Mari kita buat analisis secara berani dan terbuka. Sekiranya PR berjaya mengenepikan BN dalam PRU13, bagaimanakah senario pentadbiran negara?
Sebelum itu Demang mohon maaf kepada pengunjung bukan Melayu. Bukan Demang sengaja hendak menyinggung perasaan kalian. Demang cuma risaukan kesan percaturan politik hari ini terhadap keharmonian negara kita.
Kita berbincang secara terbuka dengan melihat pada realiti yang ada.
Jika PR berkuasa siapakah yang akan menerajui kerusi eksekutif yakni sebagai PM? Apakah Anwar Ibrahim akan diterima ahli PAS yang sekian lama ternanti-nanti kepimpinan ulama? Tegakah 'ahli PAS seumur hidup' berPMkan bekas ahli UMNO yang pernah memainkan peranan besar dalam mencorak lagak dan penampilan orang UMNO?
Lagak dan penampilan? Ya. Kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan dalam perjalanan beliau mendaki tangga ke kerusi nombor dua UMNO telah mempengaruhi kulit, wajah dan tubuh ahli UMNO. Bahkan rohnya juga. Malah gaya elit dan eksklusif yang diusung sebahagian besar orang UMNO sekarang adalah pengaruh yang diterapkan Anwar serta panglima-panglimanya suatu masa dahulu. Itulah karektor yang amat dijengkelkan orang PAS.
Ingat, Anwar bukan sekejap di dalam UMNO.
Katakanlah Anwar diterima juga oleh penyokong PAS secara terpaksa demi menyingkirkan UMNO. Siapakah yang akan dipilih menjadi TPM? Adakah Haji Hadi atau Nik Aziz? Apa pula jawatan untuk pemimpin DAP? Mahukah DAP sekadar menjadi menteri biasa? Ataukah kita perlu mempunyai dua atau tiga TPM mewakili kaum-kaum utama?
Perlu diingat dalam PRU12, DAP mempunyai paling banyak kerusi, kedua PKR manakala PAS yang terakhir. Penting juga diambilkira betapa kerusi yang dimiliki orang Melayu dalam PKR juga cuma seciput.
Jadi, di manakah orang Melayu dalam PR? Suara siapakah yang akan didengar oleh PM yang mereka lantik?
Bagaimana pula jika Anwar tidak sempat menjadi PM? Ada banyak kemungkinan tentang itu. Selain kes liwat yang akan dibicarakan tidak lama lagi, soal ajal maut juga perlu diambil kira.
Adakah DAP akan memilih PAS yang mempunyai kerusi minoriti?
Tulisan Demang sebelum ini membincangkan rakyat Malaysia terbahagi dua: orang Melayu berada dalam kelompok kerajaan manakala orang bukan Melayu di pihak pembangkang. Tidakkah ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran kerajaan bermaksud ketidakmampuan orang Melayu dalam pentadbiran?
Jika demikian, keputusan PRU12 disusuli beberapa isu mutakhir dalam negara dilihat sebagai bukti bahawa orang Melayu gagal menjadi pentadbir. Maka Demang melihat gerakan yang bermula sebelum PRU12 ialah usaha menjadikan Malaysia sebagaimana Singapura: orang Melayu perlu menyerahkan kuasa politik kepada kaum lain!
Jika itu terjadi, bagaimanakah nasib orang Melayu? Ramai juga orang Melayu berpendapat orang Melayu tidak akan rugi apa-apa. Mungkin itu pendapat minggu lepas, iaitu sebelum mahlamah Tinggi membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian.
Bagaimana pendirian anda sekarang? Masih mahu bermain api?
Keputusan hakim tersebut memberi pengajaran bahawa pentafsiran terhadap perlembagaan boleh berbagai-bagai bergantung pada siapa yang membacanya.
Maka Demang bersetuju dengan pendapat Tun Salleh Abas bahawa roh perlembagaan perlu dilihat sama selain mentafsir teks yang tersurat.
6 comments:
salam tuan blog
hang kawe rasa mace biawak takut dengan bayang-bayang, kalau hang nak tahu rupa dan pilihan yang ada pada kerajaan PR bila membentuk kerajaan kelak ialah apa yang model yang terpancar hari ini.
1. kalau DAP dapat majoriti samalah modelnya kerajaan PR: Penang
2. Kalau PAS dapat majoriti mutlak samalah model yang ada dengan Kerajaan PR : Kelantan
3. Kalau PKR dapat majoriti samalah kerajaan PR : Selangor
4. kalau Kerajaan PR bercampur majoriti yang lebih kurang antara mereka kerajaan adalah seperti PR : Kedah dan jika timbul isu tiada wakil melayu tiada dalam DAP maka model kerajaan PR : Perak lah modelnya.
sekarang rakyat tidak bodoh mace kamu tuan blog curiga dan penakut nak mampus utk berubah. jadi jika kerajaan negeri PR itu berjaya membentuk dan mentadbir dengan penuh cemerlang dan gemilang maka Berkubul UMNO/BN utk selama-lamanya.
Salam Anon. Terima kasih kerana meluangkan masa menulis di sini. Rilex, jangan emosi sangat.
