"Erk.... alhamdulillah."
Apabila kita sendawa kita diajar untuk mengucapkan 'alhamdulillah'. Kenapa? Adakah kerana kita gembira dapat bersendawa? Mungkin juga. Namun yang tersirat ialah kita bersyukur kerana kita terlepas daripada kelaparan. Sendawa adalah satu isyarat bahawa kita sudah kenyang.
Selain itu sendawa juga boleh terjadi ketika perut lapar. Maka kita juga mengucapkan syukur. Kenapa? Hal ini kerana apabila perut kosong maka angin yang tidak dikehendaki akan mengambil tempat dalam perut kita. Sendawa adalah proses mengeluarkan angin tersebut. Dengan itu kita dapat menangguhkan sakit perut. Maka wajarlah kita mengucapkan syukur. Selepas itu kalau boleh cepat-cepatlah isi perut dengan makanan sebelum sang angin tadi merampas kuasa. Jika masih sakit, gunakan minyak Morhabshi yang keluarga Demang keluarkan.
Salah satu konsep syukur ialah kita menyedari bahawa jika tidak begini entah apa pula yang akan terjadi. Dengan kata lain 'syukur' ialah rasa insaf betapa kita dapat menghindari sesuatu yang tidak kita kehendaki.
Dalam konsep bermasyarakat, konsep syukur bukan sahaja perlu difahami malah perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Hal ini kerana kita perlu berkongsi sumber yang sememangnya terhad berbanding nafsu manusia yang bersifat infiniti. Demikianlah realiti ekonomi yang sukar dinafikan. Malah itulah juga sebabnya Allah menyediakan hukum dan peraturan hidup untuk manusia. Tanpa hukum dan peraturan manusia akan musnah akibat cuba memenuhi keinginan mereka yang tidak terbatas itu. Bak kata orang tua-tua, "mati semut kerana gula."
Keterbalikan daripada sifat syukur sudah tentulah 'sikap tidak mahu bersyukur'. Salah satu cirinya ialah sering tidak berpuas hati. Jikapun kita memberinya makanan setiap hari, nanti di suatu masa dia akan mencemik dan mendakwa makanan itu menjemukan.
Sebagaimana yang dinyatakan tadi betapa sumber adalah terbatas dan perlu dikongsi. Malangnya manusia lebih cenderung untuk bersaing berbanding cuba berkongsi. Hal ini kerana rasa bimbang terhadap sumber yang dilihat begitu terhad. Manusia khuatir perkongsian akan menghakis bahagian yang diperuntukkan untuk dirinya.
Konsep syukur tidak muncul sendiri sebaliknya perlu disemai dan dibaja sejak kecil.
Oh ya, sebelum terlupa Demang nak ingatkan bahawa lawan bagi 'syukur' ialah 'tak mengenang budi', manakala contoh bagi istilah itu ialah Karpal Sigh.
(Demang rasa lucu bila dengar Pekida pun buat laporan polis. Heh... sejak bila Pekida main report-report ni?)
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
2 comments:
daulat tuanku! Daulat tuanku! Daulat tuanku!
Rakyat dan raja dah menang Demang. Khabarnya, depa tak jadi saman. Inilah kekuasaan agung tuhan. Tuhan sentiasa bersama orang yang benar.
Sedang saya menjerit daulat tuanku, tiba-tiba saya juga hampir menderhaka pada ibu. Tetapi, apabila mengingatkan betapa tidak hormat dan biadabnya menderhaka pada sultan, sama jugalah betapa tidak hormat dan biadabnya jika menderhaka pada seorang ibu yang melahirkan kita. Ada tercatat di blog saya.
Salam Cikgu
Bersin pun antara mengeluarkan gas-gas toksid dalam badan..
Juga kena ucap Alhamdulullah..
Wassalam...
Post a Comment