Penulis: Anwar Ibrahim
Tajuk: Memperkasa Sistem Pendidikan Negara
Monday, 20 February 2012 16:30 12 Jun 2009
Ucaptama yang saya sampaikan bersempena Wacana Pendidikan Rakyat pagi tadi antara lain menyentuh kelemahan ketara sistem pendidikan yang mengakibatkan ramai pelajar tercicir dari arus pembangunan.
Pendidikan yang seharusnya menjadi wahana penting buat rakyat keluar dari bahaya kemiskinan, rupa-rupanya masih gagal walau sudah puluhan tahun merdeka.
Tatkala saya memimpin gerakan mahasiswa dahulu, antara teks yang menjadi rujukan adalah karya Paulo Freire, “Pedagogy of The Oppressed,” satu analisis tajam pemikir asal Brazil ini bersangkutan dasar pemerintah yang berterusan memastikan rakyat terkongkong melalui pendidikan. Dasar digarap sedemikian rupa agar mereka yang berkuasa tetap rakus bertakhta tanpa pertanggungjawaban kepada rakyat.
Tiadanya kebebasan akademik tambah memburukkan keadaan. Pelajar dan pengajar dimomok-momokkan dengan segala macam hukuman sehingga membantutkan proses pembelajaran yang memerlukan pemikiran kritis sebagai pemangkin. Budaya ampu disangga dan melarat ke seluruh pembentukan peribadi setiap dari kita. Ketakutan pula diterima sebagai satu norma biasa masyarakat.
Agenda Pendidikan Nasional yang baru mestilah mengikis barah yang disebut tadi. Dunia akademik, baik pengajar dan pelajar, mestilah berani mendepani persoalan dan menjadi jurubicara rakyat.
Usaha mestilah dijana bagi memecahkan kebuntuan kebobrokan sistem kehakiman, rasuah yang bermaharajalela dan kemunduran pendidikan. Kita tidak boleh sama sekali mengkhianati amanah ini. Terkesan sekali karya The Opium of the Intellectuals karya Raymond Aron ketika ini.
Tahun 1955 apabila buku ini diluncurkan, penulisnya mahu memecahkan tiga mitos yang menyebabkan trahison des clercs (pengkhianatan kaum intelektual).
Saya kini meminjam wacana tersebut, berhasrat merobohkan tiga pembohongan yang dilemparkan kepada Keadilan; kononnya mengabaikan kemaslahatan umat Melayu, Islam dan derhaka kepada Raja. Nah sekarang sebenarnya siapa yang mengabaikan umat Melayu dan Islam?
Kekayaan beredar di kalangan mereka menyebabkan kebanyakan orang Melayu kekal dalam kemiskinan manakala Bahasa Melayu terus diinjak-injak.
Kerakusan untuk terus berkuasa membuatkan mereka memperkudakan institusi kehakiman dan keadilan walaupun ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan syariat. Hakim-hakim yang tegas serta berani diketepikan, membuka ruang kepada mereka yang sedia menjadi pak turut.
Sampai sekarang rakyat tidak pasti apakah tindakan susulan yang bertanggungjawab terhadap kes VK Lingam. Manakala rakyat pastinya tidak melupakan penghinaan yang dilemparkan umno bn terhadap Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 itu. Mitos dan fitnah jahat penguasa ternyata tidak lagi ampuh membohongi rakyat....
ANWAR IBRAHIM
Apa benda dia tulis ni? Dia tahu tak Falsafah Pendidikan Negara?
Berikut adalah Falsafah Pendidikan Negara atau Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras pendidikan di Malaysia:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Anwar yang pernah jadi Menteri Pendidikan dulu takkan lah tak tahu falsafah tersebut.
Atau Anwar nak kata para guru tak jalankan tanggungjawab yang sepatutnya?
Terus terang, hati para pendidik pasti terluka dengan kenyataan tersebut. Seolah para guru tak buat kerja.
posted from Bloggeroid
5 comments:
Tong kosong pun ada gune... tapi kelenTONG Nuar Al-Al-Juburi satu pun tak pernah betul.....
Sebenarnya dialah hantu yang banyak memomokkan rakyat dengan autanya.Anwar...EMPTY VESSEL MAKES THE MOST NOISE....UDAHLAH TAK PENAT2 KE MENIPU DAN MENGELENTONG RAKYAT.PLSE AGE GRACEFULLY.TAK ADA RASA MALU KE CUCU CICIT TENGOK PERANGAI ANDA MACAM DAH SASAU DEK KERANA NAK JADI PM. MENJADI MANUSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB PUN ADALAH MULIA.
Kan dia bapak kroni rasuah dan macam-macam lagi.Masa dia menteri pendidikan dulu apa yang dia buat.Kelentong punya manusia.
Anwar tak payahlah bagitau kat orang ketaksubannya pada teori pendidikan barat. Pakar2 pendidikan kita tahu teori tu tapi tak lah merujuk pada barat shaja macam anwar. Alghazali dan sebagainya turut dijadikan rujukan termasuk sunnah Rasulullah.
ambo harap nwar hantar anakcucu dia belajar di negara yg berideologikan apa yg dia iktiraf tu.
bagi nwar, pendidikan di malaysia gagal menjadikan kesemua rakyat membangun spt puak2nya dlm pgayr!!
tidakkah keterlaluan bila nwar tidak cuba memasukkan idea2 yg dia utarakan ni semasa dia menjadi menteri pelajaran dulu!!???
Post a Comment