Para peguambela Anwar dijadual akan menyoalbalas pengadu, Mohd Saiful mulai 10 Mei 2010 berikutan dakwaan pemuda tersebut bahawa beliau diliwat Anwar tanpa kerelaan.
Penetapan tarikh tersebut dibuat mengambil kira kesibukan peguam beliau iaitu Karpal Singh yang perlu mengendalikan kes bunuh. Maklumlah, peguam hebat dan terkenal.
Selepas ini, samada menang atau kalah nama Karpal akan semakin popular dan kelebihan itu akan ditumpang oleh anak-anak beliau yang sedang membina nama dalam bidang guaman – suatu bidang yang menghasilkan pendapatan lumayan.
Hal ini berbeza dengan pihak pendakwa yang tidak begitu dikenali dan sama status dengan pegawai kerajaan sahaja.
Kehebatan peguambela tersebut setanding pula dengan orang yang didakwa iaitu seorang yang pernah memegang kuasa kedua tertinggi (eksekutif) di Malaysia. Beliau juga dikatakan antara pemimpin berpengaruh di dunia serta mempunyai hubungan intim dengan para pemimpin negara asing, terutama Amerika. Justeru salah satu alasan mahkamah melewatkan (bukan meliwatkan) perbicaraan ialah bagi memberi ruang untuk tertuduh VIP tersebut menghadiri sidang parlimen seperti biasa.
Alangkah jauhnya jarak darjat Saiful yang cuma seorang anak muda biasa yang gagal menamatkan pelajaran di universiti. Bahkan sebelum ini hanya menjawat jawatan pembancuh kopi.
Adakah kerana itu maka pelbagai keistimewaan diperolehi oleh Anwar dalam kes ini?
Alangkah malangnya menjadi Saiful.
2 comments:
Salam sahabat..
Tumpang lalu yer..
Komen sahabat apa yang saya post di blog saya..
http://taipingcentral.blogspot.com/2010/03/panazz-3-kejutan-30-mac-2010-rombakan.html
tq...
demang pun tak yakin kehekiman negara... sapa suruh siafool tuduh anwar meliwatnya.. hahhaa.. lakonan yg gila babih menipu.. rakyat lebi tahu la.. nak ikut kepala lembu umno cam demang ni mmg mengarut sja.
Post a Comment