Namun Demang perlu akur dengan realiti. Keputusan untuk menyambung pengajian perlu disertakan dengan pengorbanan masa yang sewajarnya. Sementelahan pula minggu ini Demang berhadapan dengan peperiksaan.
Siapalah yang sukakan peperiksaan @ pemeriksaan @ ujian? Sebutkan apa sahaja jenis 'periksa'; peperiksaan bertulis, ujian lisan, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan nyamuk aedes, ujian lesen memandu, Puspakom hatta temubual dengan bakal mertua sekalipun pasti mengundang debar dan keresahan hati orang yang diperiksa.
Dan, jangan lupa ujian saringan akhir kita di Padang Mahsyar nanti.
Baik yang memahami hakikat pengembaraan roh merentasi pelbagai lapisan alam mahupun yang tidak pernah belajar mengenainya, Demang percaya semua orang pasti sedar bahawa kita sekarang sudahpun tercongok di atas planet bumi.
Namun berapa ramai yang sedar bahawa bumi ini sedang bergerak ke suatu destinasi yang tak kita ketahui, dengan kelajuan yang mampu menyebabkan gunung ganang tercabut dan terpelanting apabila Bumi berhenti secara tiba-tiba?
"Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Keduanya menjawab, 'Kami datang denga tunduk'." (Al-Fussilat:11)
Biarlah. Itu masalah Bumi. Kita cuma penumpangnya sahaja.
Anehnya, jikapun kita diminta 'berhenti' lebih awal namun itu tidak bermakna kita tidak boleh sampai ke tempat tujuan. Ironinya, lebih cepat kita 'keluar' daripada planet Bumi ini lebih cepat kita tiba ke destinasi.
Itulah kelebihan roh berbanding jasad.
Semua manusia akan tiba ke destinasi. Kemudian akan dipertimbangkan samada layak menghuni syurga atau wajar dihumban ke api neraka? Na’uzubillah...
Biarpun belum ada lagi bloggers yang mampu menceritakan kepada kita pengalaman beliau selepas mati, namun tidak sukar untuk kita bermuhasabah samada kita ini calon syurga atau calon neraka.
Maka mulai hari ini, setiap kali ingin melakukan sesuatu, periksalah dahulu adakah perbuatan itu wajar atau tidak dilakukan oleh seseorang yang ingin menjadi ahli syurga.
Kali ini Demang tak mahu kenen sesiapa termasuklah calon kepimpinan UMNO mahupun para perwakilannya. Sendiri mau ingatlah...
13 comments:
sangat menyentuh hati dan nurani..
Salam,
Tulisan dari insan yg berilmu.. teruskan
terima kasih demang..igt mengingati..terima kasih
rindu kat blog demang...
lame da tak update...
satu lg artikel yg sangat baik...
5 bintang
Tuan,
Sahabat yang paling baik adalah manusia yang berani menegur. Manusia yang paling berguna adalah manusia yang berilmu dan memanafaatkan ilmunya.
Manusia yang takut mati adalah manusia yang gilakan dunia. Manusia yang menunggu mati adalah manusia yang gilakan Tuhanya.
Teruskan tarbiah saudara, semuga saudara dirahmatiNya. Insya Allah.
Azli;
saya sekadar mengingatkan diri sendiri.
AhmadRazinHjYob;
Ilmu yg sedikit namun teringin nak berkongsi.
Tigabelas;
Dalam Islam, kita saling ingat-mengingati ("addinun nasihah")
Redzwan Abdullah;
Terima kasih. Insya-Allah akan terus menulis dgn sokongn para sahabat.
mountdweller;
Terima kasih kerana mengingatkan semula. Sama-samalah kita ingat-megingati.
Assalamualaikum Cheguman,
Walau peperiksaan apa pun yang mungkin Cheguman telah atau akan duduki Saya doakan agar mencapai kecemerlangan.
Tulisan Cheguman ini bernas seperti biasa dan menginsafkan saya tentang hakikat kehidupan di dunia yang fana ini.
Saya juga berharap agar Cheguman akan dapat terus menulis atau menaip, InsyaAllah.
Meskipun sekadar persinggahan
benarkan seketika untuk menghirup air
meskipun sekadar persinggahan
benarkan menjamah sesuap nasi
meskipun sekadar persinggahan
izinkan diri mengadap cermin untuk memperkemas dan memperbetulkan diri
Terima kasih atas ulasan di blog : sabahlovepeace.blogspot.com : NEGARA SABAH.
Saya hampir pastu saudara tidak akan membaca ulasan balas saya diblog tersebut.. Oleh yang demikian, saya menyalinkan utk saudara di sini..
Saudara DLD,
pernah dengar pepatah ni tak?
"Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang".. Hingga ke hari ini, sudah hampir tahun ke 4 saya berada di negeri Johor DT. Saya tidak dapat merakamkan ayat-ayat seperti itu kerana ianya akan ter"sembur" sendiri secara teknikal oleh penutur di 'sini'.. Saya tidak pasti berapa jumlah warganegara Malaysia yang tidak sedar akan kewujudan Malaysia itu sendiri yang mengucapkan bait-bait ayat seperti maksud dalam tulisan saya. Apa yang saya dapati, begitu ramai yang berubah "air muka" sebaik sahaja perkataan .. SAYA DARI SABAH diucapkan.. Mungkin teruja mahupun terkejut. Barangkali juga ramai yang berfikir bagaimana 'kami' boleh sampai ke sini. Mungkin berenang, mungkin terbang.. Terima kasih Airasia.. Apapun percayalah saudara, selagi persepsi sebolangan masyarakat Semenanjung Malaysia masih menganggap Malaysia hanyalah Perlis hingga Johor, selagi itulah diskriminasi akan berlangsung secara tidak disedari. To make you clear about this matter, just follow Sinar FM prayer time announcement everyday.. Kawasan mana yang tidak disebutkan.. Selain itu, boleh juga pergi ke Pasaraya Giant ataupun lihat iklan di televisyen.. PROMOSI HARGA RENDAH SELURUH MALAYSIA, TERMASUK SABAH DAN SARAWAK...
Dari kau seja bah tu... ( Its up to you.. huhu)
Isnin, 10 November, 2008
Makcik & Azlan,
Juadah yg enak kita jamah sorang sikit. Ilmu yg baik kita kongsi-kongsikan...
Madie,
Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang perbincangan kita.
Untuk pengetahuan semua pengunjung, saya dan Madie sedang berbincang tentang pandangan penduduk Semenanjung terhadap penduduk di Sabah dan Sarawak.
Untuk mengetahui dan ikut memberi pendapat, silalah berkunjung ke blog beliau.
Ilmu mesti ditimba sampai mati. Manusia mati meninggalkan nama dan kalau punya ilmu, ilmu itu akan menyelamatkannya.
salam demang..
aku bukan nak komen tentang final exam kita.
aku cuma nak tau tentang 'masalah bumi'.betul ke bumi ni berpusing selaju itu!benarkah bumi ni bulat?betul ke bumi mengelilingi matahari?
yg pernah aku jumpa,Allah berfirman 'Ku hamparkan..'dlm otak aku,hampar ni cam tikar la.rata!dlm surah yaasin, diceritakan, '..dan matahari berjalan ditempat peredarannya..' tak ada pun cite bumi bulat,bumi pusing matahari,bumi itu,bumi ini.ahli sains cite lain,Allah cite lain.yang mana la kita nk ikut.yg mana kita nk caye? nti tak pasal2 periksa awal tahun dah kantoi.hehehe
maaf la kalau aku salah..
bagus post berkaitan agama nie.ia menarik perhatian sy
Post a Comment