Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, January 22, 2010

Ku Li sertai PKR: bakal PM ganti Anwar


Nampaknya semakin ramai yang menjangkakan Anwar tidak akan terlepas lagi dalam kes liwat terbarunya. Pihak pendakwa tentunya akan lebih berhati-hati agar kesilapan teknikal yang berlaku dalam kes 10 tahun lalu tidak berulang.

Buketin Rakyat dalam keluaran terkini menulis tentang persediaan PKR dengan membawa masuk Ku Li bagi menggantikan Anwar sebagai bakal PM jika PR berjaya merampas kerusi dalam PRU13.

Demang tidak terkejut jika bekas penaja merangkap presiden seumur hidup parti Semangat 46 yang telah terkubur itu menyertai pembangkang. Kedudukannya dalam UMNO pun ibarat melukut di tepi gantang, seperti rumput di tepi jalan.

Sebenarnya sejarah poitik Ku Li lebih diwarnai dengan episod kegagalan serta kekecewaan. Maka tidak hairanlah beliau memilih pembangkang sebagai medan terakhir menghabiskan sisa usia.

Cuma Demang simpati pada PAS yang tidak pernah mendapat kepercayaan menerajui pembangkang walaupun dikatakan PR akan membentuk kerajaan.

Demang percaya, jika Anwar tiada, Ku Li pun tiada, maka akan dipilih orang lain pula menjadi PM.

Yang penting, orang itu bukan pemimpin PAS!

Oh ya. Cuba lihat foto Ku Li yang Demang temui dalam blog orang kuat Husam.

Foto:
ku li jpg
kickdefella.wordpress.com

7 comments:

Arif Omar said...

pergilah cepat-cepat ku li. tak ada yang menghalangnya.

C L J said...

JANGANLAH HENDAKNYA KITA LUPA AKAN RANCANGAN ILLIMUNATI DAN LI GENERATION (Yahud dari Timor.) Keduanya kini sedang mencengkam kita.

Anonymous said...

DATANG TAK DI JEMPUT..PEGI PUN XDE SAPE NAK HALANG..PEGI JE LA KU LI..JADI KULI PAKATAN!

matrengganu said...

Kesian kat Ku Li.. dari muda sampai tua jadi kuli..

Jo said...

Begitulah resmiorang Melayu dah semenjak dari zamah Hang Tuah..tak boleh tengok orang lain berjaya/senang ..ada sahaja yang chah keting untuk runtuhkan..Apa salahnya kita sokong yang ada...bantu..bagi buah fikiran..ni tak..semua nak p cakar..Orang Melayu tidak mengambil sejarah sebagai panduan samada sejarah islam atau sejarah melayu..atau sejarah kesultanan melaka..atau sejarah nusantara...Memang aku jangkakan dalam tempoh 30 tahun orang melayu tak ada apa dah...
Sepatutnya macam ku li yang kata pakar dalam ekonomi..jalankan lah ekonominya..tak mesti jadi menteri..atau anwar ibrahim..yang pandai pidato..berilah motivasi kepada bangsa untuk maju..ni tak..konon bila jadi PM baru boleh berbakti..poo dah...

Panglima Perang Cyber said...

Ku Li : jangan terikut rentak pembangkang yg sudah tidak ada lagi calon sesuai untuk dijadikan ikon menggantikan Anwar.

Zaid Ibrahim pun tak dapat dijinakkan dan nampaknya kerabat diraja macam Ku Li juga akan dipergunakan oleh mereka.


Nasihat saya, Ku Li perlu kekalkan pendirian tanpa menyokong pakatan mereka yang semakin nazak sekarang ini.

cheguman : ramai peminat menunggu hasil tulisan chegu seperti awal2 buat blog dulu.


hehehe

bang_mi said...

jo..
apa barang kalau berpidato tiada pentas.. pakar ekonomi tapi nasihat tak didengar.. bukan menghentam ug baik tapi yg banyak buat jahat.. tiada siapa mahu pembunuh jadi pemimpin negara.. jika kuli yg mampu dye yg layak.. umno lebih kepada politik sempit.. mana mungkin nak terima org lain.. kalau pas masuk bn mana mgkin dapat jadi pm.. PR semakin dipenuhi pakar2 pelbagai bidang.. tak mungkin lagi rasuah akan menang lagi.. ayuh pakatan,, tumbanglah umno..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)