Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, August 2, 2008

Universiti Gunung Ledang

Demang tidak pernah kenal Paklah secara peribadi. Malah bertemu pun tidak lebih tiga kali. Barangkali, sebab itu lah agaknya Demang masih tegar mempertahankan beliau hingga saat ini.

Sebenarnya Demang tidak ada alasan peribadi untuk menyokong mahupun menentang beliau. Malah andai kata esok orang lain menjadi PM maka Demang dengan redha menyokong pemimpin itu.

Hari ini Demang mendapat maklumat baru. Sebuah petunjuk barangkali. Plotnya bermula dua mgu lepas apabila seorang sahabat mencadangkan Demang membuat MA dalam bidang pengurusan perniagaan (MBA). Maka tanpa berfikir panjang Demang menerima cadangan itu. Malah Demang terus masuk ke kelas tanpa mengikuti prosedur biasa.

"Engkau ikut dulu. Kalau tak sesuai, keluar lah." kata sahabat Demang yang bergelar Prof Madya di IPTA tersebut.

Meskipun Demang tertarik dengan setiap tutorial yang berlangsung namun hati Demang masih berbelah bahagi. "Betul kah tindakan aku ni?" hati Demang terus tertanya-tanya.

Demang menghubungi (sms) beberapa orang sahabat meminta pandangan. Maka berjujut lah pendapat yang tiba dalam 'peti masuk' Demang.

Demang tak habis memikirkan bagaimana seorang yang cenderung pada sastera, seni dan sejarah boleh menyertai pengajian perniagaan (MBA) ini. Hinggakan Demang berseloroh dengan seorang sahabat Demang yang sedang menyiapkan sarjana; kata Demang: "aku nak gabungjalinkan Sejarah Melayu dengan Pengurusan Perniagaan ini. Kalau relevan, aku akan teruskan."

Dalam pada itu Demang segan juga dengan rakan-rakan sekelas kerana belum berdaftar secara rasmi. Maka antara rela dengan tidak Demang pun membayar yuran pengajian setelah dua minggu menjadi 'pendatang tanpa izin'.

Malam tadi, Demang mengikuti tutorial subjek 'Enterpreneurship'. Dr Ghazali memulakan perbincangan dengan mengemukakan usul yang memeranjatkan Demang: "Universiti pertama di Tanah Melayu ialah Universiti Gunung Ledang dan pemegang sarjana pertamanya ialah Tun Tuah. Manakala naib canselornya ialah Adiputra." Malah beliau juga mendakwa Tun Tuah juga seorang enterpreneur unggul sejajar dengan kepesatan ekonomi empayar Melaka ketika itu.

Bagi menyokong hujahan, beliau mengemukakan sebuah buku tulisan Ong Hean Tatt (2004) yang khusus membandingkan kehebatan Tun Tuah dengan wirapati legenda Cina iaitu... (maaf, Demang lupa. Tapi Demang sudah melihat buku tersebut dan sedang berusaha memilikinya).

Perbincangan akademik tersebut membawa kepada kesimpulan peribadi Demang bahawa Tun Tuah adalah insan terbilang. Kesultanan Melaka sebenarnya berjaya melahirkan ramai modal insan berkualiti. Jika tidak, masakan Melaka mampu menjadi kota pelabuhan terhebat di zamannya? Tome Pires menyatakan sesiapa yang menguasai Selat Melaka bermakna menguasai perdagangan rempah dunia. Adakah makhluk asing (alien) yang membangunkannya?

Perdagangan Melaka berasaskan rempah ratus yang merupakan sebahagian hasil pertanian meletakkan Melaka terunggul di persada dunia. Siapa dapat nafikan bahawa sampai bila-bila pun manusia akan terus makan? Malah apabila kita mati pun orang akan buat kenduri tahlil. Makan tetap makan. Dan bahan asas untuk dimakan perlu ditanam.

