Tu sebab kita boleh dengar cicak asyik berdecit: cit cit cit... Dia sedang kagum la tu.
Tapi, ye la. Berjanji memang sedap. Yang mendengar pun seronok. Apatah lagi jika dalam keadaan tersepit.
Lagipun, berapa kerat calon PKR yang yakin dirinya boleh menang dalam PRU yang lepas?
Bak kata seorang teman, bukan sahaja calon UMNO yang terkejut kerana kalah. Calon PKR yang menang pun rasa tak percaya.
Sebenarnya rakyat sekadar memberi amaran kepada BN. Mereka pun tak menjangka undian mereka menyebabkan kerajaan BN benar-benar kalah.
Akibatnya, ternyata janji-janji hanya palsu sebagaimana berita berikut:
Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar Ahad sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.
Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut.
Bernama melaporkan, anggota Parlimen kawasan Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah telah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010.
"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah.
"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan.
Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu.
Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu.
"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya.-29/1/2011
Sumber berita:
http://agendadaily.com/Politik/penduduk-mogok-lapar-tuntut-janji-manis-pkr..html
No comments:
Post a Comment