bin al-Harith al-Hafi:

"Harta yang halal tidak sanggup untuk dihambur-hamburkan, dan tidak akan merasai manisnya hari Akhirat bagi seseorang yang suka dikenali oleh orang ramai."

Demang rasa yang pertama tu ok tapi yang kedua tu yang selalu k.o.

Wallahu'alam.

Wednesday, September 24, 2008

Nota daripada Cheguman

Memiliki sebuah blog memang mudah namun untuk menguruskannya tidak ramai yang mampu. Apatah lagi jika mengendalikan lebih daripada sebuah blog. Sejak tahun 1999, saya biasa menjadi webmaster kepada lebih daripada sebuah laman web serentak dan menjadi moderator kepada lebih daripada tiga group perbincangan dalam masa yang sama. Saya biasa tidur dua jam sehari.

Mengendalikan lamanweb biasa lebih sukar berbanding blog. Namun saya berusaha mengekalkan www.morhabshi.com sehingga hari ini atas dasar ‘itu saya punya sendiri sedangkan blog sekadar rumah tumpangan.’

Pada peringkat awal kemunculan blog (asalnya, web log tetapi disingkatkan menjadi blog. Istilah web log diberi kerana kita cuma perlu ‘log masuk’ sebelum membuat sebarang aktiviti), saya mengendalikan lebih daripada satu blog. Namun akhirnya saya mengambil keputusan untuk menumpukan hanya satu iaitu ‘Waadat’ manakala yang lain telah saya ‘remove’ atau biarkan tak berjaga.

Namun sekarang mahu tidak mahu saya terpaksa memulakan sebuah lagi blog. Hal ini kerana saya perlu menunaikan satu lagi tanggungjawab iaitu meneruskan warisan keluarga. Meskipun asalnya sekadar suka-suka namun akhirnya menjadi satu perusahaan keluarga yang perlu diteruskan.

Hal ini kerana terdapat beberapa pihak yang telah menjadikan produk rumusan datuk saya ini sebagai sumber pendapatan sampingan mereka. Jadi sebagai orang yang bertangungjawab memulakannya maka saya perlu meneruskan agar usaha pihak tersebut tidak terputus begitu sahaja.

Memang, tidak ada sesiapa boleh mempertikaikan jika saya melakukan usaha mempromosikan produk tersebut melalui blog Waadat. Namun bagi saya ia bukanlah satu pendekatan yang bijak buat masa ini. Para pengunjung akan membuat andaian bahawa saya mengambil kesempatan, seolah-olah ada udang di sebalik batu.

Memang tak salah, namun berapa ramai yang beranggapan begitu? Setidak-tidaknya mungkin ada yang kecewa apabila berkunjung ke blog Waadat dan mendapati artikal di dalamnya sudah dipenuhi dengan iklan komersial.

Saya tidak mahu anggapan-anggapan begitu merosakkan usaha saya menyampaikan mesej kenegaraan kepada para pengunjung. (Perlu disedari bahawa Waadat bukanlah sebuah blog partisan. Kecenderungan Waadat pada parti politik tertentu sekadar kebetulan memandangkan itulah parti yang menjadi kerajaan sekarang).

Jadi, saya mulakan blog baru dan menyediakan satu pautan istimewa melalui Waadat.

Namun saya masih menggunakan pendekatan yang serupa dengan Waadat. Saya masih belum bosan berkesah dan bercerita. Masih sarat dengan kiasan dan analogi serta sedikit satira.

Anggap sahaja blog baru ini sebagai cawangan kepada Waadat. Cuma jika anda ingin membacanya anda perlu ‘klik’ ke ruangan tersebut.

Melalui kesempatan ini saya ingin membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama kami mempromosikan produk warisan ini sekaligus bersama-sama berkongsi faedah dan keuntungan daripadanya. Jika berminat, sila berkunjung ke blog tersebut: “Demang & Dunia Morhabshi di http://morhabshi.blogspot.com (terutamanya kepada yang mempunyai blog atau web sendiri).

Monday, September 22, 2008

Kerajaan Rakyat: 'antara Kerajaan dan Rakyat'

Sambil menjengah ibu di desa semalam, sempat Demang bertemu dengan seorang sahabat lama yang kebetulan pulang dari KL. Perbualan kosong tanpa tajuk khusus. Oleh kerana kami sedia memahami aliran politik antara satu sama lain maka seboleh mungkin masing-masing cuba mengelak daripada menyentuh perkara tersebut.

