Dulu² kalau nak main gasing kena cari batang atau dahan pokok, buat sendiri.
Nak mintak tolong kawan buatkan bukan senang. Akhirnya walau buruk, tarah la sendiri.
Budak² sekarang bawa duit ke kedai dan beli. Balik main sorang².
Saya tak kata budak² dulu lebih bagus. Namun ada beberapa proses yang boleh diiihat dalam permainan zaman itu.
Proses buat gasing sendiri bukan sahaja melatih kekreatifan malah mendidik untuk menjadi pengeluar. Apabila beli gasing yang dah siap kanak² hanya menjadi pengguna pasif.
Bermain bersama kawan² kadang² bergaduh dan kadang² berkorban. Yang tak tau bawak diri, terpinggir. Dari situ kanak² belajar bersosial.
Sekarang cara bersosial amat berbeza tapi bukan bermakna tak bagus. Ibu bapa perlu faham dan didik anak² supaya tahu mana betul mana salah. Rakan² boleh berada di mana² namun mampu bersua bila² masa.
Berbalik pada permainan dan kreativiti, kawal anak² agar tidak hanya main games digital sahaja. Ia bukan sahaja membawa anak² sekadar menjadi pengguna pasif malah untuk sosial pun tidak begitu baik.
Saya cadangkan ajak anak² explore aktiviti² kreatif dalam Youtube. Bukan sahaja anak², kita pun akan teruja.
Kalau dah tiada jodoh
Rahsia Tempua Bersarang Rendah
Punca mahathir pintas anwar
No comments:
Post a Comment