Tiba-tiba Demang terasa sayu mengenangkan seorang pemimpin yang menaruh impian untuk membawa negara kembali kepada zaman penuh gemilang itu hendak disingkirkan dua tahun lagi. Beliau mengimpikan pusat perkembangan Islam yang bakal membawa keharmonian sejagat dengan gagasan Islam Hadhari. Beliau melihat keperluan menyediakan makanan halal mesti dilaksanakan. Malaysia sebagai hab halal dunia.

Seterusnya beliau melihat bahawa negara yang maju mestilah dihuni oleh rakyat yang maju pemikiran dan tinggi kualitinya. Maka beliau bertegas untuk menyisihkan sebahagian pendapatan negara bagi membangun modal insan.

Demang tak kisah siapa yang akan menjadi PM selepas ini. Malah Demang pernah dengar, Paklah sendiri pun berhasrat meletak jawatan sebaik gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam PRU12 yang lalu tetapi dinasihatkan agar bertangguh dulu.

Walaupun Demang tak kesah siapa bakal PM, namun akal Demang bermonolog sendiri: "kemana kita nak dibawa selepas ini?".

"Negara ini kita pinjam daripada anak cucu kita." (Demang dah lupa siapa yang mengucapkannya).

7 comments:

Danielle_Corleone said...

Keterbalikan konsep demokrasi membawa kita leka dengan susunan feudal.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Saudara,

Saya sokong seratus peratus saranan saudara dan sebak membaca tulisan ini.

Sebelum apa-apa saya ingin mengucapkan Tahniah keatas tindakan dan keberanian Saudara CheguMan kerana telah memulakan Pengajian MBA.

Jangan toleh belakang, teruskan MARA ke hadapan. Saya sendiri sedang memikirkan nak buat ke tak buat MA dalam Islamic Spiritual Studies di UIA pada November 08 ini InsyaAllah.

Saya baru habis Postgraduate Diploma in Islamic Studies dan dinasihatkan sambung ke peringkat MA.

Belum buat keputusan Tapi saya sudah mula mengulang kaji Arabic saya. Alhamdulillah. Faham-fahamlah kita ini semua terlalu sibuk tambahkan pula seorang ibu macam saya ini.

Anyway, tujuan sebenar saya adalah kerana ingin memberi makluman tentang satu seminar yang akan diadakan di UM InsyaAllah 27 dan 28 Ogos ini, kalau nak tahu lebih ada di blog saya.

Anak2 saya suruh saya blog balik, InsyaAllah lah bila ada masa.

man_helang said...
This comment has been removed by the author.
Tai said...

Dia memang bagus. Tapi pendekatannya itu yang terlalu memberi kebebasan untuk bersuara telah disalahguna. Beliau juga kadangkala kurang tegas.

Cheguman said...

1) Ya, ketegasan adalah aset penting seorang pemimpin. Barangkali kita boleh mula menilai Paklah dari situ.

2) Apa pendapat anda tentang keberanian Paklah membuka ruang lebih luas untuk 'ketelusan'? Contoh, penubuhan suruhanjaya kehakiman, tangkapan ke atas 'jerung' rasuah, debat terbuka, permuafakatan dgn PAS, dsb?

Tai said...

Itu sangat bagus. Tapi masalahnya, dia kurang ketegasan. Sebab itu, semua orang pakat pijak kepala dia. Dia seharusnya mencontohi sikap Tun Mahathir yang amat tegas itu.

mrf said...

kelembutan dan ketidaktegasan paklah umpama memberi senjata pada orang tanpa tahu mcmana nak mempertahankan diri..

melayu marah pada BN bermula dengan isu HINDRAF..

pas dan pkr didepan melayu menuduh BN menyokong hindraf..lembut sangat dengan hindu sampai berani naik tocang..melayu yg dengar pon marah dengan umno..dan didepan hindu pula menuduh BN dan UMNO menindas mereka..dan berjanji hanya mereka yang boleh memberi keadilan pada mereka..

walau apa pun..Tun M yang tegas itu tumpas dan kalah dengan paklah yang lembut itu dengan hanya berdiam diri tatakala Tun M mengasak beliau bertubi2...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)