Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, January 4, 2010

kalimah 'Allah': KDN fail rayuan


Berita yang baru Demang terima, KDN petang ini memfailkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Bagi Demang isu ini merupakan rentetan keputusan PRU12.

PRU12 menyaksikan kaum Melayu masih menjadi majoriti dalam BN (melalui UMNO) manakala kaum Cina dan India berpaling ke pihak pembangkang yang ditunjangi DAP dan PKR (lihat keputusan PRU12). PAS sekadar memiliki 23 kerusi parlimen.

Justeru lanskap politik menyaksikan betapa orang Melayu mewakili kerajaan manakala orang bukan Melayu menguasai pembangkang.

Itu sebabnya apabila dikatakan kelemahan kerajaan, maka maksudnya ialah orang Melayu gagal menjadi pentadbir yang baik.

Malah ada orang Melayu yang secara sinis membandingkan Malaysia dengan Singapura. Itu belum dikira kerajaan negeri yang menjadikan Singapura sebagai mentor.

Walaupun orang Melayu hanya segelintir di dalam barisan pembangkang sedang majoriti masih di pihak BN namun hakikatnya kuasa Melayu sudah terpecah dua. Hal ini amat disedari oleh bukan Melayu dan akibatnya beberapa pihak mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Golongan ini tidak ramai namun mereka licik mengambil peluang yang ada.

Demang katakan 'licik', bukannya 'cerdik'. Hal ini kerana tindakan mereka ibarat bermain dengan api. Mereka tidak sedar betapa sifat api itu 'kecil menjadi kawan manakala besar menjadi lawan.' Apakala api sudah semakin marak maka ia akan membakar apa sahaja termasuk diri sendiri.

Sementara itu Demang baca kenyataan Dr Shamharayu Abd Aziz daripada UIA yang disiarkan dalam blog Penghuni Gua. Beliau menjelaskan maksud Perlembagaan Perkara 3(1) Ayat itu menyebut dengan jelas bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan 'aman dan damai'.

Menurut beliau formula 'aman dan damai' harus dihayati semangatnya oleh mahkamah dalam membuat keputusan.

Demang tertarik dengan analogi yang diberikan iaitu ibarat mahkamah memberikan kebenaran kepada seorang suami untuk berpoligami sedangkan isterinya tidak merelakan sepenuhnya. Si suami berjaya melangsungkan perkahwinan tetapi adakah keharmonian keluarganya akan berkekalan?

Demang amat berharap rayuan yang dikemukakan KDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi akan diberi pertimbangan sewajarnya berdasarkan prinsip 'aman dan damai' yang disebut dalam perlembagaan.

foto:
justice jpg
novo.ca

Friday, January 1, 2010

kalimah Allah: istilah atau akidah?


Menjadi orang Melayu di negara ini kena tahu beralah. Menjadi orang Islam di bumi bertuah ini kena banyak bersabar. Maka menjadi orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia ini mesti pandai beralah dan bersabar.

Menjelang 31 Ogos 1957, orang Melayu akhirnya beralah dengan membenarkan pekerja-pekerja yang dibawa masuk oleh British menjadi warganegara. Mendapat taraf kerakyatan bererti mendapat semua keistimewaan yang sebelum itu hanya dimiliki orang Melayu.

Menjadi warganegara ertinya mempunyai hak untuk memilih dan dipilih menjadi pemimpin negara, bukan sekadar pemimpin kaum sendiri. Justeru orang Melayu beralah lagi dengan memberi peluang kepada pemimpin bukan Melayu menjadi wakil rakyat di kawasan petempatan majoriti Melayu.

Malah sehingga PRU12 (2008) masih banyak kawasan Melayu diberi kepada pemimpin bukan Melayu. Jika menggunakan demokrasi tulen, orang India tidak mungkin boleh menjadi wakil rakyat. Malah orang Cina juga sukar dilantik menjadi menteri kerana di kawasan bandar selalunya DAP akan menang sedangkan parti itu bukan komponen BN yang merupakan kerajaan pusat.

Semalam Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah di gereja. Maka orang Melayu kena beralah lagi. Orang Islam kena bersabar lagi.

Selepas ini kita perlu sambung kalimah Allah dengan tambahan 'Taala' atau 'Subhanahu Wa Taala'.

Cuma Demang bimbang anak cucu kita nanti bertanya: "Jika Allah itu tuhan bagi orang Islam dan orang Kristian, siapa yang Allah lebih sayang?"

Jadi, apa tindakan kita sekarang? Mahu beralah atau menentang? Jika berperang, menang jadi abu kalah jadi arang. Silap-silap negara terjajah dan akidah anak cucu akan jadi seperti di Sepanyol selepas kerajaan Andalusia tumbang.

Jika diikutkan sahaja, nanti akan ada polemik antara masjid dan gereja iaitu adakah Allah itu satu (Ahad) atau 3+1 (trinity)?

Kenapalah orang kristian di Malaysia tidak mahu meletakkan ketenteraman, keamanan, dan kedamaian negara sebagai satu keutamaan? Kenapa perkara yang bukan menjadi isu di negara lain cuba dijadikan isu di Malaysia?

Demang tidak fikir polemik ini boleh menguntungkan penganut Budha dan Hindu di Malaysia kerana jika berlaku huru hara, tidak ada siapa yang akan untung.

Demang menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengambil perlembagaan dari segi semangatnya, bukan setakat tulisannya.

Lihatlah di Palestin. Apabila Yahudi menyembelih orang Arab, mereka tidak peduli samada orang arab itu Islam atau Kristian!

Demang tetap berpendirian sebagaimana surah Al-Ikhlas dan Al-Kafirun dalam Al-Quran.

Orang bukan Islam perlu faham dan menghormati pegangan orang Islam bahawa Allah itu satu (esa) sedangkan konsep tuhan dalam kristian amat berbeza.

Bagaimana jika kita katakan "jika itu kereta, maka ini juga kereta" padahal yang kita tunjukkan itu nyata sebuah lori!

foto:
kamal uddin in ...ig jpg
freewebs.com

Saturday, November 7, 2009

Dr Maza: dosa siapa?


Sudah tentu Demang juga mengikuti perkembangan yang berlaku antara bekas mufti Perlis dengan pihak-pihak yang bertelagah dengan beliau. Cuma pada peringkat awal Demang enggan membuat sebarang komentar melainkan sedikit cuitan dalam satu artikal minggu lepas.

Bagi Demang sesiapapun faham bahawa ia bukan setakat masalah teknikal semata-mata. Jika masalah pentauliahan, berlambak penceramah PAS dah diangkut ke balai. Ia adalah perbalahan berkurun lamanya dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara bersistematik.

Demang sedar, ini bukan medan kita namun sebagai ummah yang pasti terheret sama ke dalamnya, kita juga wajar memberi pandangan seadanya. Meski sekadar di permukaan.

Bagi Demang kedua-dua pihak harus bermula dengan ikhlas. Buang semua prejudis dan kemukakan masalah satu persatu. Demang percaya bahawa kita boleh masuk syurga tanpa perlu memakai lencana mana-mana persatuan, parti, atau mazhab.

Seperkara lagi, tidak ada sesiapa perlu mewarisi dosa atau pahala tok-tok guru sebelumnya.


foto hiasan:
conflict jpg sonofthesouth.net

Thursday, June 11, 2009

Kuliah Tasawuf



Setelah tertangguh selama dua minggu oleh aral yang tak dapat dielakkan akhirnya malam tadi Allah SWT mengizinkan Demang hadir kuliah tasawuf yang dibimbing Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki.

