Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, December 24, 2009

Naib Presiden DAP dan Kontrak Sosial

lihat gambar ini baik-baik. Cam?

Adakah anda pernah dengar nama Tunku Abdul Aziz Ibrahim? (sila bezakan antara ’tunku’, ‘tungku’, dan ’tunggul’. Jika kurang jelas, rujuk Kamus Dewan).

Mari baca kenyataan tungku ini yang Demang kutip daripada http://dappg.org/1935/btn_20091213a/#more-1935:

” Konsep Ketuanan Melayu dan kontrak sosial adalah merupakan satu helah politik parti pemerintah untuk kekal berkuasa.”

Demang tak perlu pertikai kenyataan di atas kerana beliau adalah naib presiden DAP. Jadi sudah tentulah tungku ni akan berkata apa-apa sahaja agar dikekalkan oleh pengundinya dalam pemilihan parti akan datang. Takkan lah naib presiden DAP nak pertahankan perjuangan UMNO.

Kata tungku itu lagi;

“Jika adapun apa yang dipanggil kontrak sosial, ia tidak ada kena mengena dengan hak istimewa Melayu, tetapi ia merupakan rangka untuk melindungi rakyat.”

Ha, kenyataan kedua ini Demang agak terkejut. Demang tidak tahupun bahawa ada pemimpin DAP yang terlibat sebagai tenaga penggerak BTN. Hal ini kerana kenyataan tersebut ‘sama sebijik’ macam yang sering dinyatakan oleh tenaga penggerak BTN bahawa kontrak sosial bukan hanya untuk orang Melayu sebaliknya untuk semua penduduk Tanah Melayu yang bersetuju menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bagi yang tidak bersetuju, bolehlah angkat kaki ke mana-mana negara!

Benarkah kontrak sosial itu ada? Terpulanglah anda nak percaya atau tidak tetapi Demang nak tanya: adakah anda fikir Perlembagaan Persekutuan 1957 itu jatuh dari langit? Menafikan kontrak sosial samalah dengan mengatakan bahawa perlembagaan negara kita dibina tanpa sebarang asas atau tidak mengambil kira manusia-manusia yang hidup ketika itu.

Jika anda masih menafikan tentang kontrak sosial, terpulanglah. Namun tolong hormati perkara-perkara yang tercatat dalam perlembagaan negara kita. Kalau tidak pernah baca perlembagaan, belilah di mana-mana kedai buku pada harga RM10 sahaja!

Hmm... Demang mula syak yang Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebenarnya ’orang kita’ yang disusupkan ke dalam DAP. Rasanya begitu. Jika telahan Demang itu tidak benar, maka beliau bukanlah ’tunku’ tetapi sekadar ’tungku’ ataupun ’tunggul’.

Berikut adalah komen yang Demang tinggalkan dalam blog tersebut:

”Saya setuju bahawa kontrak sosial bukan semata-mata untuk orang Melayu sebaliknya bagi menjaga kepentingan semua orang yang bersetuju menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu (sebelum disebut Malaysia).

Semangat dan initipati kontrak sosial tersebut dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3 (Islam dan kedudukan agama lain), Perkara 14 (kewarganegaraan sebagai keistimewaan yang diberi kepada bukan Melayu), Perkara 152 (kelanjutan bahasa Melayu sebagai lingua franca sejak kesultanan Melaka), Perkara 153 (tanggungjawab YDAgong menjaga hak orang Melayu/bumiputra dan keistimewaan orang bukan Melayu. Lihat (1) pada ayat: ... dan kepentingan sah kaum-kaum lain...

Saya juga melihat bahawa Tunku Abdul Aziz sependapat dengan BTN dalam hal ini iaitu kontrak sosial bukan hanya untuk orang Melayu sebaliknya memberi keistimewaan kepada kaum yang tidak berakar umbi di sini. Saya sudah banyak kali menulis hal-hal begini dalam blog saya (http://waadat.blogspot.com) maka tidak perlulah saya ulang lagi di sini.

Berkenaan komen tentang Satu Malaysia, saya lihat ianya hanyalah satu lontaran umum tanpa memperdulikan garis panduan yang telah dikeluarkan pejabat DS Najib sebelum ini. Namun saya faham, bagi mengambil hati pembangkang, baik Tunku Abdul, Noraini, mahupun Yeoh sudah cuba untuk menjadi pembentang yang baik. Semoga elaun ceramah mereka dapat dibayar tepat sebagaimana dijanjikan.”

foto hiasan:
TungkuCandiroto jpg: tungku.or.id

2 comments:

C L J said...

3 stooges - ke 3 stools sama lah tu kot:

1. Pas = Putar belit masaalah ugama Islam sambil membakar sebahagian Melayu yang tak berfikir panjang laaaaa.

2. DAP = Dok putar belit fakta sensasi orang cina sambil tempiaskan ia kepada kaum India. Habis cerita mereka membohongi Fakta.

3. PKR = Dok putar belit kebenaran membakar sensasi semua kaum dan penganut ugama ugama selain Islam untuk buat mereka salah faham tentang Islam dan benci kepada Islam.

Persoalan:

Apa nak jadi.
Bila perkara ini boleh menemui penyelesaian.

Cadangan Tindakan:

...........
................
...................

Rumusan:
......................
Kalau tidak huru haralah bakal mendatang. Relakah kita.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Cepat sungguh masa berlalu tak lama lagi sekolah akan bermula semula.

DAP ni nak main dengan API. Orang Melayu (dari main stream) memang Baik dan Diam. Tapi janganlah fikir kami akan baik dan diam jika DAP keterlaluan.

Terbaru Lim Kit Siang mahu MALUkan pemimpin Negara kita, Tun M dengan tulisan Mat Salleh hingga mahu inquiry.

Macamlah Lim Kit Siang baik sangat. Waliyazubillah, di pagi Jumaat ini, tak tahu apa akan jadi pada Malaysia dan Orang Melayu jika kuasa jatuh ke tangan manusia macam ni. Mungkin bercantum dengan Singapore agaknya.

Ada juga orang Melayu yang tak sedar diri juga lagi hanya kerana nak kuasa dunia. Belum tentu pun tahu mentadbir negara kalau dapat kuasa! Perasaan sahaja pandai.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)