Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, January 1, 2010

kalimah Allah: istilah atau akidah?


Menjadi orang Melayu di negara ini kena tahu beralah. Menjadi orang Islam di bumi bertuah ini kena banyak bersabar. Maka menjadi orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia ini mesti pandai beralah dan bersabar.

Menjelang 31 Ogos 1957, orang Melayu akhirnya beralah dengan membenarkan pekerja-pekerja yang dibawa masuk oleh British menjadi warganegara. Mendapat taraf kerakyatan bererti mendapat semua keistimewaan yang sebelum itu hanya dimiliki orang Melayu.

Menjadi warganegara ertinya mempunyai hak untuk memilih dan dipilih menjadi pemimpin negara, bukan sekadar pemimpin kaum sendiri. Justeru orang Melayu beralah lagi dengan memberi peluang kepada pemimpin bukan Melayu menjadi wakil rakyat di kawasan petempatan majoriti Melayu.

Malah sehingga PRU12 (2008) masih banyak kawasan Melayu diberi kepada pemimpin bukan Melayu. Jika menggunakan demokrasi tulen, orang India tidak mungkin boleh menjadi wakil rakyat. Malah orang Cina juga sukar dilantik menjadi menteri kerana di kawasan bandar selalunya DAP akan menang sedangkan parti itu bukan komponen BN yang merupakan kerajaan pusat.

Semalam Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah di gereja. Maka orang Melayu kena beralah lagi. Orang Islam kena bersabar lagi.

Selepas ini kita perlu sambung kalimah Allah dengan tambahan 'Taala' atau 'Subhanahu Wa Taala'.

Cuma Demang bimbang anak cucu kita nanti bertanya: "Jika Allah itu tuhan bagi orang Islam dan orang Kristian, siapa yang Allah lebih sayang?"

Jadi, apa tindakan kita sekarang? Mahu beralah atau menentang? Jika berperang, menang jadi abu kalah jadi arang. Silap-silap negara terjajah dan akidah anak cucu akan jadi seperti di Sepanyol selepas kerajaan Andalusia tumbang.

Jika diikutkan sahaja, nanti akan ada polemik antara masjid dan gereja iaitu adakah Allah itu satu (Ahad) atau 3+1 (trinity)?

Kenapalah orang kristian di Malaysia tidak mahu meletakkan ketenteraman, keamanan, dan kedamaian negara sebagai satu keutamaan? Kenapa perkara yang bukan menjadi isu di negara lain cuba dijadikan isu di Malaysia?

Demang tidak fikir polemik ini boleh menguntungkan penganut Budha dan Hindu di Malaysia kerana jika berlaku huru hara, tidak ada siapa yang akan untung.

Demang menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengambil perlembagaan dari segi semangatnya, bukan setakat tulisannya.

Lihatlah di Palestin. Apabila Yahudi menyembelih orang Arab, mereka tidak peduli samada orang arab itu Islam atau Kristian!

Demang tetap berpendirian sebagaimana surah Al-Ikhlas dan Al-Kafirun dalam Al-Quran.

Orang bukan Islam perlu faham dan menghormati pegangan orang Islam bahawa Allah itu satu (esa) sedangkan konsep tuhan dalam kristian amat berbeza.

Bagaimana jika kita katakan "jika itu kereta, maka ini juga kereta" padahal yang kita tunjukkan itu nyata sebuah lori!

foto:
kamal uddin in ...ig jpg
freewebs.com

6 comments:

Cheguman said...

Sedutan berita:
keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membicarakan kes itu menegaskan bahawa KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Memang benar apa yang Cheguman lakarkan.

Kita orang Melayu terlalu berlembut dan berAlah dalam segala aspek. Hinggakan nama ALlah pun kita dipaksa beralah dengan keputusan Mahkahmah.

Apa MOTIF mereka sebenarnya beriya-iya sangat hendakkan perkataan ALLAH dalam Herald mereka??

Panglima Perang Cyber said...

saya mendapat info bahawa ramai pejuang kristian menceburi bidang politik utk agama mereka.

mungkin isu nama Allah ini salah satu perkara yang diperjuangkan mereka demi menaikkan kristianisasi di Malaysia.

sepatutnya Mahkamah Syariah yang mendengar isu ini.

kerana ia melibatkan agama Islam...

Redz da Tsar said...

Erks... Nabi pernah larang ke orang Yahudi dan Nasrani guna Allah?

Just nak tau...

Cheguman said...

Lihat blog Faisal Tehrani. Beliau ada info di situ.

Redz da Tsar said...

Link yang mana? Tak jumpa la Chegu.. Hehe...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)