Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Showing posts with label Bloggers Pembela Negara. Show all posts
Showing posts with label Bloggers Pembela Negara. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Manik Urai

Pilihanraya kecil (PRK) datang lagi. Kali ini di pantai timur pula. Di negeri Cik Siti Wan Kembang.Manek Urai. Barangkali di sinilah tempat kalungan manik yang dipakai Cik Siti Wan Kembang terurai.

Apakah di sini nanti akan menyaksikan ikhwanul muslimin kian terlerai dan terburai?

Setakat ini medan pertempuran akan menyaksikan dua parti Islam bersabung, bukannya bergabung. Kedua-dua ayam sabung sudah dikenal pasti. Cuma rakyat masih keliru pihak mana yang memegang ayam raja dan pihak mana yang memegang ayam Pak Kaduk.

Sebagaimana biasa, masing-masing akan berpencak bagi mengalahkan pihak lawan. Biarpun keputusannya nanti akan dikira berdasarkan calon mana yang menang, namun sudah dijangkakan mereka akan melupakan prinsip tersebut dan hanya memberi tumpuan untuk menjadikan lawannya rebah dan kalah.

Maka strategi untuk mencapai kemenangan diketepikan sebaliknya tumpuan diberi pada strategi bagi mengalahkan pihak lawan. Dengan kata lain, untuk menang mereka akan menghalang orang lain daripada menang.

Salah satu strategi yang akan digunakan ialah memburukkan pihak lawan. Malah semua perkara akan dipersalahkan melainkan diri sendiri.

Mahu tidak mahu, Blogger Pembela Negara (BPN) ikut terpanggil dalam sayembara ini.

Sebagai pembela negara, BPN cuma membawa satu tujuan: mempertahankan negara kita dari musnah. Maksud saya, dimusnahkan.

Di situlah bermulanya perjuangan kami.
(Artikel ini juga boleh dibaca di blog khas BPN Manik Urai)

Friday, May 8, 2009

BPN Prihatin




KARMILA BINTI SUKIRMAN

PELAJAR KOLEJ NEGERI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Dilaporkan hilang pada 1 April 2009

(No.Repot Polis : PANDAMARAN/002622/09)


Sekiranya anda pernah melihat gadis ini ATAU tahu di mana dia berada,

tolong hubungi nombor di bawah:



014-3110344 – Madie (Abang)

014-3110347 – Sue (Kakak)

016-3462388 - Sarjan Azmi (Officer Incharge Balai Polis Pandamaran)

012-6036977 – Encik Syafiq ( Kolej Negeri, Seremban 2, Negeri Sembilan)




Ibunya di Sandakan, Sabah menitiskan airmata setiap hari…

Kepada yang masih ada keprihatinan dan kasih sayang,sila sebarkan gambar ini.

Mudah-mudahan Si Ibu yang bakal menyambut HARI IBU tidak lagi menitiskan airmata…..


DOAKAN JUGA KESELAMATAN KEPADA GADIS YANG BARU MENGENAL ERTI HIDUP INI.

WALAUPUN DI MANA DIA BERADA, HARAP DIA KEMBALI…….


KERJASAMA SEMUA DIUCAPKAN TERIMA KASIH.




Admin : www.sabahlovepeace.blogspot.com

e-mel : yandie02@yahoo.com (Madie)

mutiara_ieman@yahoo.com.my (Sue)

Monday, March 2, 2009

Resolusi BPN 3/2009 Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA Pemuda UMNO



Selepas dibuka kepada komen dan juga cadangan selama 8 Jam 1/2 dari jam 9 am hari ini maka di bawah ialah Resolusi terkini BPN siri 3/2009 untuk diedar dan disalin oleh Blogger BPN semua. Di harap dapat sokongan sahabat sahabat semua demi agama bangsa dan negara kita..

BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.

BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.

Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib.

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.

Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ) yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa,

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara.

Monday, January 5, 2009

ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA

Bangkitlah sekalian manusia yang tertindas. Kita bersatu menentang kezaliman. Perancangan besar Yahudi ialah menghapuskan semua agama di dunia. Jangan ingat hanya Islam sahaja yang Yahudi benci. Dendam mereka terhadap semua kaum lain tidak pernah pudar dan mereka sedang melaksanakan misi dendam mereka.

Berikut adalah resolusi BPN merujuk perkara ini.

Resolusi bertajuk : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA


1. Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger diMalaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.


2.Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Yahudi/ US . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.


3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.


4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.


5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI


6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.


7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.


Disediakan oleh :Panglima Perang CyberYdp Blogger Pembela Negara ( BPN )
http://penembak-tepat.blogspot.com/

Monday, November 24, 2008

Resolusi Bloggers Pembela Negara: Turunkan Harga Barang

Bloggers Pembela Negara kini setapak di depan. Merintis denai dan tidak gentar untuk berjuang. Kiri dan kanan hanyalah semak samun yang harus ditebas-tebang. Apa perlu dirisaukan? Perjalanan perlu diteruskan. Di hujung nanti ada padang yang wajib didatangi dan perhimpunan yang pasti dihadiri. Kita hanya menyambung tugas Rasulullah: menyampaikan.

Berikut adalah resolusi yang dikeluarkan hasil perbincangan para bloggers dalam forum maya Bloggers Pembela Negara (BPN).

Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk “Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”

Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.

2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara wewenang. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.

3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persaingan yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.

4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini. Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sekian terima kasih.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)