Adakalanya (atau seringkali) kita tertunggu-tunggu tarikh gaji berikutnya. Maka kita pun berharap masa berlalu lebih pantas.
Namun sedarkah kita bahawa semakin cepat masa berlalu bererti ajal (lazimnya) akan semakin mendekat?
Begitulah keadaannya politik negara kita. Masih ramai yang mengharap PRU13 dipercepatkan dan kerajaan sediada ditumbangkan.
Padahal apabila BN kalah, maka yang kalah ialah UMNO. Manakala jika PR menang maka yang berkuasa ialah DAP.
Maksud Demang daripada analogi di atas ialah apabila kita mengharap sesuatu, kita sering terlupa implikasinya. Adakalanya kesan buruk itu lebih besar berbanding kebaikannya.
Berdasarkan analisis Demang di DUN Merlimau, UMNO boleh kalah walaupun lebih 60 peratus pengundi Islam.
Secara mudahnya, jika pengundi Melayu terpisah dua atau 40 peratus menyokong pembangkang dan 70 peratus pengundi bukan melayu memberi undi pada pembangkang maka kalah lah UMNO.
Jika demikian kita akan lihat nanti kaum majoriti terpaksa akur dengan pilihan kaum minoriti.
Demikianlah 'unik'nya sistem demokrasi yang diasaskan barat. Jika ummat Islam gagal bersatu, tunggulah kesannya selepas PRU13 nanti.
Jadi, tak usahlah seronok sangat dengan kekalahan UMNO.
2 comments:
Salam Cheguman,
Semalam saya di Melaka dan teringatkan Cheguman. Apa yang Cheguman nukilkan ini adalah benar. Orang Melayu sekarang khasnya yang dipihak pembangkan sedang GAH membodek DAP.
Saya ceritakan pasal Cheguman pada suami. Dan pendapat2 Cheguman. Kami juga berbual bagaimana SYOKnya Lim Kit Siang, LGE, Karpal Singh bila orang Melayu yang kononnya amat terAlim dan terUlama dengan simbol Islam sebagai parti politik sedang menyokong mereka sekarang.
Mungkin tidak terlintas langsung di otak otak kotor mereka betapa satu hari nanti semasa hayat mereka ada orang Melayu yang sebegini di bumi Melayu yang menyokong mereka menumbangkan Kerajaan Melayu.
Tapi inilah hakikatnya, mereka tidak berhenti 24 jam menyemai benci pada UMNO. SEGALAnya semua tak betul, mereka sahaja yang betul. UMNO tak Islamik walaupun dari utara ke Selatan tanah air semua Masjid tempat mereka berhenti solat adalah dibina kerana UMNO sejak berpuluh tahun dahulu.
Inilah hakikatnya. Orang Melayu dulu dulu memang pandai sebab itu mereka adakan peribahasa: BILA DAH TERANTUK BARU nak TERGADAH...WaAllahuAlam.
Salam, Makcik.
Apsal tak call saya? Kami suami isteri free semalam.
Post a Comment