Sebenarnya kuliah yang diadakan di Masjid Pengkalan Rama Melaka tersebut baru bermula. Justeru pada malam itu Sheikh Muhammad Fuad sekadar menerangkan sanad ilmu yang dibawanya itu berkesinambungan daripada Rasulullah SAW.

Beliau juga menjelaskan bahawa Rasululullah SAW mendapat ilmu itu secara lisan daripada Jibril. Kemudian baginda menyampaikan kepada para sahabat termasuk Saiyidina Ali. Seterusnya diperturunkan secara lisan atau berdepan (face to face) dari satu guru kepada satu guru hingga tiba pada Sheikh Muhammad Fuad.

Proses pembelajaran sebegitu amat penting bukan sahaja bagi mendapatkan keberkatan malah juga bagi memastikan sumber ilmu adalah tepat.

Seterusnya beliau menceritakan bagaimana para sahabat di zaman Rasululullah berkorban untuk perjuangan Islam seperti Abu Bakar yang menderma kesemua hartanya sehingga apabila ditanya apakah lagi yang masih tinggal untuk keluarganya, Abu Bakar menjawab bahawa yang masih tinggal hanyalah Allah dan Rasulnya.

Begitu juga pengorbanan Khadijah, ummul mukminin sehingga memudahkan Rasululullah terus berdakwah.

Demang terfikir, apakah jika Abu Bakar dan Khadijah enggan berkorban maka Rasulullah tidak akan mampu menyebarkan Islam?

Sudah tentu tidak. cuma jika mereka berdua tidak mahu berkorban maka mereka berdualah yang rugi lantaran terlepas satu peluang yang diberikan oleh Allah kepada mereka.

Sementara itu Sheikh Muhammad juga mengingatkan para hadirin yang hampir seribu orang itu agar mengukuhkan perpaduan sesama Islam. Ummat Islam juga perlu sedar bahawa hanya kepimpinan Rasulullah sahaja yang sempurna manakala kepimpinan selepas itu (termasuk hari ini) memang banyak kelemahannya. Malah kita perlu menerima betapa ummat Islam semakin lama semakin lemah. Oleh itu kita perlu bersatu dan elakkan sebarang perpecahan.

Sebaiknya kita bersatu dan mempertahankan kuasa yang ada. Sebarang kelemahan hendaklah kita baiki dan seboleh mungkin menutup keaiban dan kelemahan sesama kita.

Marilah kita berdoa agar ummat Islam kembali bersatu. Marilah kita menyokong semua usaha perpaduan.

(gambar di atas sekadar hiasan sahaja)

Sunday, March 1, 2009

Nik Aziz, Hj Hadi, dan Anwar menyeru semua rakyat bersatu hadapi krisis ekonomi




Tanah Melayu, 29 Feb 2009, Ketiga-tiga pemimpin PR yang mendakwa mewakili pakatan rakyat menyeru sekalian rakyat Malaysia terutama orang Melayu agar bersatu dan bekerjasama bagi menghadapi keadaan ekonomi yang kian meruncing.

Dalam masa yang sama seorang lagi pemimpin PR iaitu En Karpal mengambil tindakan mengutuk sekeras-kerasnya Amerika yang dikatakan punca pada masalah ini. En Karpal berteriak 'CELAKA, CELAKA, CELAKA.

Mereka mengeluarkan resolusi bersama itu berikutan kenyataan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakop di Pulau Pinang pada 28 Feb (semalam).

Kesan kegawatan sudah mula dirasai apabila berpuluh ribu pekerja telah diberhentikan kerja. Begitu juga senarai syarikat yang tidak mampu meneruskan operasi serta bankrup semakin bertambah.

Menurut TS Nor Mohamed Yakop, TPM DS Najib Tun Razak sedang bekerja keras mengumpul maklumat bagi memastikan baget mini yang akan dibentangkan pada 10 Mac ini menyeluruh dan menyentuh semua bidang yang penting.

..............................

Demikian berita yang direka oleh Demang pada pagi Ahad 1 Mac 2009 setelah membaca kenyataan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakop (Pulau Pinang, 28 Feb).

Namun adakah ilusi Demang ini akan menjadi kenyataan? Mahukah ketiga-tiga pemimpin yang mendakwa disokong oleh rakyat Malaysia itu membuat kenyataan seperti itu?

Kaitannya dengan berita tadi ialah jika pemimpin PR yakin mereka lebih diterima rakyat berbanding UMNO maka buatlah sesuatu bagi manafaat rakyat. Sekurang-kurangnya ajaklah rakyat bersatu. Puluhan ribu pekerja (setakat mimggu lepas) telah dibuang kerja pun masih nak berpolitik? Jika esok atau bulan depan, atau tahun depan PR mengambil alih kerajaan mampukah mereka menyelesaikan masalah ekonomi ini?

Sudah-sudahlah tu. Jangan tunggu sehingga rakyat hilang sabar. Apabila dapur sudah jarang berasap, belanja anak sekolah sudah tidak boleh disediakan lagi, kenderaan tersadai tidak mampu digerakkan, hutang piutang berkarat dan berkeladak; mereka akan bangkit memberontak. Sebahagiannya akan mencari jalan mudah bagi memperolehi duit. Jenayah akan meningkat. Rompak, samun, pecah rumah tidak dapat dikawal lagi. Anak-anak gadis bertukar menjadi pelacur. Anak-anak lelaki akan menukarkan akidah dengan wang yang disalurkan oleh pertubuhan tertentu. Lebih teruk lagi apabila antara kaum saling tuduh menuduh dan saling menyalahkan. Maklumlah, golongan majikan dan pemodal (kapitalis) kebanyakannya berbangsa Cina manakala golongan pekerja berbangsa Melayu dan India. Maka akan berlaku pergaduhan kaum. Sudah lupakah peristiwa 13 Mei 1969?

Puaskah hati para pemimpin semua terutama pemimpin pembangkang? Demang salahkan pemimpin pembangkang kerana mereka dianggap paling kuat sekarang dan mampu mempengaruhi rakyat. Bukankah itu yang mereka war-warkan? Sebab lain Demang salahkan mereka ialah kerana usaha ke arah penyatuan sudah dilakukan berkali-kali dan Pak Lah selaku presiden UMNO telah bersedia memenuhi pelbagai syarat yang diutarakan oleh PAS. Malangnya keegoan PAS menghalang penyatuan tersebut dan lebih rela bersekongkol dengan DAP. Kononnya PAS mampu mengawal DAP yang berpenyakit sawan itu.

Seperkara lagi, Demang nak tahu di manakah sekarang Ahmad Awang iaitu pemimpin PAS Perak yang menolak penyatuan PAS-UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Perak dulu? Itulah orang yang pertama sekali Demang akan cari di pintu syurga nanti jika apa-apa berlaku pada negara bertuah ini. Ahmad Awang, jangan harap engkau dapat masuk syurga dengan mudah. Demang akan ajak sekalian rakyat heret kaki engkau dan humban ke neraka.

Pesuruhjaya PAS Perak tolak kerajaan campuran PAS-UMNO
lihat sini

Tuesday, February 24, 2009

Kutipan tol dimansuhkan



BH 24/02: Kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Lebuhraya Sungai Besi, dimansuhkan mulai jam 12.30 tengah hari tadi. (Berita SMS melalui Celcom).

Alhamdulillah. Demang sejak dulu tidak setuju dengan tol di kawasan bandar. Tahniah kepada YB Ir Md Zain yang menggantikan Samy Vellu. Kata orang 'sirih pulang ke gagang'. Kita perlu menyahut cabaran Allah taala dalam surah Al-Imran, ayat 110: "Kamu adalah ummat terbaik yang dilahirkan untuk manusia."

