Nampaknya Anwar memang banyak muslihat. Licik, kata orang. Semalam Anwar menggunakan 'lubang halus' dalam sistem parlimen bagi mengkhianati pilihan majoriti rakyat Malaysia.
Tidak bolehkah Anwar menunggu PRU13 untuk melaksanakan cita-citanya secara 'anak jantan'? Apa Anwar takutkan? Saiful? Berani kerana benar, bro.
Dalam PRU 12, meskipun merosot sedikit (lihat kerusi parlimen), BN masih menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. Adakah Anwar cuba menyanggah kenyataan itu? Kenapa dalam soal ini Anwar tidak berpegang pada prinsip dan semangat demokrasi yang dilaung-laungnya?
Nampaknya Anwar tak habis-habis ingin menggunakan pintu belakang bagi memuaskan nafsu politiknya. Rakyat belum lupa isu 16 September apabila Anwar cuba membeli ramai ahli parlimen BN bagi membolehkan beliau menjadi PM!
Dalam kes semalam, budget 2010 sudah dibentang pada rakyat dan sedia untuk dilaksanakan. Namun secara teknikalnya perlu diluluskan pada bacaan terakhir di parlimen. Itulah sebabnya ramai wakil rakyat yang alpa sebab keadaan begini tidak pernah berlaku.
Dalam hal ini Demang juga marah pada wakil rakyat BN yang tidak hadir itu. Sepatutnya mereka membatalkan atau menangguhkan semua program lain. Walaupun program-program tersebut berkaitan rakyat, namun menghadiri sidang parlimen adalah tanggung jawab terhadap rakyat yang tak kurang penting.
Sebenarnya, dalam keadaan normal wakil rakyat pembangkang lah yang lebih ramai ponteng. Itulah sebabnya Nazri Aziz segera menghidu sesuatu yang buruk apabila melihat ramai pemimpin pembangkang yang menunggu di parlimen semalam. Padahal sebelum ini batang hidung merekapun tak nampak apabila nak dilakukan pengundian!
Anwar memang licik!
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
3 comments:
Kata-kata Demang itu ada betulnya, jika lihat pembentangan parlimen sebelum ini, ramai AP BN memonteng. Boleh dilihat banyak kerusi di parlimen di sebelah BN kosong. Jadi selepas ini diharap semua ahli AP BN diwajibkan menghadiri sidang parlimen dan perlu batalkan segala agenda yang tidak penting. Kecuali atas sebab-sebab keuzuran.
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
UMNO sepatutnya tidak boleh pandang enteng dlm keadaan politik yg nampak reda. PM selaku pengerusi BN seharusnya perlu lebih tegas dan perlu dlm keadaan proaktif dgn kelicikan politik si anvar. Dlm keadaan parti komponen pun bergolak, BN bukanlah dlm keadaan selesa lagi.
Bro, itulah kebenaran yang perlu dilihat oleh kepimpinan yang dipilih rakyat...... kita semua tahu kelicikan pemikiran Anwar dalam perkara-perkara sebegini..... tetapi mengapa masih ada juga MP-MP BN yang lalai dan alpa......
Post a Comment