Gordang Sembilan Mandailing
Ujian seronok ujian tak seronok
Sunnah seronok sunnah tak seronok
--------------------------------------------------------
Kata ulama, dunia ini pentas ujian. Semua yang di sekeliling kita adalah ujian. Tak ada duit itu ujian dan banyak duit juga ujian.
Sejujurnya mana satu kita nak? Rasanya majoriti mahu jadi kaya walaupun sedar itu cuma ujian.
Buktinya, siang malam kita bekerja dan berdoa supaya diberikan rezeki yang banyak.
Apabila ditanya kenapa berniaga, maka dijawab sunnah rasulullah saw. Maka masing² berusaha mendapakan perkara² baik yang pernah diamalkan rasululullah saw.
Rasulullah saw sentiasa ada peluang untuk kaya raya tetapi hingga akhir hayat baginda tidak berharta.
Rasulullah diberi izin oleh Allah memiliki sebahagian daripada rampasan perang namun sejarah mencatatkan baginda memilih tidak mengambilnya untuk kegunaan peribadi sebaliknya diinfakkan semula pada perjuangan menegakkan syiar Islam.
Cuba kita lihat sahabat² rapat baginda seperti abu bakar assiqdiq, umar alkhattab, dan ali bin abi talib. Mereka berpeluang untuk jadi kaya melalui kuasa yang ada. Masing² pernah jadi khalifah setelah rasulullah wafat tetapi sahabat² radhiallahu anhum itu memilih untuk menuruti sunah rasulullah saw dengan tidak mengumpul harta.
Sanggupkah kita? Jika tidak sanggup maka jangan mengaku diri kita hebat.
Sebenarnya saya nak beritau, jangan sedih jika kita tidak kaya atau berharta. Kalau Allah beri kekayaan, alhamdulillah. Jika tidak, redho sahajalah.
Wallahualam.
Bekerjasama dalam marketing
No comments:
Post a Comment