Tak sangka pengumuman Demang tentang perhimpunan di Kuantan esok mengundang komen seseorang. Terima kasih kepada 'anon' tersebut. (sebaiknya letak nama pengenalan diri)
Komen beliau:
Heran juga kenapa subjek akidah, fekah, tasauf, hafazan, tafsir, hadis, mantik dan sebagainya tidak diajar secara komprehensif kepada pelajar-pelajar Islam di SK dan SMK.Soalan anda bagus dan boleh dijadikan asas untuk kita membina sebuah negara, bukan sahaja bagi merealisasikan sebuah negara Islam malah menjadikan rakyat sebagai ummat Islam yang menjadi model atau contoh kepada manusia lain sebagaimana firman Allah Taala:
"Sesungguhnya kamu adalah ummat terbaik yang dihadirkan kepada manusia yang menyuruh berbuat baik serta mencegah perkara mungkar." (maksud secara bebas)
Sebenarnya para penggubal dasar pendidikan negara tidaklah terlepas pandang perkara tersebut. Cuma keunikan negara kita yang berbilang kaum menyukarkan perlaksanaannya.
Asas pembinaan negara kita ialah rakyatnya berbilang kaum. Jika itu satu keistimewaan, itu jugalah kelemahannya. Jika melihat ia sebagai satu halangan maka kita juga boleh menjadikannya satu cabaran.
Sebenarnya kedua-dua perkara telah diambil kira. Dasar negara bukan sahaja diputuskan oleh ahli politik malah pelbagai pihak termasuk tokoh akademik dan cendikiawan turut terlibat sama.
Para pemimpin kita yang terdahulu melihat perpaduan adalah perkara pokok yang akan menjamin negara ini dapat terus didiami bersama-sama. Maka dari situlah kerajaan membuat keputusan agar semua rakyat memasuki sekolah yang sama iaitu sekolah kebangsaan. Lihat penyata Barnes, Razak, dan Rahman Talib.
Sekolah Kebangsaan bukan sekolah Melayu!
Biarpun begitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) disediakan dan diberi bantuan kewangan, bangunan, peralatan, serta tenaga pengajar. Guru-guru SMKA dibayar gaji oleh kerajaan walaupun terdapat kalangan mereka yang tidak menyedarinya dan menghentam kerajaan.
Demikian juga apabila perlembagaan kita memberi peruntukan agar bahasa dan agama lain boleh diamalkan secara aman & damai maka sekolah-sekolah vernakular dibenarkan untuk diteruskan.
Dalam hal ini orang Melayu lebih bersifat terbuka apabila majoriti menghantar anak mereka ke SK dan SMK manakala anak mereka yang cenderong dan mampu menguasai lebih banyak matapelajaran dihantar ke SMKA.
Kita juga ada SMKA berasrama penuh! Sekarang ini kerajaan juga menaja sekolah-sekolah tahfiz dengan bantuan penuh.
Demang katakan tadi 'mampu menguasai' kerana di SMKA para pelajar perlu menguasai antara 15 hingga 20 subjek yang berat-berat! Itulah sebabnya kebanyakan SMKA menyaring kemasukan pelajarnya melalui temuduga atau ujian khas. Bukan untuk menghalang sebaliknya kerana tidak ada gunanya mengambil pelajar yang ramai tetapi tidak mampu meneruskan sehingga tamat.
Meskipun demikian, oleh kerana Islam adalah Agama Persekutuan (Perkara 3, Perlembagaan) maka pelajaran Tauhid, Fiqah, dan lain-lain tetap diajarkan di semua sekolah kebangsaan peringkat rendah dan menengah. Malah di SjKC juga matapelajaran agama Islam mesti diajarkan jika terdapat pelajar Islam di sekolah tersebut.
Saranan tersebut memang bagus namun Demang merasakan beliau inginkan pelajaran tersebut diajar lebih mendalam. Jika setakat asas, sukatan pelajaran yang ada sekarang sudah mencukupi.
Mari kita fikirkan sedikit lagi, adakah semua orang wajib belajar secara mendalam soal Tauhid dan Fiqah? Perlukah ilmu Mantiq diajar pada semua ummat Islam?
Perlu juga disedari bahawa murid sekolah rendah berumur antara 7 hingga 12 tahun. Manakala pelajar di peringkat sekolah menengah berumur antara 13 hingga 17 tahun. Mereka boleh mendalami ilmu agama selepas usia 18 tahun.
Adakah belum cukup sukatan pelajaran agama Islam sedia ada untuk pelajar dalam usia sedemikian?
Pendidikan belum tamat walaupun sudah menamatkan pelajaran menengah. Selepas SPM, jalan terbentang luas. Bagi yang mahu dan mampu, teruskan dan jadilah pakar dalam bidang yang dikehendaki.
Jangan jadi pakar menyalahkan orang sahaja.
Foto:
SMKA Al-Khairiah Temerloh Pahang. (ehsan taqiuddin.blogs.friendster.com )
(Apa khabar teman-teman sekarang?)