Namun sesekali terselit juga satu dua isu rakyat yang bersifat sejagat.

Antaranya ialah tentang kegagalan kerajaan menjaga kebajikan rakyat.

Contohnya dalam belanjawan baru-baru ini, teman tersebut mendakwa pihak yang mendapat faedah langsung hanyalah kakitangan kerajaan. Itupun kumpulan menengah dan atasan.

Kakitangan bawahan? Operator kilang? Penduduk kampung? Peniaga kecil?

"Apakah yang kerajaan buat untuk mereka?" tanya teman tersebut. Sebenarnya beliau seorang penjawat awam – nampaknya begitu prihatin dengan nasib rakyat marhaen.

Beliau memberi contoh betapa masih ada pekerja yang dibayar kurang daripada 500 sebulan.

Daripada sembang-sembang tersebut Demang dapati ada beberapa perkara yang dibangkitkan itu memang benar dan tak perlu Demang ulas. Cuma ada beberapa perkara yang dipersoalkan hanya sekadar rasa tidak puas hati yang hampir mustahil ditangani walau siapapun yang memerintah.

Sekarang Demang ingin menyeret anda bagi mengimbas kembali sebahagian daripada peranan kita. Mungkin anda ‘tidak berkenaan’ tetapi Demang adalah seorang daripadanya.

Apabila menyebut soal amanah dan tanggungjawab, ramai yang cenderung menuding pada kerajaan semata-mata. Kita lupa bahawa antara kerajaan dengan rakyat, kita berada di tengah-tengahnya. Kitalah perantaranya. Kitalah pemangkinnya.

Maksud Demang ialah golongan menengah Melayu.

Kakitangan kerajaan gred 29 ke atas berpendapatan 2000 ke atas. Kebanyakan mereka mempunyai pasangan yang juga berpendapatan hampir sama. Ertinya pendapatan mereka suami isteri tidak kurang 4000 sebulan.

(Sahabat Demang tadi adalah guru biasa yang berpendapatan lebih 6k sebulan, mempunyai 2 buah kereta dan 2 buah rumah. 6k itu adalah gaji sebagai kakitangan kerajaan, tidak termasuk pendapatan sampingan kelas tuisyen dan rumah sewa. Beliau juga mendapat elaun warden asrama).

Kemanakah RM4000 itu dihalakan setiap bulan? Maksud Demang bukan sahabat tadi tetapi kepada sesiapa sahaja yang berkenaan, termasuklah Demang.

Jika merujuk pada artikal Demang tentang sistem piramid ekonomi, di manakah kedudukan golongan ini? Mereka adalah pengguna primer, penerima curahan hujan daripada kerajaan. Yakni di dua tingkat teratas dalam sistem piramid.

Amanah pertama golongan ini ialah melaksanakan tugas membantu rakyat. Jika seorang guru, beliau membantu ibu bapa mendidik anak-anak. Bagi seorang pegawai polis, beliau menjaga keselamatan rakyat. Begitu juga pegawai perubatan yang ditugaskan menjaga kesihatan rakyat. (Para pegawai di SPP dan KPM pun ramai dalam kelompok ini).

Itu tugas pertama kita yang wajib dilunaskan.

Atas tugas-tugas tersebut maka kita diberi saraan atau upah (istilah apapun tak apa kerana yang penting kita mendapat wang).

Wang tersebut dgunakan bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. Maka apabila pegawai itu membeli makanan, pakaian, kenderaan, dan sebagainya maka dapatlah rakyat tertentu berniaga.

Para usahawan tersebut menggaji para pekerja dan dalam masa yang sama mendapat bekalan produk daripada kilang yang menyediakan pendapatan kepada lebih ramai pekerja.

Apabila ramai yang bekerja maka permintaan terhadap jualan makanan turut bertambah. Sebahagian daripada rakyat boleh mengambil peluang ini bagi menjana pendapatan keluarga.

Sumber utama makanan ialah pertanian dan penternakan. Justeru jangan ketawakan Paklah yang menyuruh rakyat bertani. Jika anda tidak mampu, beri galakan kepada abang-kakak kita di kampung. Banyak cara untuk menjayakannya dan bukannya mencemuh atau mencipta ribuan alasan.

