Kelmarin seorang lelaki pulang daripada menziarahi jenazah rakannya yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta. Beliau berehat di rumah dan beberapa jam kemudian beliau pula meninggal dunia.
Pegawai perubatan mengesahkan kematian akibat serangan jantung walaupun sebelum ini lelaki tersebut tidak pernah ada masalah jantung.
Semalam, seorang lelaki lain minum petang bersama isteri dalam keadaan riang. Kemudian beliau bangun untuk solat Asar. Selepas solat lelaki itu muntah-muntah dan beberapa jam kemudian meninggal dunia.
Pegawai perubatan yang memeriksa mengesahkan kematian akibat serangan jantung. Rekod perubatan lelaki itu juga tidak pernah menunjukkan masalah jantung.
Kecut perut mendengar cerita begitu. Kedua-dua lelaki tersebut tidaklah terlalu tua. Masih jauh dari usia persaraan.
Serangan jantung tidak mempunyai sebarang amaran. Bagi Demang, ia adalah alasan mudah malaikat maut menamatkan riwayat seseorang. Seolah-olah malaikat menziarahi seseorang dan memberitahu bahawa "saya datang untuk mengambil nyawa awak".
Sebenarnya tidak ada siapapun tahu ajal diri sendiri. Bahkan kita tidak tahu samada pada detik selepas ini kita masih hidup atau sudah mati. Justeru lakukan sahaja apa yang sepatutnya kita lakukan. Contohnya, apabila masuk sahaja waktu solat, bersegeralah. Takut tak sempat.
foto:
solat jenazah jpg
perakexpress.com
1 comment:
InnalillahiwaInnalililahirojiun...
Peringatan yang tepat sekali Cheguman, lainlah yang hebat hebat dan yang tak akan mati macam Hashim dan geng geng kebal dosanya.
Post a Comment