Pagi semalam, seorang kanak-kanak mengunjukkan sebuah buku besar untuk saya bacakan. Tajuknya: The Magician's Gift'.
Kisahnya mengenai para lebah yang mengunjungi seorang ahli sihir dan menghadiahkan beliau sejumlah madu. Memahami hasrat yang tersirat di sebalik hadiah tersebut maka ahli sihir pun menanyakan kehendak lebah-lebah itu. Wakil lebah-lebah itu meminta diberikan sengat. Mereka marah pada manusia yang menceroboh dan mencuri madu mereka. Mereka mahukan sengat yang boleh membunuh manusia.
Akhirnya mereka mendapat sengat yang dikehendaki tetapi dengan satu amaran iaitu apabila mereka menyengat manusia, bukan manusia itu yang mati sebaliknya merekalah yang akan mati.
Walaupun kisah tersebut hanya sebuah dongeng namun pada hakikatnya lebah adalah makhluk Allah yang unik. kisah lebah dinyatakan Allah di dalam Al-Quran dan turut dinyatakan khasiat madu yang begitu hebat.
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
(Surah An-NAhl: 69).
Kisah lebah tersebut menginsafkan saya betapa tingginya pengorbanan lebah dalam menjaga haknya. Lantas teringat saya penduduk Palastin dan Iraq yang sanggup mengikat tubuh mereka dengan bahan letupan dan meletupkannya di kubu lawan.
Kita belum lagi sampai ke tahap itu. Masih jauh lagi sebenarnya. Malah kita doakan agar kita tidak perlu masuk syurga dengan cara itu. Kita boleh beribadat dengan aman dan tidak perlu mati syahid dalam pertempuran.
Namun orang Palastin pun tidak meminta untuk jadi begitu. Mereka juga barangkali tidak pernah bermimpi jadi begitu. Namun saya percaya ia tidak berlaku dengan tiba-tiba. Ada peristiwa-peristiwa yang menjadi rentetan ke arah itu.
Isu-isu kecil dalam negara yang tidak diuruskan dengan baik akan menjadi besar dan rumit. Ibarat api, semasa kecil memang berguna tetapi apabila sudah besar dan marak, ia amat bahaya. Emosi manusia tidak boleh dijangka. Ia boleh meledak secara tiba-tiba dan ketika itu sesalan sudah tidak berguna.
Bagi saya, kerajaan perlu bersikap tegas dalam hal ini. Saya fikir orang seperti Karpal itu lebih selamat disembunyikan di Kamunting sehingga keadaan kembali reda. Bukan nak menzalimi dia sebaliknya untuk menjaga keselamatan negara.
Kita tidak mahu ada yang menggunakan modus operandi lebah dalam menangani isu ini.
6 comments:
Di sini bagusnya TDM. Isu2 sebegini diambil tindakan tegas. Sebab tu orang2 mcm karpal ni disumbat ke dalam ISA.
Harap pengganti Paklah akan tegas menangani isu sebegini. Ibarat menarik rambut dlm mee hoon agar tak mati seperti lebah selepas menyengat.
Paneh,
Bila berlaku kes-kes begini, bukan sahaja orang UMNO, orang PAS pun akan kata: "Kalau TDM jadi PM... takkan jadi begini."
Demang kata: Selalunya macam tu le...
Salam untuk Demang,
Opah harap kemelut ini akan berakhir dengan cara paling baik dan berhikmah. Rasanya dah penat dan ngeri membaca dan menyaksikan... tak taulah hukuman ke ganjaran dan balasankah Allah yang terlebih tahu.
Opah,
Lama tak baca komen Opah. Mujur Opah datang. Saya dah kehilangan URL blog Opah selepas guna template baru ni.
Betul tu Opah. Sepatutnya kita tumpukan sepenuh perhatian bagi menyelesaikan kemelut ekonomi yang melanda negara sekarang. Sudah-sudah lah tu bertekak mendakwa masing-masing hebat. Kalau hebat sangat, fikirkan macamana nak bagi kerja kat puluhan ribu (mungkin dah ratusan ribu) pekerja yang baru diberhentikan tu.
Salam Cheguman,
Bukan apa, elok juga sumbatkan dia dalam tu dengan A sekali. Sebab mereka kawan baik.
InsyaAllah, AMAN sikit Malaysia.
Assalammualaikum..
saya harap apa yang berlaku di Perak dijadikan tauladan di negeri-negeri lain.. Isnya Allah.....
Post a Comment