Masa Demang kecil dulu (1970an) jika kami ingin 'balik kampung' (dari Jengka di Pahang ke Jitra Kedah) akan mengambil masa tidak kurang 14-18 jam. Seingat Demang, jika bertolak petang Jumaat maka menjelang tengahari Sabtu barulah tiba di destinasi. Sekarang? Menurut teman-teman, mereka mengambil masa antara 6-9 jam sahaja.

Sementara itu kita jangan lupa bahawa tol bukan sahaja menyelesaikan masalah perhubungan (infrastruktur) malah membantu mengaktifkan ekonomi ummah. Melaluinya puluhan ribu rakyat mendapat pekerjaan. Masing-masing dengan jawatan dan kedudukannya. Malah pekerja asing juga dapat menumpang nikmat kesuburan ekonomi Malaysia. Alhamdulillah. Itu sumbangan kita sesama ummat Islam.

Melalui tol juga kita melahirkan tokoh korporat dari kalangan anak bangsa. Sekurang-kurangnya ada juga wakil orang Islam dalam senarai tokoh korporat negara. Jangan kita nafikan sumbangan mereka dalam menjana ekonomi ummah.

Jangan juga kita pedulikan sangat berapa wang dalam kantung mereka. Jika kita minta RM27 juta daripada merekapun, kita cuma dapat seorang seringgit sahaja. Apalah nak kita dengkikan sangat. Biarlah mereka bermewah kerana hak mereka berdasarkan taraf dan kualiti hidup mereka. Kalau orang lain yang 'naik' belum tentu kita dapat 'apa-apa'.

Cuma ada pihak yang terlalu risaukan amal kebajikan dan dosa orang lain. Orang tak bersedekah, dia yang susah hati. Orang lain kurang buat kebajikan, dia yang resah tak tentu arah. Dari satu segi, baguslah tu; "Agama itu nasihat menasihati". Malah surah Al Imran yang Demang catatkan tadipun ada sambungannya lagi iaitu 'amal ma'ruf nahi mungkar'. Cuma janganlah melampau. Mengumpat, mengutuk, dan mengejek pun satu dosa. Apatah lagi memaki hamun orang lain.

Jika nak menegur dan berdakwah, gunakan cara berhikmah. Kita 'kan nak membina negara, bukannya nak meruntuhkan negara. Bukankah kita ummat terbaik?

Monday, February 16, 2009

Penyatuan PAS-UMNO: Mesej Perjanjian Hudaibiyah

Tatkala pihak kuffar Makkah menghalang rombongan haji Rasululullah dan mengemukakan perjanjian sebagai helah, tidak sedikit sahabat yang mendesak baginda menolak perjanjian tersebut. Antara alasan kukuh pihak yang menolak perjanjian itu ialah kerana ummat Islam tika itu dalam keadaan amat kuat dan mampu mengalahkan puak kuffar di Makkah bila-bila masa.

Namun Rasululullah bukan manusia yang angkuh dengan kuasa dan kelebihan. Malah baginda mengambil kesempatan yang ada bagi menampilkan strategi berhikmah.

“Apabila muncul yang hak maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.” Demang percaya para pemimpin PAS cukup arif tentang ini. Kenapa perlu gusar? Bukankah penyatuan sesama Islam itu dituntut oleh Islam? Apabila sudah menjadi perintah Allah, apa dirisau dengan muslihat manusia?

Antara hikmah keputusan Rasulullah menerima perjanjian Hudaibiyah ialah dapat menghindari perasaan ria' sebahagian tentera Islam yang mungkin akan menewaskan musuh dengan mudah.

Selain itu Rasulullah menghantar mesej kepada semua manusia samada Islam atau kuffar bahawa pemimpin Islam sentiasa bersedia dalam semua keadaan: berperang boleh, berdamai pun boleh.

Dalam isu politik tanahair sekarang, PAS merasa berada di pihak yang 'ada kuasa' lantaran keputusan pilihanraya lalu yang menguntungkan mereka. Meskipun analisis pilihanraya tidak menunjukkan peningkatan yang besar sokongan orang Islam terhadap PAS namun peralihan sokongan kaum bukan Melayu kepada parti pembangkang memberi keuntungan pada parti itu.

Demang berpendapat PAS bukan sahaja tidak perlu gentar dengan ajakan pemimpin UMNO (terbaru, Dato' Mukhriz) malah menerimanya dengan lapang dada. Malah PAS boleh bertingkah seperti 'pucuk dicita ulam yang tiba' atau 'orang mengantuk disorongkan bantal'.

Keengganan PAS untuk bersatu dengan UMNO menampakkan kelemahan para pemimpin parti itu yang tidak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemimpin PAS seolah membenarkan tanggapan orang ramai bahawa PAS hanya mampu 'tumpang tui' atas kelemahan lawan dan kelebihan rakan kongsi mereka. Sebenarnya inilah faktor penolakan terhadap kepimpinan ir Nizar di Perak.

Sampai bila PAS akan terus begini?

Friday, February 13, 2009

Balasan atau ujian?

Seorang sahabat bercerita tentang seorang kakitangannya yang terlantar di hospital kerana kanser paru-paru. Namun kali ini bukanlah si pesakit itu yang menjadi fokus perbincangan kita. Sebaliknya Demang ingin berkongsi perihal isteri beliau. Menurut wanita itu, dua tahun lepas beliau menjaga ayahnya yang terlantar berbulan-bulan di hospital. Selepas ayahnya meninggal dunia, ibu mertuanya pula ditimpa sakit yang berlarut-larut. Beliau juga antara yang sering menunggunya di hospital. Akhirnya ketentuan Allah pun tiba jua. Si ibu pun meninggal dunia. Kini suaminya pula yang sedang tenat. Sudah tentulah beliau yang perlu mengambil tanggungjawab menjaganya.

"Apa nak buat... dah takdir. Barangkali ini adalah ujian untuk akak." ujarnya sayu.

Beberapa bulan dahulu seorang sahabat memasuki pejabat dengan sedikit kecoh. Para kakitangannya mendongak, memandang ingin tahu.

"Kenapa?" tanya Demang yang kebetulan singgah di pejabat itu.

"Eh, dah lama engkau datang? Ni ha... kereta aku kena langgar. Aku letak di tempat biasa pagi tadi. Bila aku turun semula, lampu belakang dah pecah." ujarnya.

"Habis tu?" tanya Demang.

"Tu yang aku 'respect' orang tu. Dia pesan pada pembantu kedai di depan tu yang dia akan datang semula untuk bertanggung jawab. Dia perlu ke hospital kerana isterinya nak bersalin." sambung sahabat Demang itu panjang lebar.

Demang diam menunggu sambungan ceitanya.

"Engkau tahu..? Tak lama lepas tu orang tu betul-betul datang. Rupa-rupanya 'orang tabligh'. Berkali-kali dia minta maaf dan berjanji untuk membayar kos kerosakan. Kemudian, berkali-kali dia kata: agaknya ini balasan Allah. Entah apalah kesalahan yang saya dah buat 2-3 hari ini. Mesti saya ada buat salah hinggakan Tuhan beri saya balasan ini." sahabat tersebut bercerita panjang lebar. Maklumlah, sebagai seorang penceramah, pantang ada peluang bercakap memang susahlah nak berhenti. Kalau Demang catatkan secara terperinci, penuh ruangan blog ini dengan ulasannya berkaitan kemalangan kecil itu.

Kedua-dua kesah di atas mempunyai satu persamaaan iaitu 'peristiwa dukacita'. Namun perbezaan yang ketara ialah tanggapan dan penerimaan pihak yang ditimpakan musibah itu. Dalam kes pertama si wanita menerima takdir yang tiba sebagai ujian Allah. Dalam kes kedua pula lelaki tersebut menganggap hal yang terjadi sebagai balasan yang diberikan oleh Allah secara tunai atas dosanya yang tidak disedari.

