Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, December 1, 2009

Tun berkontroversi lagi.



Maka seperti biasa ramai penyokong kerajaan melatah dan si pembangkang pun bersorak. Masing-masing pun melalak ke sana-sini menjaja komentar. Bukan komen pun, sekadar mengulang-ngulang dan mengejek-ngejek. Macam burung tiung plastik yang Demang temui di Hang Tuah Mall.

Padahal Tun sekadar mengusik sedikit sahaja. Malah yang diutarakan hanyalah omelan seorang bekas pemimpin UMNO yang tersingkir dan terpelanting kesepian. Maka rajuknya membikin lidah mengomel yang bukan-bukan.

Pedulikan si kecewa itu.

Berbalik pada Tun Mahathir, Demang percaya beliau tahu tentang usaha UMNO melakukan perubahan secara menyeluruh dari pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbi. Masakan Tun tidak tahu sedangkan beberapa tindakan yang UMNO sedang ambil adalah daripada buah fikiran beliau sendiri?

Memang ada yang Tun Mahathir ingin jentik telinganya. Adakah anda masih ingat bagaimana Tun mengusahakan strategi sehingga Pak Lah berundur? Siapa yang ditolaknya ke depan? Siapa lagi kalau bukan Najib! Malah Tun secara terbuka mengkritik Najib yang masih ragu-ragu menggantikan Pak Lah.

Maka kali ini Tun cuba melakukannya sekali lagi. Tun tahu bahawa Najib sedang menerajui perubahan besar UMNO. Namun Tun juga tahu masih ada pemimpin yang belum cukup sedar. Bukan sekali dua Demang mendengar rakyat berkata: ”Harap Najib dan Mahyudin sahaja yang bersungguh-sungguh...”

Kami, blogger BPN sejak akhir-akhir ini juga menimbulkan perkara yang sama seperti yang ditulis Tun Mahathir. Namun siapalah kami? Mujur Tun juga seorang blogger.

Mesej Tun ialah agar Najib melakukan sesuatu yang lebih agresif. Dengan kata lain, jangan disimpan lagi pemimpin yang sebegitu, ibarat duri dalam daging.

Sememangnya Najib kadangkala dilihat ’tidak sampai hati’ membuang kawan-kawan. Namun kali ini ia perlu dilakukan. Apatah lagi dengan slogan rakyat didahulukan.

Rakyat yang berfikiran matang tetap sokong Najib.


foto:
green parrot eclectus parrot
~DocBudie~ [T... flickr.com

4 comments:

PARPUKARI said...

Memang betul bro, tepat sekali apa yang u cakapkan tu!

Kena ubah atau kita diubah!

Anonymous said...

chedet perli ku li tuh..

bungaraya said...

Jika ada pemimpin yang terpaksa diketepikan, siapa agaknya bro?. Saya setyuju jika alasannya demi bangsa, agama dan negara. Untuk itu saya kira Nik Aziz juga harus mengundurkan diri dengan rela hati. Tetapi pengganti Nik Aziz nyanyok itu bukanlah Husam Musa. Kerana Husam Musa adalah penyokong belakang tabir kepada DSAI peliwat itu.

demang lebar akar said...

keh..keh puak umno tak boleh menerima kenyataan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)