Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, December 2, 2009

Guru, pensyarah didik pelajar benci kerajaan


Semasa Demang menjadi guru pelatih dulu, seorang pensyarah menceritakan betapa anaknya tidak boleh menerima tegurannya terhadap satu fakta hanya kerana fakta tersebut diberikan oleh guru sekolahnya. Puas pensyarah tersebut cuba memahamkan anaknya yang ketika itu di sekolah rendah, namun murid tersebut tetap mempertahankan gurunya, meskipun fakta tersebut salah.

Demikianlah betapa kuatnya pengaruh guru terhadap murid. Namun adakah semua pendapat guru itu betul? Bagaimana jika guru tersebut telah didoktrinkan bahawa penyokong UMNO itu kafir? Apakah tidak mungkin fahaman itu akan terbawa-bawa ke dalam kelas atau bilik kuliah?

Dalam sibuk kita memperkatakan BTN cuba kita lihat pula di sekolah, kolej, dan universiti. Tidak adakah penjawat awam yang menyokong pihak pembangkang? Bolehkah mereka memisahkan politik daripada pengajaran mereka? Atau mungkinkah fahaman politik kepartian turut diserapkan kepada murid-murid samada secara langsung atau tidak langsung?

Bolehkah tenaga pengajar yang kuat menyokong pembangkang menyampaikan idea dan konsep 1 Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri yang merupakan pemimpin yang mereka benci?

Bagaimana sorang guru mahu menerapkan sikap menghormati pemimpin negara jika guru itu sendiri membenci pemimpin negara?

Demang rasa amat wajar pihak kementerian menyemak semula di sekolah, kolej, dan universiti takut-takut terdapat ramai kalangan mereka merupakan penyokong pembangkang. Jangan lupa untuk memeriksa juga para pegawai di kementerian pelajaran sebab mereka itu berpotensi mendoktrin orang bawahan dan para pelajar untuk membenci kerajaan pusat yang sedang memerintah.

Jika kolej di bawah kerajaan negeri mesti mematuhi arahan kerajaan yang memerintah negeri tersebut, kenapa sekolah, kolej, dan universiti di bawah kerajaan pusat dikecualikan daripada patuh dan taat pada kerajaan yang memerintah di peringkat pusat?

Demang cuma mahukan keadilan.
terkini: kerajaan komunis Pulau Pinang pula haramkan BTN.

foto hiasan:
0512 0710 0116 5959 jpg
100 x 69 | 38k
school-clipart.com

6 comments:

PR Bangsat said...

Saya setuju sangat dengan Demang. Saya pun bengang tengok pensyarah-pensyarah ni membalas kedudukan yang diberi oleh kerajaan dengan cacian dan sabotage.

Kalau tak suka kerajaan, maknanya kalian tak suka kepada majikan anda. Pekerja yang tak suka kepada majikan yang bayar gaji dan elaun mereka seeloknya digelar pengkhianat.

Oleh itu, sila sain notis berenti kerja 24-jam. Berani?

HOLIAW said...

antara pemimpin muda mereka yg ada sekarang adalah hasil keluaran PASTI 15-20 thn dulu yg telah ditanamkan semangat anti kerajaan dengan memijak gambar Tun Mahathir semasa didalam kelas PASTI.Lihatlah hasilnya sekarang...

Sy sokong PR Bangsat..mana2 kakitangan kerajaan yg x suka pada majikan mereka ..yg menjadi pengkhianat..berenti sahajalah..jgnlah bg anak isteri kamu makan tahi..
podaachitss!! ckp tara srupa bikin..hipokrit..

HOLIAW

HORMAT GURU said...

AGAK - AGAK KENAPA GURU DAN PENSYARAH MENYOKONG PEMBANGKANG. ITU YANG SEPATUTNYA DILIHAT.

guru malaysia said...

salam.
diorang bukan tak suka pada kerajaan, tapi pada umno bn. tu je. relax la, beb. jangan emosi.
cikgu tu pun cite kebenaran, bukan rekaan. yang kerajaan bayar gaji tu pada cikgu dan pensyarah, agak2 amik duit mana, duit umno ke?

YANG GAMBI said...

Salam, kawan setuju sangat dengan Demang........ boleh dikatakan seluruh IPTA di Malaysia ada spesis macam ni, mereka rasakan dah terlalu bijak....

Walau pun bukan duit UMNO bayar gaji dia orang, tetapi Kerajaan UMNO-BN yang membolehkan dia orang ada tempat cari makan...... tak pilih bulu pun... kalau tak tunggu sahaja pembangkang memerintah baru masuk kerja.... sementara ni berambuslah dulu dari tempat dia orang cari makan....

INilah jenis Melayu yang tak sedar diri....

Anonymous said...

Salam,
Memang sekarang ramai guru-guru
melayu khasnya menyokong pembangkang tapi kebanyakannya yang muda-muda.Mengajar tak seberapa tetapi hendak gaji banyak.Lihatlah sekarang mengapa ramai murid-murid tak tahu membaca.Orang melayu asyik dengki dengan kekayaan orang lain tanpa hendak membaiki diri sendiri.Sering hendak menjatuhkan sesama sendiri.Apa salahnya adakan perpaduan Umno dan Pas.Jika ada kepincangan perbetulkan.Ini tidak, sibuk dengan agenda membalas dendam.Yang rugi,anak-anak melayu juga.Anak-anak saya dan anak-anak anda sekalian.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)