"Kematian wakil rakyat kerana suwey najib."
Demikian cemuhan Anthony Lok, SU DAP di Merlimau sebentar tadi.Maka bersoraklah beberapa orang PAS menyetujui kenyataan khurafat itu.
'Beberapa orang'... Ya. Walaupun agak ramai hadir malam ini memandangkan yang dinanti ialah seorang mursyidur am, namun tidak ramai yang bersorak mendengar kenyataan biadap yang bercanggah dengan ajaran Islam itu.
Bagi Demang itu adalah petanda jelas orang Merlimau tidak menerima DAP.Malam ini PAS silap besar kerana membenarkan chauvinis DAP berucap. Rupa-rupanya orang kuat DAP itu bukan sahaja tidak sensitif dengan Islam malah bodoh.
Pada suatu ketika dia berkata, kerajaan telah menolak kenaikan ELAUN guru sebanyak RM500 sebulan dengan alasan tiada peruntukan sebaliknya meluluskan ELAUN untuk guru besar sebanyak RM7500.
Dari mana dia dapat fakta itu? Tidak tahu, silap atau cubaan menipu pengundi Merlimau?
Mungkin sedar dengan keceluparan pemimpin DAP itu yang seolah memperbodohkan orang Merlimau, maka cepat-cepat ia diminta berhenti berucap.
Selepas itu Saifudin Nasution pula berucap. Setelah hampir setengah jam berucap, teman di sebelah bertanya, siapa yang berucap tu?
Rupa-rupanya bukan Demang sahaja yang perasan bahawa Saifudin sudah tidak sehebat dulu.
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
1 comment:
meme dasar bodoh sombong ...
taktao bertanya....jgn hentam keromo aje...
itulh yg nikiajis kata dap dh paham isle pas...tp tak paham pasal agama Islam...
sila buat kajian sendiri perbezaan isle pas dgn agama Islam...
isle pah bulih belako...celako celako celako
Post a Comment