Semalam Demang menulis tentang rahsia blogger memanipulasi ruang komen supaya blog nampak gah dan hebat.
Demang bukan nak mengajar orang membina blog apatah lagi untuk mengajar blogger berblog. Mengajar itik berenang itu kurang ajar namanya.
Cuma Demang nak berkongsi pengalaman dengan pengikut blog beberapa temberang penganut sosialis yang berlindung di sebalik topeng blogger.
Sebenarnya sosialis pun masih berupa topeng sebab ada agenda lain yang mereka perjuangkan.
Ya. Mereka memperjuangkan kebebasan tanpa sempadan.
Idea menulis artikal semalam timbul apabila Demang terbaca sebuah blog 'popular' tetapi baru semalam Demang jumpa.
Menariknya blog tersebut ialah untuk satu posting sahaja terdapat hampir 200 komen.
Betul ke komen pengunjung? atau..? Lihat artikal Demang sebelum ini berkenaan rahsia di sebalik komen Blogger.
Apa isu dalam blog tersebut?
Ha ha ha. Dalam mengisi ruang blog apa isu pun tak kesah. Yang penting perlu ada ciri-ciri berikut:
1. Isu yang ramai orang suka.
2. Isu yang ramai orang benci.
Sebagai blogger tidak perlu tamak untuk mengambil hati semua pihak. Ertinya blogger perlu berpihak. Blogger atas pagar agak sukar mencapai populariti dan akhirnya dilihat sebagai tiada pendirian.
Berbalik pada blogger tersebut beliau memanipulasi satu isu iaitu isu perniagaan Multi Level Marketing atau MLM.
"Bijak, memang bijak."
Maksud Demang blogger itu memang bijak menyusun buah dam. Dia sorong satu, dia balas tiga.
Demang nak tanya, jika anda mahu memulakan blog, posisi yang manakah yang paling seronok? Menyokong atau menentang?
Kalau anda menulis blog yang menyokong MLM maka hanya anda dan leader-leader syarikat MLM sahaja lah yang akan menyokong anda. Selebihnya ialah ahli syarikat MLM yang baru mendaftar.
Sebaliknya jika anda mengambil kedudukan menghentam MLM percayalah, blog anda akan meletup dalam masa yang singkat. Hal ini kerana dalam MLM lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya.
Dalam dunia pun begitu.
Maka sebagaimana teori Demang, blogger tersebut mengambil posisi menghentam MLM.
Blogger tersebut tahu, ramai yang gagal dalam MLM bukanlah gagal percuma sebaliknya gagal setelah usaha, tenaga, dan wang ringgit dilaburkan yang akhirnya terlebur.
Nah! Blogger tersebut cuma perlu ungkit semula kekecewaan yang mereka alami dengan ditambah pengalaman kekecewaan beliau sendiri.
Kenapa beliau berblog?
Sebenarnya soalan tersebutlah yang patut ditanyakan awal-awal. Untuk popular, untuk wang, atau untuk lain? Ataukah ada agenda tersirat?
Jika anda temui blog yang menentang MLM tersebut anda akan baca bahawa yang dihentam ialah sistem piramid.
Kenapa marah sangat dengan skim piramid? Bukankah semua perniagaan menggunakan sistem piramid? Justeru apa nak dihairankan dengan MLM?
Itu sebabnya Demang kata blogger tersebut bijak. Nampak seolah dia menembak MLM tapi sebenarnya yang cuba dijatuhkan ialah kerajaan.
Setelah kerajaan tumbang maka ada satu lagi yang akan punah. Ia lebih besar dari sebuah kerajaan.
Bukankah semua organisasi termasuk kerajaan berasaskan sistem piramid? -Termasuklah pertubuhan agama.
Bahkan jika kita perhatikan perjuangan Islam juga didokong sistem piramid.
Sistem piramid adalah fitrah manusia.
Dalam Islam jika kita bertiga maka perlu dilantik seorang ketua. Itu adalah asas piramid.
Dalam perniagaan terdapat seorang pengeluar. Di bawahnya ada beberapa pemborong dan setiap pemborong ada ramai peruncit.
Bukankah itu juga piramid?
Salah usahawan MLM jugak. Nak berkempen pun agak-agak lah. Janganlah dakwa yang bukan-bukan. Dari segi matematiknya memang lah logik namun kenyataannya ia tak akan berlaku. Sama macam janji Anwar Ibrahim nak tubuh kerajaan 16 September atau mimpi PAS nak tubuh negara Islam bersama DAP.
Berbalik pada blog yang menghentam skim piramid tadi Demang khuatir sampai satu peringkat bukan sekadar kerajaan yang nak ditumbangkan bahkan seluruh institusi termasuk agama.
Hal tersebut tidak mustahil memandangkan dalam pertubuhan agama juga diletakkan ketua di puncak piramid serta diberi pelbagai kemudahan dan keistimewaan.
Kemudahan dan keistimewaan adalah impian semua orang maka di situ terdapat banyak isu yang boleh dimanipulasi.
Jika anda mahu bikin blog yang popular maka di situ juga terdapat peluang untuk anda bermain.
Sanggup?
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment