Dalam kes kereta yang menjunam lalu menimpa orang awam di Kelantan baru-baru ini, lelaki yang menolak kereta itu telah melarikan diri.
Dalam rompakan melibatkan 500 ribu semalam, penjenayah tersebut juga melarikan diri namun cepat dicekup semula.
Semalam Dr Rosli, Ketua Penerangan PAS yang diarahkan berpisah dengan isteri keduanya berjaya melarikan diri daripada kepungan keluarga mertuanya itu.
Peristiwa 'lari' tersebut juga mengingatkan kita kepada Anwar yang lari ke kedutaan asing apabila kes liwatnya terbongkar.
Nampaknya PR semakin kelam kabut. Sehingga kini Raja Petra si pemfitnah yang melarikan diri masih belum dapat dikesan.
Demang sedar bahawa adakalanya kita perlu lari. Contohnya apabila dikejar anjing atau penjenayah. Namun dalam kes-kes di atas, melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah.
Berdepanlah dengan kenyataan dan menghadaplah pada pengadilan jika kita mengaku insan bernegara, bertamadun, dan beragama.
Tambahan:
Yang terbaru ialah timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Azmi Ismail kini ditahan polis kerana dipercayai terlibat 'melarikan dadah'.
Namun dia tidak sempat lari. Dia ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang boleh membawa kepada penahanan maksimum 60 hari.
Penahanan itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Superitendan Md Azmi Othman yang dihubungi Awani hari ini.
Azmi yang juga Ketua Keadilan Bahagian Pengekalan Chepa ditahan pada 23 Dis lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Baru.
Polis turut menyita sebuah kereta Mercedes milik Azmi.
Dalam pada itu, Ketua AMK Kelantan Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang penahanan Azmi.
Foto:
fredmiranda.com
3 comments:
hmmm kes romeo n juliet hangat dikelantan ni wat malu kampeni jer ..
selamat tahun baru cikgu demang!
>>______<<
kenapa saiful kena liwat tapi takde kesan kena liwat???? kalau anwar bersumpah jugak apa yang jadi???? nak percaya yang siapa punya sumpah?? pasti jadi isu kelak... chegu pasti kew anwar pernah meliwat saiful??? undang2 sudah mengesahkan or chegu buat tahu??? chegu tahu x orang yang suka memfitnah ni pi mana???
Anon,
Apabila Saiful bersumpah, saya percaya pada Saiful. Jika Anwar pula bersumpah, saya juga akan percaya pada Anwar. Apabila kedua-duanya sudah bersumpah maka biarlah mahkamah pula menentukannya.
Tetapi Anwar tidak berani bersumpah dan sentiasa mencari jalan agar perbicaraan tidak dapat dijalankan.
Saya pernah dengar pemimpin pembangkang mendakwa pihak Saiful yang cuba menangguhkan kes. Saya nak tanya anda, siapakah yang telah beberapa kali memfailkan supaya kes digugurkan?
Kalau mahkamah dikawal oleh BN atau Najib, dah lama Anwar ditangkap begitu sahaja. Malah kes Attantuya pun boleh disabitkan kepada Anwar!
Saya percaya, majoriti rakyat Malaysia termasuk ahli PAS dan PKR meragui Anwar. Cuma faktor dendam dan sakit hati pada orang UMNO yang menyebabkan mereka membantah suara hati sendiri.
Bagaimana dengan anda?
Post a Comment