Apa pula tanggapan anda?

Jika kes-kes di atas boleh dijadikan sampel untuk melihat tingkah laku (behavior) manusia, 'ujian' dirujuk jika setelah kita bersabar melakukan kebajikan namun musibah tetap tiba. Manakala balasan pula dikatakan sesuatu bencana yang dtimpakan akibat melakukan kesalahan.

Dalam perkembangan politik tanahair, apabila Nizar dan sekutu-sekutunya hilang kelayakan dalam membentuk kerajaan, Demang dapati orang ramai telah memberi dua pandangan yang berbeza. Sebahagiannya menyatakan itu adalah ujian manakala sebahagian lagi menyatakan itulah balasan Tuhan.

Bagi Demang, kita ketepikan emosi serta persepsi peribadi dan kembali melihat pada fakta yang ada.

1) Adakah tindakan meluluskan pajakan tanah 999 tahun itu menguntungkan rakyat Perak? Jika jawapannya YA maka penyingkiran Nizar adalah ujian bagi dirinya dan sekutunya.

2) Adakah penyingkiran Nizar dan Pakatan Rakyat menguntungkan perjuangan Melayu? Jika YA maka itu adalah balasan daripada Allah pada beliau. Sebaliknya jika pengekalan Nizar dan Pakatan Rakyat di Perak menguntungkan perjuangan Melayu maka Nizar wajar menerimanya sebagai satu ujian dalam perjuangan.

Waalahu’alam.

Wednesday, February 11, 2009

Konsep syukur

"Erk.... alhamdulillah."

Apabila kita sendawa kita diajar untuk mengucapkan 'alhamdulillah'. Kenapa? Adakah kerana kita gembira dapat bersendawa? Mungkin juga. Namun yang tersirat ialah kita bersyukur kerana kita terlepas daripada kelaparan. Sendawa adalah satu isyarat bahawa kita sudah kenyang.

Selain itu sendawa juga boleh terjadi ketika perut lapar. Maka kita juga mengucapkan syukur. Kenapa? Hal ini kerana apabila perut kosong maka angin yang tidak dikehendaki akan mengambil tempat dalam perut kita. Sendawa adalah proses mengeluarkan angin tersebut. Dengan itu kita dapat menangguhkan sakit perut. Maka wajarlah kita mengucapkan syukur. Selepas itu kalau boleh cepat-cepatlah isi perut dengan makanan sebelum sang angin tadi merampas kuasa. Jika masih sakit, gunakan minyak Morhabshi yang keluarga Demang keluarkan.

Salah satu konsep syukur ialah kita menyedari bahawa jika tidak begini entah apa pula yang akan terjadi. Dengan kata lain 'syukur' ialah rasa insaf betapa kita dapat menghindari sesuatu yang tidak kita kehendaki.

Dalam konsep bermasyarakat, konsep syukur bukan sahaja perlu difahami malah perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Hal ini kerana kita perlu berkongsi sumber yang sememangnya terhad berbanding nafsu manusia yang bersifat infiniti. Demikianlah realiti ekonomi yang sukar dinafikan. Malah itulah juga sebabnya Allah menyediakan hukum dan peraturan hidup untuk manusia. Tanpa hukum dan peraturan manusia akan musnah akibat cuba memenuhi keinginan mereka yang tidak terbatas itu. Bak kata orang tua-tua, "mati semut kerana gula."

Keterbalikan daripada sifat syukur sudah tentulah 'sikap tidak mahu bersyukur'. Salah satu cirinya ialah sering tidak berpuas hati. Jikapun kita memberinya makanan setiap hari, nanti di suatu masa dia akan mencemik dan mendakwa makanan itu menjemukan.

Sebagaimana yang dinyatakan tadi betapa sumber adalah terbatas dan perlu dikongsi. Malangnya manusia lebih cenderung untuk bersaing berbanding cuba berkongsi. Hal ini kerana rasa bimbang terhadap sumber yang dilihat begitu terhad. Manusia khuatir perkongsian akan menghakis bahagian yang diperuntukkan untuk dirinya.

Konsep syukur tidak muncul sendiri sebaliknya perlu disemai dan dibaja sejak kecil.

Oh ya, sebelum terlupa Demang nak ingatkan bahawa lawan bagi 'syukur' ialah 'tak mengenang budi', manakala contoh bagi istilah itu ialah Karpal Sigh.

(Demang rasa lucu bila dengar Pekida pun buat laporan polis. Heh... sejak bila Pekida main report-report ni?)

Tuesday, January 13, 2009

SMS Palestin

Malam tadi Demang terima 2-3 SMS seperti berikut:

"Pemimpin Hizbullah, Libanon, Syd Hasan Nasrallah meminta seluruh umat Muslim untuk melafazkan Quran,surah Al-Fath ayat 26-27, surah Yunus ayat 85, 86 n 88.. mlm ini. Tlg sebarkan, agar Israel hancur.Fwd slruh umt islam..Dsana sdra seagama telah dkepong tunggu masa untuk dsembelih. Keadaan amat dhsyat..Tu sja jihad kita. -minta tlg sgt2 kepada sahabat2- sbrpa ramai mgkin."

Sejak sekolah dibuka dan ditambah dengan 'kelas malam' yang perlu dihadiri, Demang memang benar-benar keletihan. Maka selesai solat Isya' yang agak lewat Demangpun melabuhkan tubuh ke katil dan hanya terjaga setelah masuk waktu Subuh.

Apa maksud cerita Demang? Maknanya Demang sekadar membaca SMS tersebut, memanjangkan mesej itu kepada beberapa orang rakan sebagaimana yang diminta dan berharap agar mereka mewakili Demang untuk melakukan permintaan rakyat Palestin itu.

Sebelum terlelap sempat Demang terfikir berapa ramaikah lagi ummat Islam yang spt Demang? Yang sekadar mengingatkan orang lain dan berharap orang lain yang mengambil tindakan!

Demang amat berharap malam nanti Demang akan benar-benar melaksanakan permintaan tersebut.

Sementara itu Demang teringat kisah-kisah yang Demang dengar semasa pencerobohan tentera Russia di Afghanistan suatu masa dulu. Dalam satu kisah diceritakan sekumpulan pejuang telah terkepung di suatu lembah. Tentera penceroboh (Russia) berkubu di lereng bukit yang mengelilingi lembah itu dengan senjata lengkap yang serba canggih. Manakala para mujahidin ketika itu sudah kehabisan peluru. Maka komander para mujahidin mengumpulkan saki baki pejuang dan berzikir bersama-sama sepanjang malam.

Mejelang subuh, para mujahidin mendapati serangan ke atas mereka telah dihentikan dan apabila mereka keluar memeriksa mereka mendapati cuma terdapat sekumpulan kecil tentera penceroboh yang masih berada di situ. Malah tentera-tentera itu kelihatan amat keletihan dan kebingungan. Dengan mudah para mujahidin menawan mereka yang langsung tidak melawan.

Apabila disoal siasat para penceroboh tersebut menceritakan betapa mereka telah diserang dari segenap penjuru sepanjang malam oleh tentera Islam. Mereka cuba membalas namun akhirnya terpaksa menyerah kalah kerana kehabisan peluru dan sebilangan besar tentera mereka telah mati dan ada juga yang melarikan diri.

Berdasarkan kisah tersebut Demang cadangkan setiap masjid dan surau mengadakan majlis zikir beramai-ramai selepas solat Isya' setiap malam. Apabila sudah dianjurkan, tugas kitalah untuk hadir mengambil bahagian. Jangan lagi berharap pada orang lain untuk memulakannya.