Nampaknya hanya awak shj yang tak dapt memahami perkara tersirat yg nak saya sampaikan. Orang lain orait je sebab mereka faham.
Apapun saya layan juga komen awak walaupun jika dalam blog pembangkang sudah tentu komen saya akan dibuang. Saya dah kerap kena. Malah produk saya juga diharamkan dipromosi dalam media pembangkang.
Model PR di Penang? Maka jadilah macam sekarang. Awak tak pernah ke Penang ke sejak PRU12? Atau sekadar baca Harakah? Saya rasa awak orang PKR. Orang PKR tak baca sangat Harakah. Diorang peminat Rajapetra.
Model PR di Selangor? Ituyang kita takut. Khalid jadi boneka, PAS jadi bola. Tunggang langgang, haru biru. Hasan Ali dizip mulutnya.
Model PR di Kelantan? kelantan tu PR ke PAS? Kalau tiada PR pun PAS memang perintah Kelantan. Org PKR tak payah nak tumpang sekaki!
Model PR di Kedah? Mujur UMNO masih ramai di Kedah. Lagipun Ustaz Azizan tak macam Anwar dan Nizar. Sepatutnya beliau jadi Presiden PAS. Malah ramai yang setuju beliau ganti Nik Aziz.
Model PR di Perak? Baru beberapa bulan pegang Nizar dah terketar-ketar dengan pak sedara dia, Ngeh!
Jumpa lagi, Anon. Lain kali taruklah nama samaran sikit. Kang saya panggil awak bahlol, awak marah. Bukankah saya dah maklumkan awal-awal, nak komen mesti ada nama panggilan. Macamtu ke nak jadi pemerintah? Adab tak ada, peraturan tak reti, undang-undang jauh sekali.
Assalamualaikum Cheguman,
Jangan layan si bahlol dan yang sejenis dengannya. Mereka tak sedar diri lagi dan belum 'kena' betul betul dengan Cha..
Waliyazubillah, saya harap apa yang dinukilkan tidak akan berlaku, tidak diizinkan Allah swt demi kebaikan, kesejahteraan kita semua dan generasi kita yang akan datang.
WaAllahuAlam.
salam tuan blog
tima kasih kerana siar komen kawe,
kawe bukan org parti mana2, dulu kawe adalah penyokong kuat parti umno sehingga kawe sanggup bertengkar dan bermasam muka jika ada or kutuk umno tak tentu pasal.
tetapi ahli umnolah mulai tahun 1998 membiarkan sang penguasa Tun M mencorakan gaya hidup dan falsafah umno sudah lari apa yang umno perjuangkan pada zaman Onn Jaffar, Tunku, Tun Razak dan Tun Hussin , membuatkan umno saya pandang sebelah mata sekarang, ahli umno pada masa itu penakut dan pengampu no wahid dalam dunia. takut menegur kepincangan apa yang ada dalam umno. mungkin yg ada berani tatpi tidak mendapat sokongan majoriti, sehingga lah timbul krisis Anwar Ibrahim saya dah boleh baca permaianan mereka.
Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya mencorakan hala tuju politik Malaysia pada hari ini, sekarang rakyat tidak bodoh lagi, maklumat dihujung jari mereka skg, apa yang didengar dalam media arus perdana akan diselidik dari media alternatif lain seperti laman web, blog dan sebagainya.
contoh yang saya bagi kerajaan PR sekarang di Penang, Perak, Kedah , Kelantan dan selangor adalah asas pertama, jika mereka dapat membuktikan mereka adalah berjiwa besar dan tidak memikir kepala masing dan tumpu sepenuh perhatian dan penyelesaian kepada masalah rakyat insyallah mereka akan diberi mandat oleh rakyat pada PRU akan datang.
sekarang umpama proses untuk saling kenal mengenal dan bertolak ansur dan bersatu padu dalam pentadbirsn untuk kepentingan rakyat.
tahniah juga kepada UMNO/BN kerana berjaya menghuruharakan kerajaan PR tanpa mereka sedar bahawa oleh kerana huruhara inilah PAS/PKR/DAP akan sentiasa berwaspada dan saling baiki dan memperbetulkan mana kepincangan yang berlaku antara mereka dan seterusnya memperlengkapkan kerjasama kearah satu gabungan yang kukuh untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan pusat kelak.
TQ
Mr. Faroukhakimi
(pengundi yang tidak mudah diperbodohkan oleh mana-mana parti)
betul tu, BN yg berpura2.. mereka yg berusaha menghuru-harakan PR keadaan seperti org gila naik minyak.. syok sendiri mengatakan PR kian rebah.. andaian yg berbaur perkauman juga adalah usaha terdesak BN bagi mendapat sokongan rakyat.. itu menggambarkan keadaan BN skarng..
mereka lebih melayunya drpada islam...
salam..
menarik buah fikiran demang..
minta link nye demang ye..
ini link saya..
http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/
saya pon banyak cerita tentang nasib dan keadaan bumi malaysia kita ni sekarang..
sedih melihatnya..\
sama-salah kita berkongsi pendapat..
salam
Post a Comment