Sesungguhnya ruang untuk kita bergerak masih luas. Medan untuk kita berjuang dalam jihad ekonomi masih jauh sempadannya. TDM pernah mensasarkan penduduk Malaysia seramai 70 juta. Sekarang jumlah kita baru setakat 27 juta. Kenapa perlu berdengki?

Ada yang berpendapat unjuran TDM itu mustahil dicapai memandangkan kadar kelahiran dan kematian manusia. Namun kita masih ada alternatif lain untuk mendapatkan tenaga kerja. Bukankah Tuhan berikan kita akal untuk mencipta teknologi?

Dalam ekonomi Islam, wang tidak boleh disimpan-beku. Itulah sebabnya riba diharamkan. Lebihan perbelanjaan bukan ditabung di bawah bantal atau ke dalam simpanan tetap di bank. Sebaliknya carilah pelaburan dengan sesuai. Bertindaklah secara proaktif dengan cara sama-sama menanggung risiko, bukan sekadar 'meminjamkan' wang kepada pihak bank untuk mendapatkan faedah tetap. Itu riba namanya.

Ada satu lagi amanah yang perlu kita bereskan: "sudahkah anda melunaskan zakat fitrah?"

Mungkin kita perlu fikirkan untuk menjadi penyumbang zakat-zakat lain pula seperti zakat harta, perniagaan, ternakan dan sebagainya.

Apakata anda mulakan dengan perusahaan lembu pawah dengan adik-kakak di kampung? 5 tahun lagi jika lembu itu berkembang biak menjadi 10 ekor, bermakna anda akan mempunyai RM20k. Dah boleh naik haji.

Ada seorang sepupu Demang sedang giat mengusahakan ternakan lintah. Menurut beliau, pasaran lintah sangat luas tetapi modalnya agak besar. Maka beliau mengajak saudara mara kami melabur dalam perusahaannya itu. Bukankah itu satu cara yang baik menambah pendapatan?

Demang cadangkan, daripada ahli politik kita sibuk berkempen sepanjang tahun dan berangan untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang, lebih baik setiap YB pembangkang mulakan satu usaha khusus bagi membangunkan ekonomi negara. Insya Allah rakyat akan lebih menghargainya dan tidak mustahil dalam PRU13 nanti mereka akan dipilih menerajui kerajaan yang ‘sah’ .

Maklum lah, mereka ni sebenarnya ada banyak masa lapang berbanding pak menteri.

Wednesday, September 17, 2008

Iklan: sejarah awal morhabshi

Vespa berwarna hijau pucuk pisang meredah denai desa meninggalkan debu kecil di belakangnya. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berdiri di antara penunggang dan 'handle' vespa, di atas pelantar. Angin yang agak keras menampan muka dan mengusai rambut sikecil.

Vespa itu membeluk ke laman sebuah rumah kayu dan berhenti. Penunggangnya yang berusia akhir 40an memberi salam.

"Waalaikum salam," sahut seorang lelaki dengan kepalanya terjengul pada jendela. "Ha, naik Ustaz," pelawanya.

"Naik? Tak pa la, kot?" jawab Ustaz Hamid sambil tersenyum.

Walau bagaimanapun beliau sudahpun menongkat vespanya dengan kemas, kemudian melangkah ke arah rumah tersebut.

Kanak-kanak yang bersamanya tadi mengekori dari belakang.

"Apa halnya pesan suruh saya singgah?" orang yang digelar ustaz Hamid bertanya.

"Macam ni..." tuan rumah mengengsot rapat ke depan datuk Demang yang sedang bersila itu.

Pelan-pelan Demang yang 'rajin' mengikutnya 'mengubat orang' memasang telinga...

Nak tahu apa yang Demang dengar? Nantikan iklan seterusnya.

Thursday, September 11, 2008

harmoninya negaraku

Demang sedar kisah piramid dalam artikal lepas agak berat dan mungkin juga menimbulkan polemik. Malah Demang terbaca satu artikal baru-baru ini yang menolak sistem piramid yang didakwa tidak adil kepada manusia.

Terima kasih kepada yang sudi memberi pendapat. Bagi yang enggan memberi komen, Demang tidaklah sampai menghukum ‘diam tanda setuju’.