Sebagai permulaan, berjumpalah dengan imam masjid dan berbincanglah. Mungkin pada peringkat awal kurang atau tiada sambutan. Namun insya-Allah lama kelamaan akan bertambahlah ahli jemaah.

Jangan kaitkan zikir beramai-ramai ini dengan tohmahan yang bukan-bukan spt bida'ah atau ajaran sesat. Cukuplah. Jangan ditambah lagi pertikaian hal yang kecil-kecil. Dengan berkumpul begitu kita dpt mempereratkan ukhwah islamiah. Dari situ permuafakatan akan terbina dan pelbagai strategi lain dpt disusun. Selain itu kita dapat membina rangkaian yang benar-benar sedia bertindak dan bukannya individu-individu yang sekadar meminta orang lain melakukan kebaikan sedangkan dia sendiri tidur nyenyak mendakap bini di rumah.

Kumpulan-kumpulan kecil yang telah mantap kita gabungkan di peringkat pusat agar keputusan yang bersifat nasional dapat dibuat. Nasional bukan bermaksud fahaman kebangsaan sempit sebagaimana Yahudi yang mendakwa bangsanya adalah yang terbaik. Sebaliknya nasionalisme kita bertujuan mengangkat kualiti bangsa setara dan setanding dengan bangsa lain agar persaingan yang muncul nanti lebih adil.

Kita perlu realistik.

Wallahu’alam.

Sunday, January 11, 2009

Persamaan Malaysia & Palestin

Sambil bersarapan di pagi minggu, Demang sempat menyelak akhbar. Sebagaimana yang diduga tajuk-tajuk berita dan rencana banyak berkisar pada isu jenayah yang dilakukan oleh Yahudi terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Antara rencana yang sempat Demang baca ialah pandangan Dr Rais Yatim yang menegaskan bahawa tindakan pihak Yahudi adalah berasaskan agama mereka. Bagi orang Islam perkara ini mungkin agak janggal memandangkan dalam Islam tidak ada peperangan atas nama agama. Cuma yang ada hanyalah mempertahankan negara apabila diserang. Sebaliknya dalam agama Yahudi, mereka ada peperangan yang dicetuskan bagi kepentingan agama mereka.

Memanglah, mana ada orang yang sanggup ‘mengaku berak di tengah jalan’. Begitu juga Yahudi. Mereka memberi alasan mempertahankan diri akibat serangan roket oleh Hamas ke atas Yahudi. Namun bagaimana dengan keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh Hamas tetapi dinafikan pihak barat yang kononnya pendokong demokrasi. Malah pihak Yahudilah yang mula-mula mencabul gencatan senjata yang telah dipersetujui.

Alasan Yahudi dalam pembunuhan kanak-kanak termasuk bayi dan ibu yang mengandung ialah kerana mereka ini bakal menjadi pejuang Hamas.

Termenung Demang memikirkan peristiwa ini. Hampir tidak masuk akal apabila manusia sanggup membunuh manusia sendiri. Namun itulah yang terjadi di merata dunia sejak zaman Adam & Hawa hingga sekarang. Malah berlaku juga di Malaysia. Lihat sahaja berita-berita pembunuhan di sana sini, dari pembunuhan ke atas kanak-kanak berusia 5-6 tahun kerana seks hinggalah kepada pembunuhan warga emas berusia 80 tahun kerana RM50.

Maka sedar dan insaflah bahawa peristiwa penyembelihan umat Islam pernah berlaku di Andalusia 500 tahun dahulu, telah juga berlaku di Bosnia tidak lama dahulu, dan kini sedang berlaku di Palestin. Adakah mustahil tidak boleh berlaku di Malaysia?

Sekarang kita lihat beberapa persamaan antara Palestin dan Malaysia.. Mungkin ada yang cuba menyanggah bahawa persamaan ini keterlaluan namun bagi Demang tidak ada dua peristiwa yang benar-benar sama tetapi kita perlu melihat yang tersirat di sebalik setiap peristiwa dan mengambil iktibar daripadanya.

1. Di Palestin, Hamas menang dalam pilihanraya tetapi tidak dibenarkan menubuhkan kerajaan.

- Di Malaysia, UMNO/BN menang PRU terbaru tetapi dilayan seperti orang yang kalah. Semua yang dibuat oleh UMNO-BN dianggap tidak betul. Oleh kerana pihak pembangkang begitu aktif dan agresif serta bijak mengemukakan isu, maka semakin terserlah kelemahan kerajaan yang memerintah seolah-olah pemerintah mestilah sempurna. Oleh kerana pembangkang tidak ada tanggunjawab untuk diselesaikan maka nampaklah seolah-olah mereka begitu sempurna kerana tidak pernah membuat kesalahan. Memang benarpun pihak pembangkanng tidak pernah buat silap dalam mentadbir negara kerana mereka memangpun TIDAK PERNAH MENTADBIR NEGARA. Belum tentu lagi mereka tidak melakkukan kesilapan jika diberi peluang. Lihat sendiri di Perak dan Selangor. Wajarkah pememberian hak milik kekal kepada orang bukan-Melayu sedangkan orang Melayu di Felda-Felda seluruh negara sekadar mendapat taraf Pajakan 99 tahun sahaja? Bagaimana dengan orang Melayu yang terpaksa tinggal di atas kubur, bawah jambatan, dan dalam gua? Belum dikira lagi yang menumpang tanah orang!!!

2. Di Palestin jumlah orang Yahudi tidak sampaipun 30% namun diberi hak sehingga 60% kawasan.

- Di Malaysia orang Melayu-Bumiputera berjumlah 60% tetapi dalam DEB Cuma diletakkan sasaran setakati 30% sahaja dalam pegangan ekuiti. Bagi yang mudah lupa Demang peringatkan bahawa DEB mensasarkan 30% untuk Melayu-Bumiputera, 40% bukan-Melayu, dan 30% pelabur asing. Setelah lebih 50 tahun merdeka, orang Melayu berjaya mencapai 18% berbanding Cuma 1% pada awal kemerdekaan. Sebenarnya ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan meskipun masih belum sempurna. Maklumlah, asalnya Cuma 1% dan bermula dengan keadaan serba daif minda dan fizikal. Orang Melayu ditindas dan dibelengu selama 446 tahun.

Dalam masa yang sama, selepas DEB kaum Cina melonjak lebih daripada 40% yang diperuntukkan. Orang Melayu tidak pernah mempertikaikan kelebihan itu dan menganggap itu adalah rezeki mereka yang diambil daripada kuota asing (30%).

Soalan Demang; kenapa masih ada pihak yang sibuk memperjuangkan kesamarataan dalam politik sedangkan mereka sudah mengaut begitu banyak bahagian dalam ekonomi dan sosial? Takkan lah tidak boleh ada langsung orang miskin dalam masyarakat Cina? Bukankaah itu tanggungjawab orang kaya dalam masyarakat Cina? Kenapa hal itupun nak salahkan kerajaan?

3. Di Palestin terdapat HAMAS dan HIZBULLAH yang bertelagah tak tidak boleh bersatu. Perpecahan mereka menjadi punca Yahudi berjaya membunuh mereka.

- Di Malaysia, kita ada PAS dan UMNO. Kedua-duanya juga tidak mahu bersatu. Demang tidak mahu sebut PKR sebab parti itu secara jelas tidak memperjuangkan kepentingan Islam.

4. Di Palestin, mereka mempunyai jiran-jiran yang bersekutu dengan US dan Israel iaitu Arab Saudi, Mesir, dan Jordan yang sebangsa dan seagama dengan orang Palestin. (Mesir mendapat sumbangan 4 bilion setahun daripada US!)

