Demang menetap di Jengka Pahang sejak 1974 hingga 1996. Ertinya Demang tidak sempat banjir besar 1971.
Biarpun sepanjang musim banjir 2014 ini Demang tidak berkesempatan untuk ke Jengka namun setiap detik kritikal tersebut menjerat hati Demang di sana.
Media sosial menjadi wadah komunikasi bagi mengikuti perkembangan semasa.
Demang insaf, betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Hari ini kebanyakan tempat diberitakan sudah mula surut. Kerja pembersihan sedang rancak dan ternyata lebih sukar berbanding tugas memindahkan barang semasa banjir.
Berapakah nilai kerosakan harta benda dan berapa banyakkah wang yang perlu disediakan bagi menggantikan perkakas yang musnah?
Ini adalah bencana dan ia bukan suatu pilihan. Jika rumah kita tidak berada di kawasan terbabit itu bukan bermaksud kita tidak terlibat. Justeru yang ditimpa musibah secara langsung tidak sepatutnya menanggung kesan secara sendirian.
Seluruh sumber dalam negara seharusnya ditumpukan pada kawasan terlibat.
Barangkali ini kesempatan yg baik utk kerajaan menyusun semula perumahan negara. Bina pertempatan baru untuk mangsa banjir. Gunakan tanah rezab untuk bina rumah kos sederhana. Jangan sesekali bina flat atau rumah kos rendah.
Jika rumah tersebut tidak mampu diberi percuma, permudahkan mangsa banjir membayar harga kos sahaja dan dibuat secara ansuran yang rendah.
Ini bukan masanya mengira untung.
Nasihat Demang, fikirkan hikmah besar di sebalik banjir 2014. Kerajaan tidak seharusnya melepaskan peluang ini jika masih mahu menguasai parlimen pada PRU akan datang.
Ia bukan sekadar menghulur beras dan sardin.
1 comment:
Demang, saya terkepung 8 hari di tmn temerloh jaya. Dpt melihat & merasakan sendiri sikap masyarakat yg pilih puak di pusat pemindahan. ..
Post a Comment