Perbezaan adalah satu hikmah.

Pagi tadi Demang pulang ke rumah sebentar kerana menghantar putera Demang yang kurang sihat. Maka Demang mengambil kesempatan menjengah ‘rumah baru’ Demang yang sedang disiapkan. Sebenarnya bukan rumah betul-betul. Kami sekadar menaiktaraf bilik kami sebab saiz lamanya agak sempit. Apabila siap kelak, bilik baru tersebut hampir sebesar rumah PPRT. Itu sebabnya Demang katakan ‘rumah’.

Itulah kebaikannya tinggal bersama mertua di dalam sebuah kampung. Boleh buat ‘rumah di dalam rumah’.

Ketika Demang tiba, seorang lelaki India sedang memasang bingkai jendela sambil dibantu isterinya. Seorang lelaki Cina sedang memotong dinding bilik bacaan bagi menambah keluasannya. Sementara itu lelaki Melayu yang mengetuai proses pembinaan tersebut menyiapkan bahagian siling kamar.

Selain itu Demang dapati tugas-tugas tertentu telah diagih-agihkan kepada beberapa pihak lain. Contohnya untuk pendawaian elektrik, menggali lubang tandas, pemasangaan jeriji tingkap, peralatan tandas, dan sebagainya. Masing-masing dengan tugas dan kepakaran masing-masing.

Ibu mertua Demang sempat memberi komen: “wah, muhibah betul tukang-tukang rumah kita…” Yang beliau maksudkan ialah kerana mereka terdiri daripada pelbagai kaum.

Memang betul pun. Demang tumpang seronok melihat suasana mereka bekerja. Sesekali terdapat juga usik mengusik dan senda gurau sesama mereka. Tambahan pula lelaki Melayu yang menjadi ‘kontraktor utama’ kami tu agak kelakar orangnya.

Semasa berbuka puasa petang tadi bapa mertua Demang beritahu: “Ah Kuang minta tambahan RM1500 sebab mereka tersilap kira kos yang dijanjikan dulu.”

“Kesian nengokkan diorang tu. Kita pun pernah susah dulu.” Ibu mertua Demang menyampuk.

“Tak apalah. Bagikan aje. Tapi bukan ke Abang Ali tu yang jadi ketua?” Tanya Demang.

“Dia tu nampak je seloroh dan tak kesah. Tapi dalam hal macam ni dia malu nak berterus terang. Lagipun si Kuang tu yang pegang duit. Kuang tu dah lama berkawan baik dengan Abah,” bapa mertua Demang menjelaskan.

******************

Barangkali secebis kesah manusia di sudut kecil negara kita ini boleh kita renungkan sebentar. Bagi Demang ia ada kaitan dengan artikal ‘Piramid’ yang baru Demang siarkan itu.

Sebagai pegawai kerajaan, alhamdulillah pendapatan Demang cukup untuk kami sekeluarga. Tambahan pula isteri Demang juga bekerja. Kami tinggal bersama ibu bapa (sebelah isteri). Bapa mertua Demang bukan orang kaya dan hanya pemandu ambulan yang telah bersara. Namun rezeki beliau agak murah di samping rajin berusaha sebagai agen hartanah.

Kata orang agen hartanah boleh jadi kaya raya, namun Demang tak percaya sangat sebab bapa mertua Demang masih menggunakan ‘motor cup’ buruknya sehingga kini. Duit simpanannya pun tak banyak walaupun dia selalu menguruskan jual beli tanah/bangunan bernilai jutaan ringgit. Melalui perbualan dengan beliau, Demang dapati komisyen yang diterima walaupun kelihatan besar namun setelah ditolak segala kos dan pengurusan serta dibahagikan antara pihak yang terlibat (ramai) sebenarnya tidak seberapa.

Yang Demang tahu, duitnya banyak dipinjam orang.

Selain itu sesekali Demang dan isteri dijemput ke program motivasi dan sebagainya. Selain berbakti, kami mendapat tambahan pendapatan melalui usaha tersebut.

Dalam pada itu ada satu lagi usaha Demang iaitu membuat promosi produk keluarga Demang melalui internet iaitu sejenis minyak untuk perubatan tradisional. Namun Demang tak masukkan dalam sumber pendapatan sebab hasilnya terus disalurkan kepada ibu Demang di kampung. Lagipun cuma perusahaan kecil-kecilan. (nanti Demang ceritakan).