- Di Malaysia, kita ada jiran-jiran seperti Brunei dan Indonesia yang sebangsa dan seagama dengan kita, dan juga Singapura, Thailand, Myamar, Filiphina, dan Vietnam yang seagama dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Demang tidak mahu memanjangkan tulisan ini cuma ingin mencatatkan sedikit usaha kerajaan Malaysia melalui saluran diplomatik antaranya:

Malaysia melalui Putrajaya dan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi selaku PM telah mengirim surat kepada ketua-ketua negara dan pertubuhan dunia termasuk NAM, OIC, liga Arab, Asean dan sebagainya.

Kesan: sidang khas telah diadakan pada 8 Jan di New York. Meskipun belum nampak kejayaan namun perlu diingat bahawa Malaysia Cuma mempunyai 28 juta penduduk yang terpecah-pecah!

Sekurang-kurangnya kita telah, sedang dan akan terus berusaha.

Demang juga melihat hikmah yang Allah tunjukkan berikutan tindakan Israel menyembelih rakyat Palestin yang boleh kita fikirkan bersama, antaranya:

1. Mengesahkan bahawa Israel adalah negara pengganas dan pemusnah, musuh yang wajib dihadapi dengan berstrategi. Ertinya, tindakan terhadap Israel perlu dibuat berterusan.

2. Serangan udara, darat, dan pembunuhan bermakna Israel telah mengisytiharkan peperangan.

Kepada pihak media, tolong JANGAN gunakan istilah ‘PENYERANG BUNUH DIRI’ pada mana-mana orang Islam di Palestin. Mereka adalah Assyahid yang mengorbankan jiwa dan raga mereka untuk agama, bangsa, dan negara.

Wassalam. Salam perjuangan.


Boikot TIGA produk utama US-Israel ini:

STARBUCK (secara jelas memberi sumbangan pada gerakan Yahudi)
COCA-COLA (sebuah syarikat ‘kosher’ Yahudi. Dalam sistem ‘kosher’ syarikat tersebut mesti menyumbang pada gerakan Yahudi dan dua orang pengarah mesti dilantik kalangan Rabi/pendeta Yahudi).
COLGATE-Palmolive (Produk ini memang termasuk senarai produk yang mesti dipulaukan oleh orang Islam secara berterusan sejak tahun 2007).

Demang menyeru semua kaum tanpa mengira agama agar menyokong usaha ini bukan sahaja atas semangat setiakawan malah mereka perlu sedar bahawa Protokol Yahudi menetapkan bahawa semua bangsa dan penganut agama selain Yahudi adalah ‘Goyyim’ yang perlu dihancurkan. Malah makhluk ‘Ghoyyim’ tidak layak dilayan seperti manusia.

Sekarang giliran ummat Islam. Selepas ini?

Sunday, December 14, 2008

Wakaf dan Korban

Solat Aidil Adha Demang tahun ini ialah di Kg Sg tengar Selangor. Melihat khatib yang membaca khutbah, terkenang pada allahyarham datuk Demang yang dulu berada di mimbar yang sama. Terasa seolah beliau masih bersama bertakbir, mengimami solat, dan berkhutbah.

Ada sebab lain untuk Demang terkenangkan beliau. Selain jasa beliau menaiktaraf bangunan ini bersama orang kampung, beliau juga mewakafkan sebahagian tanahnya untuk pengurusan surau ini.

Itulah sebabnya Demang terasa seolah beliau masih bersama.

Sebenarnya ramai lagi orang kampung ini yang berbuat seperti beliau. Jika mereka memiliki 10 ekar tanah maka hanya 8 ekar diwariskan pada anak-anak manakala 2 ekar lagi diwakafkan untuk surau.

Setelah mereka meninggal dunia, jawatan kuasa surau akan menguruskan tanah tersebut dan hasilnya digunakan untuk kegunaan surau seperti membayar bil dan sebagainya.

Demikianlah pengorbanan orang kampung yang cuma memiliki basikal atau motorsikal cabuk, dan rumah buruk. Datuk Demang biasa mengayuh basikal menjaja ayam kampung hingga ke Teluk Intan atau ke Tg Karang yang masing-masing jaraknya melebihi 50km.

Apa pula pengorbanan kita dengan harta kita?

Selesai solat, Demang ikut menyaksikan upacara korban. Nampaknya lembu pun lebih baik daripada manusia dari segi pengorbanan.

Apakah kita sanggup berkorban nyawa?

Berkorban RM300 untuk satu bahagian lembu pun ramai kalangan kita 'belum mampu'.

Benarkah kita tidak mampu? Demang jawab sendiri: YA! Kita memang belum mampu. Kita TIDAK MAMPU membuat pilihan samada hendak membeli aksesori kereta dan/atau rumah, atau membayar duit untuk korban lembu?

Contoh lain kita belum mampu mengubah tanggapan kita ialah berkenaan tanggapan terhadap kereta nasional.

Lihat telatah kerajaan Perak yang memilih Toyota Camry dan menolak Proton Perdana.
Sebelum ini Terengganu juga berbuat begitu. Konon kerana kos penyelenggaraan terlalu tinggi. Maksud mereka, adalah merugikan jika menggunakan Perdana. Nampaknya mereka tak baca artikal saya sebelum ini iaitu “ tak berapa sen pun...”

Padahal mereka lah yang kononnya memperjuangkan hak rakyat. Namun mereka lupa bahawa 25 ribu pekerja Proton itupun rakyat juga. Pengusaha dan pekerja bengkel proton pun rakyat juga. Siapakah yang ramai di kilang dan bengkel Proton itu?

Sebenarnya, apabila Tun Mahathir mengilhamkan penubuhan Proton, terdapat pihak yang menasihatkan beliau agar tidak meneruskan projek itu kerana tidak menguntungkan. Namun TDM menjawab bahawa beliau memang sedar perkara itu dan keuntungan bukanlah tujuan utama projek tersebut.

Kereta nasional adalah projek rakyat. Ia berkonsep kereta sederhana bagi memberi peluang lebih ramai rakyat memiliki kereta.Dengan kereta itu para perantau lebih kerap pulang ke kampung sambil 'menayang' kereta baru. Tak kesahlah. Sekurang-kurangnya ibu bapa turut tumpang gembira.

Perjalanan mereka melalui lebuhraya meningkatkatkan pendapatan PLUS. Siapa yang ramai di situ? Mereka bukan sahaja membayar tol malah turut singgah di R&R untuk solat, berehat dan mengisi perut. Terdapat juga stesen Petronas di situ.

Kalau nak dicatat ekonomi hiliran yang muncul bersama industri kereta nasional ini sampai esok pun belum siap.

Ya. Nanti ada yang kata, kalau untuk menggerakkan ekonomi, import sahaja kereta daripada negara luar. Kalau nak bagi pekerjaan kepada rakyat, jemput sahaja mereka membina kilang di negara kita seperti Honda dan sebagainya.

Betul jugak. Barangkali Demang silap dan orang yang menanya itu lebih bijak. Tapi, Tun DrM berfikir begini: Pencerobohan dan serangan ke atas negara dan orang Islam bukanlah sesuatu yang perlu dibuktikan lagi. Dari semasa ke semasa kita boleh membacanya di akhbar atau menonton siaran berita di TV. Maka bagaimanakah negara Islam mampu melawan tentera musuh sedangkan tidak ada negara Islam yang mampu mengeluarkan kereta kebal sendiri? Siapa yang sudi mengajar kita membina teknologi kereta kebal? Bagaimana nak buat kereta kebal jika kereta penumpangpun kita tidak memiliki teknologinya? Ingat, negara kita pun belum tentu selamat. Kes pengebuman di Mumbai baru-baru ini pun dicari kaitannya dengan Malaysia.

