Akhirnya Demang berkesempatan membawa anak-anak ke perpustakaan negeri pada cuti sekolah kali ini. Maka sibuk lah putera-putera Demang itu mencari buku. Teruja betul melihat buku-buku yang banyak itu.
Demang lebih-lebih teruja lagi. Setelah puas membelek maka dapatlah Demang tiga buah buku bertema Melayu. Salah satunya bertajuk Takkan Melayu Hilang Di Dunia, tulisan Dr Ismail Noor & Muhammad Azaham, (tahun 2000).
Rupa-rupanya banyak lagi yang Demang tidak tahu tentang nenek moyang Demang ini. Rupa-rupanya bangsa Demang ini bangsa yang tinggi kualitinya lagi bijaksana.
Nantilah, jika berkesempatan Demang akan kongsikan.
Dalam pada itu Demang terjumpa sepotong ayat Al-Quran dalam buku tersebut:
"Hai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
"(As-Saf, 61:2)
Lantas Demang teringat betapa setiap kali pilihanraya PAS meminta rakyat mengundi mereka kerana mereka hendak menubuhkan negara Islam. Anehnya bila Demang semak rekod penyertaan PAS dalam setiap kali PRU, tidak pernah sekali pun PAS bertanding lebih daripada 1/2 kerusi yang dipertandingkan.
Padahal untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan hudud dimasukkan ke dalam perlembagaan, sesebuah parti memerlukan sokongan 2/3 ahli parlimen.
Tidakkah mereka menyatakan sesuatu yang tidak mereka lakukan?
foto hiasan:
life is a lie
What What flickr.com
3 comments:
Pas cuma nak memecah belahkan orang melayu yang mejaroti tak ramai di negeri lain yang akhir bukan melayu yang berkuasa. Kalau pas kelantan nak perintah negeri itu sampai kiamat pun tak kisah pasal semua melayu. Tapi jangan bawa ajaran agama sesat mereka ke negeri lain dan memecahkan orang melayu di sini.
Akhirnya melayu hilang kuasa politik mereka.
PERCAYA KATA ARWAH TOK AYAH AHLI PAS LAH YANG PALING RAMAI DALAM NERAKA SEBAB MEREKA CAKAP TAK SERUPA BIKIN DAN KUAT FITNAH, KEMUDIAN MEREKA INI BERSELINDUNG DSEBALIK EKOR SERBAN.
Mana komen aku td?? Harap ko approve la.. Demokrasi la sket..
Post a Comment