Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, February 14, 2009

Peluang baik untuk Karpal

Utusan Malaysia, 13 Feb 2009

"New Delhi 13 Feb, - Mahkamah Tinggi New Delhi dilaporkan memerlukan lebih 466 tahun untuk selesaikan semua kes tertangguh.
Ketua Hakim A.P. Shah dalam satu kenyataan berkata, ia menggambarkan kelemahan dalam sistem kehakiman negara ini.
Anggaran ini dibuat dengan mengandaikan setiap kes secara puratanya perlu diselesaikan dalam tempoh empat minit, 55 saat. Terdapat berpuluh-puluh kes tertunggak, termasuk 600 kes yang berlarutan lebih 20 tahun. AP."


Demang rasa ini satu jalan keluar yang akan melegakan semua pihak di Malaysia. Encik Karpal bolehlah menubuhkan syarikat guaman terbesar di dunia dan mengendalikan semua kes di India itu. Bagi memudahkan lagi urusan, Demang berharap sangat agar kerajaan Malaysia menyegerakan 'perpindahan' beliau dari Malaysia ke India. Apabila sudah menjadi warga India, bolehlah beliau memperjuangkan nasib rakyat India di sana. Malah beliau boleh juga menubuhkan Pakatan Rakyat (India) di sana tanpa 'gangguan' dan campur tangan sultan-sultan di Tanah Melayu ini.

Beliau juga bolehlah membawa sama para peguam yang asyik tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahan Tanah Melayu ini termasuk penyokong Hindraf. Kalau perlukan penasihat, bawa lah Anwar dan Lim Guan Eng sekali. Nizarpun bagus juga ikut serta. Demang percaya kerajaan India perlu membina banyak mahkamah pasang siap di negara itu. Beliau jadi MB Perak dulu pun sekadar 'bidan terjun'. Sekarang dah ada bidan kerajaan.

Bagi melengkapkan celoteh Demang kali ini, Demang perturunkan kenyataan penuh sultan Selangor yang disiarkan oleh semua media hari ini.

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.
Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

6 comments:

.@blogger.com said...

Salam,
Hu! hu!satu cadangan yg baik. Kalau boleh bawak sekali Lim Kit Siang dan kumpulan Hindraf untuk membantu setiap rusuhan di India kelak.

BERANIKAN HATI

Z-MAY said...

Aku boleh taja tiket unt karpal dan konco-konconya...

Unknown said...

Salam demang.

Itulah sebabnya saya pernah katakan menyaman Sultan adalah satu urusan yang bodoh dan sia-sia. Rasanya sehingga Karpal masuk kubur/bakar pun kes tidak boleh diselesaikan. Lagilah membangkit kebencian orang ramai.

Dia rasa dia cerdik tetapi sebenarnya bodoh tahap tongkang.

kasutlama said...

mana perginya peguam negara???.

takkan membuta dan makan gaji buta jer!.

sepatutnya awal lagi pg dah komen dalam isu nih..!.

kalau pasal ni pg tak bolih handle, lebih baik letak jawatan dan bagi aku pegang. taulah apa aku nak buat..

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Mak Cik setuju saranan kamu. Elok juga Karpal berfikir untuk buka pejabat guaman di sana. Jangan lupa bawa Anwar, Nizar dan sudah tentu DAP sekali.

Nanti berjauhan takut rindu pula.

Cheguman said...

@blogger,
Saya tak masukkan nama Lim Kit Siang sebab dia dah tua. Takut susah nak belajar bahasa Tamil.

Z-may,
Terima kasih. Bagi tiket murah-murah je. Karpal tak suka bazir duit rakyat. Saya cadangkan kerusi roda dia tu kita ikat kat belakang keretapi yg nak ke Siam. Dari Siam, pandai-pandai le nak naik apa.

Mountdweller,
Tahap longkang yang dah lama tak cuci, kan?

Kasutlama,
sabar, Peguam Negara tak perasan kot...

Makcik,
Yang saya kesiankan si Nizar tu. Dia bukannya faham bahasa Tamil. Anwar tak apa. Malayalam pun dia faham. Urdu memang bahasa kedua dia.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)