Maka projek kereta nasionalpun dimulakan. Alhamdulillah, meski terdapat pelbagai rintangan termasuk ejekan dan tohmahan akhirnya Proton Saga berjajar di jalanraya dengan harga lebih kurang RM17 ribu. Kemudian muncul siri-siri lain seperti Wira dan Iswara. Dengan ciri yang ditawarkan ternyata kereta-kereta itu jauh lebih murah berbanding kereta import. Tak ketinggalan juga Perdana bagi memberi alternatif kepada rakyat yang berkemampuan.

Namun masih ramai yang mencemik kerana proton masih menggunakan engin Mitshubishi. Malah terdapat budak muda yang menanggalkan lambang proton pada kereta mereka dan menggantikannya dengan Mitshubishi. Demikianlah perilaku segelintir budak muda yang kurang mahir menggunakan mindanya. Jadi tak hairanlah kenapa peti undi orang muda penuh dengan undian kepada pembangkang dalam PRU12. Nak lihat lagi tempat tumpuan orang muda? Pergilah ke pusat-pusat hiburan.

Orang bukan Melayu memang tidak begitu suka dengan lambang Proton itu. Yang peliknya, budak Melayu pun ikut sama!

Peluang baru tiba apabila Lotus mengalami masalah. TDM mengarahkan Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad membeli syarikat tersebut. Pembelian yang merugikan, kata sesetengah pihak yang buta perjuangan.

Memang rugi dari segi perkiraan semasa tetapi dengan pemilikan ke atas Lotus itu kita sebenarnya telah memiliki teknologi sendiri! Allah membuka peluang apabila kita tidak jemu berusaha. Yang penting, kita perlu memulakannya walau dalam keadaan sukar.

Bukanlah berdosa membeli kereta import. Namun perlu dilihat keperluannya. Jika anda memiliki dua buah kereta, apa salahnya sebuah daripadanya adalah kereta nasional? Paling mudah, kereta pertama yang kita beli biarlah kereta nasional. Kemudian jika ingin membeli sebuah lagi, bolehlah membeli kereta import. Bagi kereta exco, tunjukkan kepada rakyat bahawa kita mengutamakan kereta nasional. Macamana rakyat nak guna kereta nasional jika pemimpin sendiri memandang hina kereta tersebut?

Ingat! Rakyat melihat. Jika kerajaan keluarkan 10 juta untuk membeli kereta asing, apa salahnya jika wang tersebut diberi kepada Proton yang dikuasai rakyat tempatan? Semakin kukuh Proton, semakin mampulah syarikat itu bersaing di pasaran. Sebaliknya apabila proton gagal bersaing, pelbagai tohmahan dilemparkan. Seolah-olah para jurutera dan kakitangan Proton itu bangang-bangang semuanya.

Eloklah Demang berhenti di sini dulu sebelum terkeluar bahasa-bahasa yang kurang sedap pulak nanti.

Bagi yang bukan Melayu, meskipun tulisan kali ini kelihatan berkaitan bangsa Melayu namun perlu difahami bahawa sebarang masalah yang timbul dalam kalangan orang Melayu pasti akan turut menjejaskan kepentingan kaum lain dalam Malaysia. Selama hari ini para pemimpin UMNO, MCA, dan MIC saling membantu setiap kali ada mana-mana parti komponen BN yang bermasaalah, maka demikian jugalah yang patut dilakukan kali ini. Jika berlaku sebarang musibah dalam negara, maka semua rakyat akan menerimanya.

Orang Melayu tidak ada tanah lain untuk diduduki selain Tanah Melayu ini.

Selamat hari raya aidil adha dan selamat berkorban.

Tuesday, November 18, 2008

Tegur-menegur

Kereta Iswara dengan nombor pendaftaran MBA1?63 itu membelok dan masuk ke garaj. Rumahnya barangkali. Demang yang mengekor di belakangnya terpaksa berhenti sebentar akibat lorong yang sempit.

Sejak tadi lagi Demang tahu yang pemandunya seorang lelaki bersama dua orang kanak-kanak berada di dalamnya. Yang menarik perhatian Demang pada kereta sejenis dengan kereta yang dipandu Demang itu ialah nombor pendaftarannya.

"Apakah nombor yang tertanggal itu agaknya?" fikir Demang.

Demang tahu, untuk menggantikan plat nombor kereta tidak sampai pun RM20. Demang juga tahu, jika ditahan polis samannya boleh mencecah RM200. Maka Demang berbelah bagi samada hendak menegur lelaki itu atau membiarkan sahaja.

Jika ditegur, pastilah Demang mendapat ucapan terima kasih, dan sedikit pahala. Namun Demang terpaksa keluar dari kereta terlebih dulu dan mungkin menghalang kenderaan lain memandangkan lorong tersebut agak sempit.

Akhirnya Demang mengambil keputusan untuk berlalu begitu sahaja. Bagi memujuk hati, Demang andaikan yang lelaki itu akan sedar sendiri 'kecacatan' plat keretanya. Jika tidak, dia akan disaman dan duit tersebut akan dikumpul kerajaan. Sebahagian daripadanya akan menjadi sumber gaji kakitangan awam, termasuk Demang.

Cukupkah sekadar itu tindakan kita?

Menegur di dalam hati adalah selemah-lemah iman. (maksud hadis)

Saturday, November 8, 2008

UAdPM: Ujian Akhir di Padang Mahsyar

Sebenarnyalah sebagaimana teguran beberapa sahabat, agak lama Demang tidak menulis dalam waadat. Keinginan utk menulis memang ada bahkan meluap-luap. Tambahan pula Demang berhutang satu rencana dengan para pengunjung berkenaan tajuk ‘waadat: perjanjian raja-rakyat’.

Namun Demang perlu akur dengan realiti. Keputusan untuk menyambung pengajian perlu disertakan dengan pengorbanan masa yang sewajarnya. Sementelahan pula minggu ini Demang berhadapan dengan peperiksaan.

Siapalah yang sukakan peperiksaan @ pemeriksaan @ ujian? Sebutkan apa sahaja jenis 'periksa'; peperiksaan bertulis, ujian lisan, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan nyamuk aedes, ujian lesen memandu, Puspakom hatta temubual dengan bakal mertua sekalipun pasti mengundang debar dan keresahan hati orang yang diperiksa.

Dan, jangan lupa ujian saringan akhir kita di Padang Mahsyar nanti.

Baik yang memahami hakikat pengembaraan roh merentasi pelbagai lapisan alam mahupun yang tidak pernah belajar mengenainya, Demang percaya semua orang pasti sedar bahawa kita sekarang sudahpun tercongok di atas planet bumi.

Namun berapa ramai yang sedar bahawa bumi ini sedang bergerak ke suatu destinasi yang tak kita ketahui, dengan kelajuan yang mampu menyebabkan gunung ganang tercabut dan terpelanting apabila Bumi berhenti secara tiba-tiba?

"Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Keduanya menjawab, 'Kami datang denga tunduk'." (Al-Fussilat:11)


Biarlah. Itu masalah Bumi. Kita cuma penumpangnya sahaja.

Anehnya, jikapun kita diminta 'berhenti' lebih awal namun itu tidak bermakna kita tidak boleh sampai ke tempat tujuan. Ironinya, lebih cepat kita 'keluar' daripada planet Bumi ini lebih cepat kita tiba ke destinasi.

Itulah kelebihan roh berbanding jasad.