12 comments:
sistem pembelajaran agama kini masih tidak dapat melahirkan insan yang istiqamah mengerjakan solat berjemaah awal waktu kerana takukan Allah yang esa dan menjadikan quran tu bacaan harian
Mungkin saudara mempunyai idea bagi membaikinya? Majukan ke sini untuk kita perbaiki, insya-Allah.
pertama Guru semuanya mesti berjemaah disurau yg disediakan di sekolah bersama murid seperti di pondok maknanya surau tu menjadi tempat utama solat oleh warga sekolah - surau sekolah makmur
Salam tuan,
Mohon blog ini di-link-kan dari blog tuan - http://perkasapahang.blogspot.com
Terima kasih,
Admin. Perkasa Pahang
Anon 8.27pm,
Saya amat setuju. Biasanya waktu Zohor sesi persekolahan masih berlangsung. Justeru pihak pentadbiran boleh 'memaksa' semua pelajar dan guru berjamaah. jika surau tak muat, boleh gunakan dewan atau bentang saja sejadah di tapak perhimpunan. Boleh menggalakkan/merangsang orang ramai yang melihatnya untuk turut serta.
Terima kasih.
Tahniah Cheguman. Inilah Che Gu sebenar. Sabar dan tinggi tahap saikologinya. Hamba pun tumpang belajar.
Hamba dah baca komen itu dibeberapa tempat tetapi takut nak beri perhatian sebab dia sebut habis istilah yg terlintas atau pernah dia dengar dan lontar merata. Teringatlah hamba cerita dato hamba bagaimana Tok Ku Paloh memilih murud untuk memberikan ilmu khusus tertentu seperti tasauf. Takut tak terpikul dan salah bawak. Itu peringkat menadah kitab di kampong tu. Lebih daripada peringkat di pesantren malahannya. Maksudnya peringkat terpilih walau pun di sekolah pondok. Tak kan dicadangkan untuk sekolah kot.
Hamba nak gak cerita satu tambahan. Sekolah Imtiaz di Terengganu iaitu peringkat umor 12 - 17th. terpilih. Belajar 3 sesi pagi petang dan malam. Ramai gak yang marah sebab terlalu membebankan. Mereka belajar hafazan dan hadis tetapi akademik meths dan sains tak tinggal. Tamat tkt 5 dah hafal sekurang 15 juz malah ramai gak dapat 30 juzuk terus.
Matlamatnya melahirkan proffesional yang mahir hadis dan hafal quraan. Dah banyak tahun dah hantar pelajar ke U U timor tengah untuk kedoktoran, kejuruteraan dsb. Sekarang Johor pun dah buat gak. Pencetus akalan itu kini pengerusi Mara dan sekarang MRSM pun dah buat.
Kelantan dan Kedah yg dok perjuangkan SAR tu patut buat jugalah di SAR tu.
Banyaklah Che Gu Tapi Dah panjang sangat ni. Lain kali lah pula.
T. Kasih CLJ atas maklumat tersebut. Idris Jusuh memang byk idea tentang Islam dan beliau sempat laksanakan wlupun tak lama jadi MB. Beliau salah seorang tokoh yang dipuji oleh Adi Putera (budak istimewa. Sy jumpa sendiri Adi Putera dan kanak-kanak itu sebenarnya lebih hebat drpd yang digambarkan).
salam,
saya rasa masih belum cukup lagi ilmu agama dlm sukatan pelajaran..
buktinya, muda mudi zaman ni.. tidaklah sukar PAI ini.. masalahnya PAI tidak ditekankan.. mksud sy BM n BI wajib lulus.. kenapa tidak kepada PAI..
lagi satu nak cadangkan tajuk pengurusan jenazah dimasukkan.. belajar2lah mati.. ni nak idop je.. hehe..
sy fikir masih banyak lagi yg perlu pihak kerajaan lakukan bagi memantapkan lagi bidang ini..
Bang Mi,
P. Islam tidak diwajibkan kerana pelajar SK dan SMK tidak semuanya Islam.
Pelajar Islam tidak diwajibkan bagi mengelakkan 'budaya peperiksaan' dalam mempelajari Islam.
Namun cadangan mewajibkan P. Islam kpd pelajar Islam boleh dibincangkan semula oleh pembuat dasar.
alahai cheguman..
yg bodoh sangat nak suh bukan islam tu bakpe.. da tahu diorang tak amik.. cheguman nak jaga hati MCA ke??
kih3
Bang Mi,
Sila baca betul-betul dan fahami benar-benar artikal saya dan komen saya sekejap tadi. Saya lihat Bang Mi agak lambat dalam memahami perbincangan.
Saya juga dapati komen Bang Mi dalam isu kalimah Allah begitu jauh tersasar daripada isu sebenar. Diharap bang Mi lebih banyak membaca dan mendengar. Kurangkan menyampuk kerana itu akan menyerlahkan kejahilan Bang Mi kepada orang ramai. Dengan itu Bang mi akan lebih mudah memahami isu sebenar dan implikasinya. Insya-Allah, lambat laun Bang Mi akan lebih cerdik.
mkasud sy lebih kepada umno..
nak jaga hati mca..
or mmg goverment xnak buat pun..
baru2 ni BI wajib lulus.. bila pulak PAI??? kenapa perlu tangguh2..
Post a Comment