“Kenapa?” tanya Demang.
“Masa Anwar beriya-iya mengelak agar tidak dipaksa menyerahkan sampel DNAnya, ramai yang hairan mengapa Anwar takut sangat sampel DNAnya diambil.” Teman itu menjawab.
“Ternyata tindakan tersebut menguntungkannya. Apabila pihak pendakwa mengemukakan sampel DNA yang diambil tanpa izin Anwar, maka dengan mudah peguambela menimbulkan keraguan kemungkinan DNA tersebut bukan milik Anwar.” Tambah teman itu lagi.
“Kalau begitu, dia bukan lah bijak. Itu, jahat namanya.” Demang membantah.
“Jika itu dipanggil bijak, maka perompak juga dikategori sebagai bijak apabila berjaya merompak.” Tambah Demang lagi.
“Habis, nak guna istilah apa? Manipulasi? Eksploitasi” tanya teman itu lagi.
“Manipulasi tak boleh, eksploitasi pun tak boleh. Semua istilah tu masih ada sudut positif dan negatifnya bergantung pada kesan dan natijah yang terhasil.” Demang mengemukakan pendapat.
"Kita perlu gunakan istilah yang tepat kerana jika tidak kita sudah berlaku zalim."
“Istilah bijak adalah milik khusus untuk pelakuan yang positif. Selagi tindakan tersebut tidak menganiaya orang lain, maka kita boleh gunakan namun tindakan yang menyebabkan orang lain teraniaya, tidak boleh dikategori sebagai BIJAK sebab BIJAK adalah khusus untuk yang bersifat positif.
Ya. Istilah yang lebih tepat ialah JAHAT.
1 comment:
Konpem jahat ! terlalu banyak dosa anwar anak beranak pada bangsa agama dan tanahair !
Post a Comment