Otak udang atau tahi udang?
Apa yang boleh kita lakukan dengan otak ini? Otak mengarahkan semua anggota tubuh menjalankan tugas.
Hidung sedut oksigen. Kaki melangkah ke tempat makanan. Tangan akan ambil dan suap ke mulut. Gigi akan kunyah dan tekak menunggu sebelum disalurkan ke perut.
Nanti dulu. Bagaimana jika Allah tahan oksigen dari masuk ke hidung? Atau Allah tahan penyedia makanan? Atau Allah sekat makanan?
Otak kita hanya boleh kawal diri kita. Otak kita tak boleh kawal otak petani yang mogok atau otak serangga yang serang tanaman. Itu di luar bidang kuasa otak kita.
Siapa yang kawal otak mereka? Jika kita guna andaian awal saya tadi bahawa otak adalah hak mutlak individu maka kita akan mati apabila otak² di luar sana enggan bekerjasama dengan kita.
Namun itu tak pernah berlaku. Ertinya ada kuasa lain yang mengawal, menyelaras, dan menyeimbangkan semua hidupan di dunia ini. Bukan sahaja bumi bahkan matahari.
Mataharipun hidupan juga tapi dalam kejadian yang berbeza dengan manusia, haiwan, atau tumbuhan.
Bayangkan jika matahari mogok atau lari. Tumbuh²an akan mati. Selebihnya, fikirlah sendiri.
Pernah kena tinggal?
Bekerjasama dalam marketing
No comments:
Post a Comment