Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, March 1, 2010

riwayat si miskin





Foto pertama di atas muncul apabila Demang taipkan kata kunci 'algeria' manakala foto kedua adalah antara imej yang keluar apabila Demang masukkan perkataan 'malaysia' pada kekotak enjin carian Yahoo Images.

Seorang sahabat bergelar Profesor Dato' memberitahu; di Algeria, seseorang yang ingin keluar dari kancah kemiskinan perlu tunggu sehingga tujuh keturunan tetapi di Malaysia cuma dalam tempoh dua keturunan sahaja.

Demang terjemahkan kenyataan profesor tersebut melalui contoh berikut:

Asnaf ialah seorang anak dalam sebuah keluarga miskin di sebuah kampung di kampung Durian Hijau, Jerantut Pahang. Bapanya seorang buruh dan ibunya tidak bekerja. Asnaf dihantar ke sekolah rendah berhampiran rumahnya. Walaupun jauh di pedalaman, sekolah yang menawarkan pembelajaran 'percuma' itu menyediakan guru-guru, peralatan, kemudahan, termasuk ICT setanding sekolah lain di bandar.

Asnaf cuma perlu membayar RM70 di awal tahun untuk bayaran yang dikenakan pihak sekolah. Oleh kerana keluarga Asnaf amat miskin, mereka dibantu PIBG menjelaskan yuran yang cuma RM70 setahun itu.

Setiap hari Asnaf dan dua orang adiknya mendapat makanan percuma di kantin sekolah (RMT). Jadi, mereka tidak perlu membawa wang belanja.

Berkat usaha dan doa berterusan, Asnaf berjaya memperolehi 4A dalam peperiksaan UPSR. Oleh kerana sekolah Asnaf dalam kategori luar bandar dan latar belakang keluarga yang miskin, Asnaf dengan mudah memasuki sekolah berasrama penuh.

Lima tahun di asrama penuh, Asnaf akhirnya memperolehi keputusan yang agak baik dalam SPM seterusnya melanjutkan pelajaran di universiti. Asnaf menamatkan ijazah pertama dan berjaya menjawat jawatan kerajaan dengan gaji permulaan termasuk elaun berjumlah hampir RM3000.

Tidakkah Asnaf seorang anak miskin berjaya keluar daripada kemiskinan sebelum berakhir generasi pertama? Dengan pendapatan RM2700 sebulan (tahun pertama!) Asnaf membeli sebuah kereta buatan Malaysia tanpa cengkeram dan membayar RM350 sebulan. Asnaf menyewa sebuah rumah bersama rakan sebanyak RM200 sebulan. Asnaf juga membayar pinjaman PTPTN RM100 sebulan. Belanja makan, RM450 sebulan.

Bermakna gaji Asnaf masih berbaki RM1700 lagi!

Jika Asnaf seorang anak yang tahu berbudi dan mengenang jasa keluarga, RM500 bukanlah terlalu besar untuk disumbang setiap bulan.

Murni, adik Asnaf tidak sehebat Asnaf. Selepas SPM gadis itu memasuki poleteknik. Pencapaiannya juga sederhana. Akhirnya Murni mengisi borang JPA online dan diterima sebagai pembantu tadbir, N17. Gaji permulaan Murni RM1300, termasuk elaun.

Murni juga membeli sebuah kereta nasional dengan ansuran RM300 sebulan. Walaupun Murni cuma dapat memberi ibu bapanya RM100 sebulan, namun dia bukan lagi seorang budak miskin!

Seorang lagi adik Asnaf juga berjaya ke universiti dan menjadi guru. Manakala Asnaf sendiri sudah selesai menyiapkan sarjananya dengan dibiayai kerajaan sepenuhnya (ratusan ribu). Tidak lama lagi di depan namanya akan tertera perkataan 'Dr'.

Bolehkah kita bayangkan keluarga miskin itu sekarang? Namun janganlah anda bayangkan cerita si Tenggang pula sebab Asnaf tidak begitu.

Nota:
Kisah di atas tidak merujuk pada watak sebenar sebaliknya berupa gabungan beberapa kisah yang dicantumkan dan diolah semula berdasarkan senario sebenar di Malaysia. Dedikasi untuk murid-muridku di SK Durian Hijau 1991-1996.


foto:
algeria 2008 feb 010 JPG vacanzeafrica.com
kuala lumpur malaysia ◄ccdoh1► flickr.com

5 comments:

Unknown said...

Bakal PM Malaysia telah diketahui.....tentunya bukan Muhyiddin sila klik disini

M.Saad said...

Banyak juga yang terjadi seperti diatas..tetapi masih ada senario spt ini....ibu dan bapa dikampung kelihatan miskin dan memohon bantuan daripada kerajaan samada PPRT, JKM atau lain lain dan JKKK terpaksa sokong kononnya nak jaga hati...tetapi tidak pernah lulus....yang dipersalahkan JKKK UMNO, wakilrakyat UMNO...dan kecewa, akhirnya sokong pembangkang.

Cheguman said...

Hashim pun boleh jadi PM kalau cukup syarat. Hashim boleh berusaha, berdoa, dan bertawakkal serta redha dengan ketentuanNya jika gagal. Yang penting, jangan cuba menjatuhkan orang lain tak tentu pasal.

Namun, saya percaya Hashim tak baca pun tulisan itu. Hashim cuma 'paste' mesej dan tinggalkan di merata-rata blog.

publisiti murah utk hishamudin rais yang semakin tersisih.

paneh said...

Salam tuan,

Satu analogi dan gambaran yang bagus. Moga kita tergolong dikalangan hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Jeepers Creepers said...

asnaf juga boleh jadi si tanggang. perangai tipikal orang melayu memang begitu.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)