Sedangkan ayam ternakan pun kita boleh buat sesuka hati. Kita boleh sembelih semuanya buat kenduri. Musnahkan rebannya dan tak perlu buat baru. Atau, gantikan dengan ternakan itik pula.
Kita boleh saja buat begitu. Padahal ayam makhluk Allah dan kita pun makhluk Allah juga. Bukan kita yang cipta ayam.
Bayangkan jika Allah yang mencipta kita bertindak menghapuskan kita terus tanpa menyediakan tempat lain. Bayangkan jika Allah tiadakan syurga. Bayangkan jika Allah mahu letakkan kita di neraka. Atau, hapuskan terus tanpa sisa.
Apa daya kita menahan kehendak Allah taala?
Tapi Allah taala maha pengasih lagi maha penyayang. Walau hak Allah untuk buat apa saja tapi Allah sayangkan kita.
Wallahu'alam
2 comments:
Ikhlas itu 4 tingkatannya ;
1. Kerana takutkan azab dan balasan buruk drNya dan mengharapkan balasan baik drNya.
2. Kerana mengharap ampunan dan rahmat drNya.
3. Kerana mengharap redhaNya.
4. Semata mata bersyukur kpdNya.
"Dan sekiranya kamu taat kpd Allah (swt) dan RasulNya (saw), tidaklah disia siakan amalan kamu itu sedikitpun." Petikan dr surah Al Hujurat.
"Sesungguhnya Kami tidak menyia nyiakan ganjaran bg org org yg baik amalannya." Petikan dr surah Al Kahfi 30.
"Mk sesungguhnya Allah (swt) tidaklah menyia nyiakan ganjaran bg org org yg berbuat kebaikan." Petikan dr surah Hud 115.
Apa pun "Sesungguhnya Allah swt tidaklah menyalahi janji janjiNya." Apa yg dijanjikanNya pasti ditunaikanNya.
Dan adalah juga antara sifat Allah swt itu, Al Muhsin, Maha Pemberi balasan baik dgn yg jauh jauh lbh baik dr apapun dr kebaikan yg dilakukan ikhlas keranaNya.
Allahu akbar. Terima kasih tuan. Boleh tau nama?
Post a Comment