Kenapa Demang ceritakan ini?

Jika kita imbas artikal ‘piramid’ Demang, didapati air mengalir terus dan dimanafaatkan di setiap peringkat. Wang yang ada pada Demang bertukar tangan ke pihak lain untuk dimanafaatkan pula oleh mereka. Seterusnya ia akan berpindah pula kepada pihak lain mengikut giliran dan keperluan.

Kata seorang teman lama Demang yang mengulang kata-kata seorang ustaz: “duit yang di dalam poket kita pun belum tentu menjadi rezeki kita. Mungkin kita cuma tolong simpan sahaja sebelum diserahkan kepada orang lain.”

Bagi Demang, jika kita berada di puncak, gunakan peluang tersebut untuk mengumpul pahala dengan berbuat sebanyak mungkin kebajikan. Perlu diingat bahawa kebajikan bukan sekadar memberi sedekah malah menyediakan pekerjaan juga merupakan fardhu kifayah.

Itulah jihad seorang Muslim.

Friday, August 15, 2008

Entrepreneurship

Sham; anda boleh temui pemuda ini di sebuah bengkel di Bkt Baru Melaka. Berperawakan sederhana, sudah beristeri dan mempunyai dua anak yang masih kecil.

Sepatutnya dia sudah boleh bersenang hati dengan gaji yang agak lumayan: sebagai jurutera atau sekurang-kurangnya penyelia kepada sekumpulan mekanik di sebuah kilang milik syarikat asing atau tempatan yang telah kukuh.

Selaku orang muda yang mempunyai kepakaran tersendiri dan berkerjaya, beliau pasti mampu memiliki kereta sport dan berkongsi hobi tertentu dengan rakan-rakan.

Bagi kebanyakan orang, kedudukan seperti itu adalah keadaan yang cukup selesa. Alangkah indahnya dunia. Inilah masanya untuk memberi tumpuan pada anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan.

Namun Demang dapati pemuda ini agak berbeza. Dia memilih untuk menyisihkan sebahagian besar daripada simpanannya bagi menyewa dua lot kedai, melengkapkannya dengan peralatan membaiki kereta dan mengambil beberapa orang pekerja.

Ramai yang mengakui bahawa berniaga lebih baik daripada makan gaji namun tidak ramai yang benar-benar sanggup mempraktikkannya. Siapa yang sanggup melaburkan 100k untuk mendapatkan gaji sendiri yang lebih kurang sama dengan pendapatan sebelum ini?

Semalam Demang berselisih dengan anak muda tersebut yang memandu kereta Kancil bersama keluarganya.

Ah! Anehnya manusia. Sudah mampu hidup selesa dengan jawatan yang baik, namun memilih untuk bersusah payah mengusahakan perniagaan yang penuh cabaran.

Itulah usahawan (entrepreneur). Kumpulan tersebut semakin ramai kini. Menoleh lah sejenak kepada mereka. Mereka boleh sahaja bekerja dengan orang lain dan menikmati gaji lumayan. Namun mereka mengambil keputusan untuk membuka perniagaan. Mereka bukan sahaja memberikan jawatan lama mereka kepada orang lain malah menyediakan pekerjaan baru kepada orang lain pula.

Bukankah ini juga suatu jihad?

Nampaknya kelas Demang baru sahaja bermula.

Saturday, August 2, 2008

Universiti Gunung Ledang

Demang tidak pernah kenal Paklah secara peribadi. Malah bertemu pun tidak lebih tiga kali. Barangkali, sebab itu lah agaknya Demang masih tegar mempertahankan beliau hingga saat ini.

Sebenarnya Demang tidak ada alasan peribadi untuk menyokong mahupun menentang beliau. Malah andai kata esok orang lain menjadi PM maka Demang dengan redha menyokong pemimpin itu.

Hari ini Demang mendapat maklumat baru. Sebuah petunjuk barangkali. Plotnya bermula dua mgu lepas apabila seorang sahabat mencadangkan Demang membuat MA dalam bidang pengurusan perniagaan (MBA). Maka tanpa berfikir panjang Demang menerima cadangan itu. Malah Demang terus masuk ke kelas tanpa mengikuti prosedur biasa.

