Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, August 8, 2008

Kalah jadi abu menang jadi arang

Apakah kegunaan abu? Hampir tak berguna langsung. Kalau ada pun cuma untuk orang yang rajin mengambil tahu tentang petua-petua lama. Spesis yang begitu dah tak ramai.

Sekiranya abu itu kita perolehi dari benda yang dah tak berguna barangkali kita tidak rugi apa-apa. Sebaliknya jika abu itu kita perolehi dengan cara membakar set sofa kulit di rumah kita, apa faedahnya? Apatah lagi jika perabot itu dibeli oleh orang rumah kita.

Nasib arang agak berbeza. Untung atau rugi, anda nilai lah sendiri nanti. Jika perabot antik anda terbakar dan menjadi arang, maka arang itu masih ada gunanya. Sate yang dibakar menggunakan arang masih tidak dapat ditandingi oleh sate yang dibakar menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Nampaknya arang masih berguna.

Demang lihat nasib Anwar ada dua kemungkinan. Jika menang, beliau akan menurut jejak langkah Saddam Hussein. Sebaliknya jika kalah, nasibnya kemungkinan akan seperti Benazir Butho.

Bagi Demang, Benazir senasib dengan abu manakala Saddam sinonim dengan arang. Watak yang dipegang oleh Benazir terpaksa ditamatkan lebih awal kerana pengarah percaya bahawa ia tidak menguntungkan. Sebagaimana abu, nama Benazir akan terbang bersama angin lalu dan hilang begitu sahaja.

Saddam pula, dijadikan arang untuk memanggang dan meratah perut bumi dan daging rakyat Iraq.

Akhirnya, arang juga akan mengikut jejak langkah abu.

Kali ini Permatang Pauh dipilih untuk mengundi bagi pihak rakyat Malaysia. Alangkah dangkalnya pemikiran demokrasi. Sekali lagi nasib negara akan ditentukan oleh sekelompok manusia.

Dalam sejarah perkelahian, yang kalah akan jadi abu dan yang menang akan jadi arang.

Pertembungan di Permatang Pauh tidak boleh dielakkan lagi. Gendang perang sudah dipalu. Semuanya gara-gara kemaruk kepada kuasa dan tidak tahu menghadapi ujian Tuhan.

Wallahu'alam

(bersambung…“Takdir & Ujian”)

9 comments:

Unfiltered-Madness said...

orang politik berebut kuasa...

orang biasa macam kita juga yang sengsara.

Tok Pawi said...

Cikgu,

Perjuangan Anwar di Matang Pauh adalah sia-sia biar menang ataupun kalah. Jika menang sekalipun dia tidak akan dapat mencapai apa yang dicita. PRK Permatang Pauh adalah tidak perlu, merugikan dan menyusahkan. Jika dia benar-benar cintakan negara, dia harus menunggu PRU 13 dan sebelum itu dirinya dibuktikan bersih (dari semua tuduhan terhadapnya) dan bertanggungjawab.

Saya meletak link ke blog ini di blog saya ayorlemuju.blogspot.com kerana Jalur Gemilang.

Marilah berkempen bersama saya.

man_helang said...
This comment has been removed by the author.
Desperado said...

Jangan la jadi abu....jadi la ali ka, ismail ka...

melayuangkat said...

Salam CheguMan,

Memang benar, dia orang tengah kemaruk kuasa.

Celik mata ..kuasa
Tengah makan..kuasa
Tengah mandi..kuasa
Tengah jalan..kuasa
Tengah tidur..pun mimpi kuasa

Apa jadi nanti dia orang dah tak peduli..abu ke..arang ke..janji dapat kuasa..kuasa dunia yang amat sementara.

Kuasa dunia sementara??Itu kita yang kata..tapi tidak pada yang tengah kemaruk kuasa.

Peduli apa akan jadi pada nasib bangsa? Asalkan 'aku' dapat kuasa.

angah said...

salam...

mengapa kitta dulu menentang komunis cheguman?
sebab kita nak kan sebuah negara demokrasi..
kalau tak nak ader perebutan kuasa.. pilihanraya.. ikut komunis.
:)
soal pembaziran? bagi saya tak der isu..
kalau nak ikutkan pembaziran..kerajaan sekrang lagi banyak pembaziran yg di lakukan.. mengapa kita membisu.. ohhh melawan pemerintahh dinama kan khianat...tapi yg membela nasib rakyat dikatakan apa cheguman??
renungkan kembali..kita tolak ketepu isu mahkamah.. ekonomi..
ekonomi kita semakin merundum...
itu fakta..akibat aper?kelemahan pentadbiran..morgan stanley melaporkan thn lepas sajer negara kehilangan 10 bilion akibat rasuah.. yg hilang tue duit siapa?? duit peminpin? duit kerajaan kan..dr maner datang duit kerajaan..dr cukai2 rakyat.. tgk mereka merompak duit rakyat.. kita membisu..bila ader org bersuara menentang kita gelarkan dia gila kuasa..sebab aper? pemikiran kita kolot....tak salah kita mencuba..
mungkin peminpin yg baru menjaga rakyat lebih baik dr sekarang.. saper tahu??

salam perjuangan..

Akar Umbi said...

"Negara ini kita pinjam daripada anak cucu kita." (Demang dah lupa siapa yang mengucapkannya).

Merujuk kepada frasa yang saudara ungkapkan di atas diposting yang bertajuk "Universiti Gunung Ledang", sebenarnya ia diucapkan oleh Allahyarham Dato' Mufti Shuib, Ketua UMNO Bahagian Ampang.

Ungkapan tersebut merupakan sebahagian dari matlamat kepimpinan iaitu dalam kata lain, menyediakan kesejahteraan kepada generasi yang datang. Disamping itu, kepimpinan juga semestinya bermatlamatkan kemakmuran di muka bumi.

Rasanya cukup sekadar itu sebagai makluman.

Danielle_Corleone said...

saya ragu-ragu dengan bendera malaysia.

Tai said...

Demang, ibarat kata pepatah, orang tamak, selalu rugi. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)