Semua manusia akan tiba ke destinasi. Kemudian akan dipertimbangkan samada layak menghuni syurga atau wajar dihumban ke api neraka? Na’uzubillah...

Biarpun belum ada lagi bloggers yang mampu menceritakan kepada kita pengalaman beliau selepas mati, namun tidak sukar untuk kita bermuhasabah samada kita ini calon syurga atau calon neraka.

Maka mulai hari ini, setiap kali ingin melakukan sesuatu, periksalah dahulu adakah perbuatan itu wajar atau tidak dilakukan oleh seseorang yang ingin menjadi ahli syurga.

Kali ini Demang tak mahu kenen sesiapa termasuklah calon kepimpinan UMNO mahupun para perwakilannya. Sendiri mau ingatlah...

Wednesday, October 29, 2008

Pengorbanan seorang ibu

Suatu pagi ketika sedang memandu ke sekolah, Demang terdengar imbasan berita di radio tentang seorang ibu yang berjaya menyelamatkan beberapa orang (kurang pasti jumlahnya) kanak-kanak di sebuah asrama dalam satu kebakaran. Belum sempat wanita itu meraikan dan mensyukuri kejayaan, beliau mendapat tahu bahawa anak kandungnya sendiri telah mati hangus di tingkat bawah bangunan itu. Mungkin beliau menyangka akan ada orang lain yang menyelamatkan anaknya memandangkan dia sedang bertungkus-lumus menyelamatkan kanak-kanak lain di tingkat atas.

Demang teringat satu kesah pembunuhan beramai-ramai di Amerika pada suatu ketika dulu. Maka terdapat segolongan manusia yang bertanya: “Ke manakah Tuhan pada malam tersebut?”

Semoga tidak ada orang muslim yang cuba bertanya: “Adakah Allah SWT bersikap adil terhadap wanita tersebut?”

Demang akui, jika perkara tersebut berlaku kepada diri sendiri, belum pasti Demang mampu menghadapinya dengan tenang dan sabar. Demang belum layak menduduki ujian setinggi itu.

Peristiwa tersebut sebenarnya boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Di sini Demang ingin mengajak anda menginsafi erti pengorbanan dan keikhlasan kepada Allah. Sejauh manakah kita melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa sebarang keinginan bagi mendapat ganjaran, lebih-lebih lagi sekadar mengejar habuan?

Allah SWT tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Demang yakin demikianlah yang berlaku pada wanita tersebut. Begitu hebat ujian yang terpaksa beliau hadapi. Jika beliau membantu kanak-kanak lain tanpa mengharapkan orang lain menyelamatkan anak kandungnya, maka beruntunglah beliau. Namun jika beliau mengungkit-ungkit betapa pengorbanannya tidak dibalas dengan sewajarnya oleh orang ramai maka ‘lagha’lah ibadatnya itu.

Apapun, jasa wanita tersebut amat besar dan Demang berdoa agar Allah Taala memberi kekuatan jiwa yang hebat kepada beliau dan turut memberi ganjaran pahala atas pengorbanannya.

Di mana pula kedudukan kita? Adakah kita tabah menghadapi ujian Allah Taala? Sebelum itu, adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita dengan ikhlas?

Sekarang musim pemilihan UMNO. Barangkali ramai dalam kalangan kita yang terlibat secara langsung sebagai perwakilan. Adakah kita ikhlas dalam memikul amanah rakyat dlm memilih calon terbaik?

Demang percaya, semua orang ingin menjadi baik. Semua perwakilan akan mengundi berdasarkan kualiti iman dan taqwa, bukan kerana sogokan wang (rasuah).

Namun, akan ada nanti ‘perwakilan’ yang sedang kesempitan wang. Hutang keliling pinggang. Anak-anak memerlukan wang. Keluarga kekurangan wang. Maka amanah dan tanggungjawab terpaksa dikesampingkan. Syaitan dan nafsupun membisikkan hujah dan alasan bahawa tidak salah menerima rasuah demi anak-anak dan keluarga. Bukankah melindungi keluarga itu wajib? ...mencari alasan bagi mewajarkan tindakan.

Maka mereka lupa betapa ujian yang Allah Taala hadapkan kepada mereka itu amat kecil berbanding ujian yang dihadapi oleh wanita yang kehilangan anak tadi.

Subhanallah.

Friday, September 26, 2008

Pernah sedikit masa lalu, segelintir ahli korporat digelar keparat. Hal ini berlaku apabila terdapat segolongan manusia yang melihat dunia keusahawanan adalah pusat mengaut laba semata-mata.

Adakah berdosa jika usahawan mendapat keuntungan?

Sebenarnya, apabila kita singgah di sebuah warung dan membayar RM0.80 untuk segelas teh tarik maka tidak ada sesiapa yang akan menuduh pemilik warung tersebut sebagai keparat.

Malah jika selepas itu kita berkunjung ke sebuah hotel dan membayar RM6 untuk minuman yang serupa, kita masih mampu tersenyum.

Kemudian, jika esoknya kita minum air spt itu di kantin pejabat dan membayar RM3, apa perasaan anda? Mungkin anda masih boleh bersabar sehinggalah anda terserempak dengan pemilik kantin itu memandu kereta mewah dengan isteri barunya. Tambahan pula anda memang tahu bahawa hanya kantin kecil itulah satu-satunya sumber pendapatan beliau.

Itulah keparat namanya.

Seorang tokoh keparat bukan sahaja beraksi dalam dunia perniagaan. Mereka boleh ditemui dalam gelanggang politik, akademik, perkhidmatan dan juga agama.

Kebetulan tengahari tadi seorang ustaz (rakan sejawat) menceritakan kisah seorang ustaz yang mempunyai hubungan sulit dengan beberapa pelajarnya.

Tidak sukar untuk mengecam golongan keparat ini. Mereka melakukan usaha yang minimum tetapi cuba mendapatkan hasil melebihi sepatutnya. Mereka berbelanja sehingga katak pun hairan melihatnya.

Kenapa Demang berikan contoh katak?

Katak adalah spesis amfibia yang tidak peka dengan persekitarannya. Jika anda ingin merebus katak hidup-hidup anda cuma perlu masukkan katak tersebut ke dalam periuk yang diisi air dan kemudian nyalakan api di bawahnya.

Katak tersebut akan berenang-renang di dalam air suam itu tanpa mengesyaki apa-apa. Walaupun air tersebut semakin panas dan hampir menggelegak, sang katak masih leka bermain air. Sang katak hanya tersedar tentang bahaya apabila dia sudah terkejang menjadi bangkai.

Demikianlah nasib katak.

Demikian juga nasib si keparat yang tidak sedar betapa masyarakat sekeliling sedang mengutuknya.

Seorang usahawan muslim meletakkan akhirat sebagai matlamatnya. Dalam hal ini beliau sedar bahawa terdapat dua hubungan yang perlu dijaga. Yakni hubungan dengan Allah yang menjadikannya dan hubungan sesama manusia.

Sejak kecil lagi kita diingatkan sebesar mana pun dosa kita kepada Allah (kecuali syirik), kita masih berpeluang memohon ampun kepada-Nya. Allah maha pengampun.

Namun dosa atau kesalahan kepada manusia lain tidak akan diampun Allah selagi orang yang kita aniaya itu enggan memaafkan.

Elok juga jika renung kata-kata ahli sufi Abu Nasser Bisyir bin al-Harith al-Hafi:

"Harta yang halal tidak sanggup untuk dihambur-hamburkan, dan tidak akan merasai manisnya hari Akhirat bagi seseorang yang suka dikenali oleh orang ramai."

Demang rasa yang pertama tu ok tapi yang kedua tu yang selalu k.o.

Wallahu'alam.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)