"Engkau ikut dulu. Kalau tak sesuai, keluar lah." kata sahabat Demang yang bergelar Prof Madya di IPTA tersebut.

Meskipun Demang tertarik dengan setiap tutorial yang berlangsung namun hati Demang masih berbelah bahagi. "Betul kah tindakan aku ni?" hati Demang terus tertanya-tanya.

Demang menghubungi (sms) beberapa orang sahabat meminta pandangan. Maka berjujut lah pendapat yang tiba dalam 'peti masuk' Demang.

Demang tak habis memikirkan bagaimana seorang yang cenderung pada sastera, seni dan sejarah boleh menyertai pengajian perniagaan (MBA) ini. Hinggakan Demang berseloroh dengan seorang sahabat Demang yang sedang menyiapkan sarjana; kata Demang: "aku nak gabungjalinkan Sejarah Melayu dengan Pengurusan Perniagaan ini. Kalau relevan, aku akan teruskan."

Dalam pada itu Demang segan juga dengan rakan-rakan sekelas kerana belum berdaftar secara rasmi. Maka antara rela dengan tidak Demang pun membayar yuran pengajian setelah dua minggu menjadi 'pendatang tanpa izin'.

Malam tadi, Demang mengikuti tutorial subjek 'Enterpreneurship'. Dr Ghazali memulakan perbincangan dengan mengemukakan usul yang memeranjatkan Demang: "Universiti pertama di Tanah Melayu ialah Universiti Gunung Ledang dan pemegang sarjana pertamanya ialah Tun Tuah. Manakala naib canselornya ialah Adiputra." Malah beliau juga mendakwa Tun Tuah juga seorang enterpreneur unggul sejajar dengan kepesatan ekonomi empayar Melaka ketika itu.

Bagi menyokong hujahan, beliau mengemukakan sebuah buku tulisan Ong Hean Tatt (2004) yang khusus membandingkan kehebatan Tun Tuah dengan wirapati legenda Cina iaitu... (maaf, Demang lupa. Tapi Demang sudah melihat buku tersebut dan sedang berusaha memilikinya).

Perbincangan akademik tersebut membawa kepada kesimpulan peribadi Demang bahawa Tun Tuah adalah insan terbilang. Kesultanan Melaka sebenarnya berjaya melahirkan ramai modal insan berkualiti. Jika tidak, masakan Melaka mampu menjadi kota pelabuhan terhebat di zamannya? Tome Pires menyatakan sesiapa yang menguasai Selat Melaka bermakna menguasai perdagangan rempah dunia. Adakah makhluk asing (alien) yang membangunkannya?

Perdagangan Melaka berasaskan rempah ratus yang merupakan sebahagian hasil pertanian meletakkan Melaka terunggul di persada dunia. Siapa dapat nafikan bahawa sampai bila-bila pun manusia akan terus makan? Malah apabila kita mati pun orang akan buat kenduri tahlil. Makan tetap makan. Dan bahan asas untuk dimakan perlu ditanam.

Tiba-tiba Demang terasa sayu mengenangkan seorang pemimpin yang menaruh impian untuk membawa negara kembali kepada zaman penuh gemilang itu hendak disingkirkan dua tahun lagi. Beliau mengimpikan pusat perkembangan Islam yang bakal membawa keharmonian sejagat dengan gagasan Islam Hadhari. Beliau melihat keperluan menyediakan makanan halal mesti dilaksanakan. Malaysia sebagai hab halal dunia.

Seterusnya beliau melihat bahawa negara yang maju mestilah dihuni oleh rakyat yang maju pemikiran dan tinggi kualitinya. Maka beliau bertegas untuk menyisihkan sebahagian pendapatan negara bagi membangun modal insan.

Demang tak kisah siapa yang akan menjadi PM selepas ini. Malah Demang pernah dengar, Paklah sendiri pun berhasrat meletak jawatan sebaik gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam PRU12 yang lalu tetapi dinasihatkan agar bertangguh dulu.

Walaupun Demang tak kesah siapa bakal PM, namun akal Demang bermonolog sendiri: "kemana kita nak dibawa selepas ini?".

"Negara ini kita pinjam daripada anak cucu kita." (Demang dah lupa siapa yang mengucapkannya).

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)