Umpanan penulis tak dikenali Barry Wain dalam bukunya Mahathir Mohamad in Terbulent Times disambut Tun Mahathir secara positif dengan meminta kerajaan menubuhkan badan khas bagi membuat siasatan secara menyeluruh.
Salehudin Ayub, Naib Presiden Pas pula menyokong dengan menggesa kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya tersebut.
Demang turut teruja dengan perkembangan ini dan berharap laporan penuh mesti dihebahkan secara menyeluruh dalam bahasa Melayu. Sebaiknya melalui semua media termasuk internet.
Laporan tersebut sudah tentu akan menjadi jilid yang amat mega memandangkan ia berisi maklumat 22 tahun pentadbiran Tun Dr Mahathir.
Demang juga nak lihat secara telus apakah yang dilakukan Tun dengan dana 100 bilion yang didakwa itu?
Rakyat perlu diberitahu kenapa dibina jambatan Pulau Pinang, Putrajaya, KLIA, litar F1? Apa kesannya pada pemacuan ekonomi negara? Rakyat juga perlu tahu kenapa ditubuhkan GLC dan kenapa ia perlu diselamatkan apabila menghadapi masalah? Apa perlunya GLC bagi keseimbangan ekonomi negara?
Jangan lupa untuk memberitahu rakyat kenapa Amanah Saham Nasional dilancarkan dan kaitannya dengan pengambialihan Sime Darby & Guthrie daripada Britain. Apa kesannya pada ekonomi, maruah negara dan, pegangan ekuiti Melayu?
Sebenarnya banyak lagi yang perlu dimasukkan. Demang tidak sabar untuk meneliti laporan tersebut nanti.
Alhamdulillah. Insya-Allah pendedahan tersebut akan dapat membuka mata rakyat terhadap jasa Tun Dr Mahathir selama 22 tahun. Barangkali sebelum ini ia tidak didokumenkan secara teratur. Dengan penubuhan suruhanjaya tersebut, Demang percaya rakyat akan menilai sendiri apa yang telah Tun Dr Mahathir lakukan.
Terima kasih kepada Barry Wain yang membuka cadangan dan Salehuddin Ayub yang menyokong.
Rakyat pula akan mengundi dengan adil.
Kita akan lihat siapa sebenarnya yang terjerat!
Foto:
mahathir jpg: jkt.detiknews.com
2 comments:
Assalamualaikum Cheguman,
Satu lagi cubaan Barat nak burukkan Imej pemimpin Islam.
Apa lagi, Lim Kit Siang dan kuncu kuncunya termasuk dalam PAS amat bergembira dengan tulisan Wain ni. Satu lagi modal nak hentam kerajaan.
Apa lagi yang mereka boleh buat selain mencari kelemahan orang lain?
LKS & LGE NAK KANTOIKAN TUN, SEBALIKNYA MEREKA YANG TERKANTOI DAN LGE NI HANYA NEKAD UTK JADIKAN P.PINANG MACAM SINGAPORE.KITA LIHAT BILA DIA MELAWAT SPORE NEXT YEAR,APA PERBINCANGAN MEREKA,ANAK TOYOL AKAN ESCORT, HE HE HE,YE YE YE. TAPI POLIS DAH SIASAT DAH TU...
Post a Comment