Hari ini seorang lagi MP PKR meninggalkan parti itu dan menjadi wakil bebas.
Setelah insiden berturut-turut tersebut maka saki baki pembangkang tegar pun mengumpan polemik, kalaupun bukan tohmahan baru iaitu Najib beli ahli PKR.
Sebut tentang BELI, serta merta Demang teringat kempen di TV sekarang mengenai perdagangan manusia.
Kata orang aktiviti jual beli manusia adalah antara perniagaan tertua di dunia selain pelacuran. Kata Husin Lampoyang, berniaga orang lebih untung daripada berniaga unta.
Barangkali ramai yang masih ingat kisah Kunta Kinte yang disiarkan RTM sekitar 1980an dulu. Demang terbayang-bayang peristiwa Kunta Kinte dan kaumnya bertempiaran melarikan diri sambil diburu oleh manusia berkulit putih untuk dijual sebagai hamba.
Sekitar 1980an juga penyerang Argentina Diego Maradona dibeli daripada kelab asalnya pada harga tertinggi ketika itu. Demang sudah lupa harganya namun melibatkan angka juta. 17 juta rasanya.
Sekarang Christiano Ronaldo dikatakan manusia paling mahal yang boleh dibeli iaitu melebihi RM70juta.
Kini, saki baki pembangkang mandakwa ahlinya dibeli UMNO namun tidak dinyatakan harganya.
Apa perbezaan Kunta Kinte, Maradona, dan MP PKR berkenaan?
Penjual Kunta Kunte mendapat untung daripada urusniaga tersebut manakala pembeli mendapat sumber tenaga. Masih dikira untung. Sebaliknya Kunta Kinte sekadar menjadi hamba sahaya. Ertinya MP yang keluar PKR itu tidak boleh disamakan dengan perdagangan hamba abdi. Begitu juga Maradona dan Christiona.
Penjualan Maradona menguntungkan ketiga-tiga pihak iaitu kelab yang menjual, kelab yang membeli dan Maradona sendiri.
Dalam kes PKR pula siapa yang menjual dan siapa pembeli? Adakah PKR menjual mereka? Bagaimana nak tuduh UMNO membeli jika tiada penjual?
Sebenarnya analogi paling tepat dengan kes tersebut ialah melarikan diri. Alasan Demang paling mudah ialah jika UMNO nak beli, lebih baik dilakukan tahun lepas iaitu ketika UMNO amat memerlukan sokongan tambahan.
Sekarang situasi dah berbeza. Buat apa UMNO nak beli kalau boleh dapat free?
foto:
1024x753 - 251kB - jpg
www.dvdbeaver.com
4 comments:
Beli PKR people? erk?!? handsome sangat kew??? ouch!
Assalamualaikum Cheguman,
Lebih baik UMNO beli atau import Lembu atau kambing dari dalam atau luar negara dan adakan projek ternakan Negara besar-besaran, lebih banyak faedah dan menguntungkan semua pihak.
Please do (at least) a decent research before making any statement! Two wrong statements at I can point out in this post alone: Maradona transfer fee was not RM17mill but RM25mill or GBP 5million. And Cristiano Ronaldo transfer fee was GBP 80 mill (RM 410mill), NOT RM70mill!!
If you clever enough, you can tell the rights from wrongs. Never believe anything you've read before making further research pertaining the topic.
Thank you
http://soccerlens.com/football-transfer-fee-records/84/
ALCHEMISTER,
Terima kasih atas pembetulan. Namun saya tak fikir angka2 tu terlalu penting dalam kontak artikal ini. Tujuan saya mengetengahkan angka tersebut sekadar menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanda harga untuk dijual beli.
Lihat petikan tadi:
"Demang sudah lupa harganya namun melibatkan angka juta. 17 juta rasanya."
Jika saudara biasa menggunakan bahasa Melayu, ungkapan 'rasanya' itu bermaksud sekadar anggaran dan ia tidak begitu penting. Malah penulis sendiri tidak begitu yakin dengan angka tersebut.
Post a Comment