PERKASA yang selama ini dituduh rasis cuba menolak persepsi tersebut dengan cara mengagihkan angpau kepada hadirin berbangsa cina dalam satu majlis.
Namun niat baik tersebut bertukar menjadi insiden memalukan apabila terdapat pihak yang mendakwa tindakan PERKASA menggunakan SAMPUL PUTIH mencemar adat dan budaya masyarakat cina.
Maka ramailah yang mengejek dan mencela PERKASA kerana tidak prihatin dengan budaya kaum lain. Ramai juga yang menempelak PERKASA kerana tidak membuat kajian tentang budaya cina terlebih dahulu.
Soalnya, adakah orang yang menuduh PERKASA tidak membuat kajian budaya cina itu ada membuat kajian sebelum menuduh PERKASA?
No comments:
Post a Comment