Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, February 1, 2011

Petrol naik lagi




Seorang teman marah-marah kerana harga petrol naik lagi.

“Lebih baik naikkan terus harga RM3. Senang, tak payah naik banyak kali.” Kata beliau yang bergred DG44 dan memegang MA itu.

“Engkau guna petrol mana?” Demang mengacah.

“RON95.” Katanya.

Demang senyum. Apalah nak dibisingkan perkara yang tak melibatkan kita? Apa sangatlah kelebihan RON97 tu?

Sebenarnya harga petrol bukan kerajaan kita yang tentukan. Kerajaan hanya boleh mengawal di dalam negara sahaja. Jika harga dunia naik, kita tidak boleh mengelak walaupun sebagai negara pengeluar.

Memang betullah kita boleh tampung melalui subsidi. Namun jika kita perbanyakkan subsidi untuk RON97 yang digunakan orang kaya, ertinya kita terpaksa mengurangkan perbelanjaan lain untuk rakyat biasa dan miskin.

Memang betullah Petronas itu milik kita namun ia tetap sebuah syarikat yang memerlukaan keuntungan dan menampung kos. Takkan kita nak mufliskan syarikat kita sendiri?

Pun begitu, sumbangan Petronas sangat banyak. Berbalik pada hujah tadi, jika kita tambah subsidi untuk RON97, bermakna budget untuk perkara lain terpaksa dikurangkan.

Kalau guru pemegang DG44 yang ada master pun tidak faham perkara ini, bagaimana dengan orang kampong?

Itu sebabnya pembangkang seronok dengan isu begini!

2 comments:

hangkedee said...

ramai pendidik pro pembangkang kerana kenaikan pangkat.memalukan ambil MC sehingga 21 hari kerana nak tolong isteri jadi calon pembangkang,bangang punya cik gu makan gaji buta vs haram

melayuangkat said...

Salam Cheguman,

Apa khabar? Mereka sengaja buat buat tak tahu harga minyak sedunia bukan kerajaan kita yang tentukan. Ini satu lagi isu yang boleh digunakan untuk hentam kerajaan Najib.

Yang subsidi lain mereka nikmati tak pula mahu mereka sebut. Biasalah manusia bukan senang nak bersyukur. Tengok pulalah pemimpin idola mereka...sentiasa tidak ada yang baik dinikmati hasil kerja kuat UMNO dan kerajaan selama ini.

Yang pelik bin Ajaibnya ramai pula kakitangan kerajaan pun termakan dakyah mereka yang Alim alaim belaka ni. Makan gaji sara keluarga dengan duit kerajaan tapi mulut sentiasa puji yang satu lagi tu.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)