Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Showing posts with label panduan blogger. Show all posts
Showing posts with label panduan blogger. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Rahsia blogger popular dibongkar




Semalam Demang menulis tentang rahsia blogger memanipulasi ruang komen supaya blog nampak gah dan hebat.

Demang bukan nak mengajar orang membina blog apatah lagi untuk mengajar blogger berblog. Mengajar itik berenang itu kurang ajar namanya.

Cuma Demang nak berkongsi pengalaman dengan pengikut blog beberapa temberang penganut sosialis yang berlindung di sebalik topeng blogger.

Sebenarnya sosialis pun masih berupa topeng sebab ada agenda lain yang mereka perjuangkan.

Ya. Mereka memperjuangkan kebebasan tanpa sempadan.

Idea menulis artikal semalam timbul apabila Demang terbaca sebuah blog 'popular' tetapi baru semalam Demang jumpa.

Menariknya blog tersebut ialah untuk satu posting sahaja terdapat hampir 200 komen.

Betul ke komen pengunjung? atau..? Lihat artikal Demang sebelum ini berkenaan  rahsia di sebalik komen Blogger.

Apa isu dalam blog tersebut?

Ha ha ha. Dalam mengisi ruang blog apa isu pun tak kesah. Yang penting perlu ada ciri-ciri berikut:

1. Isu yang ramai orang suka.
2. Isu yang ramai orang benci.

Sebagai blogger tidak perlu tamak untuk mengambil hati semua pihak. Ertinya blogger perlu berpihak. Blogger atas pagar agak sukar mencapai populariti dan akhirnya dilihat sebagai tiada pendirian.

Berbalik pada blogger tersebut beliau memanipulasi satu isu iaitu isu perniagaan Multi Level Marketing atau MLM.

"Bijak, memang bijak."

Maksud Demang blogger itu memang bijak menyusun buah dam. Dia sorong satu, dia balas tiga.

Demang nak tanya, jika anda mahu memulakan blog, posisi yang manakah yang paling seronok? Menyokong atau menentang?

Kalau anda menulis blog yang menyokong MLM maka hanya anda dan leader-leader syarikat MLM sahaja lah yang akan menyokong anda. Selebihnya ialah ahli syarikat MLM yang baru mendaftar.

Sebaliknya jika anda mengambil kedudukan menghentam MLM percayalah, blog anda akan meletup dalam masa yang singkat. Hal ini kerana dalam MLM lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya.

Dalam dunia pun begitu.

Maka sebagaimana teori Demang, blogger tersebut mengambil posisi menghentam MLM.

Blogger tersebut tahu, ramai yang gagal dalam MLM bukanlah gagal percuma sebaliknya gagal setelah usaha, tenaga, dan wang ringgit dilaburkan yang akhirnya terlebur.

Nah! Blogger tersebut cuma perlu ungkit semula kekecewaan yang mereka alami dengan ditambah pengalaman kekecewaan beliau sendiri.

Kenapa beliau berblog?

Sebenarnya soalan tersebutlah yang patut ditanyakan awal-awal. Untuk popular, untuk wang, atau untuk lain? Ataukah ada agenda tersirat?

Jika anda temui blog yang menentang MLM tersebut anda akan baca bahawa yang dihentam ialah sistem piramid.

Kenapa marah sangat dengan skim piramid? Bukankah semua perniagaan menggunakan sistem piramid? Justeru apa nak dihairankan dengan MLM?

Itu sebabnya Demang kata blogger tersebut bijak. Nampak seolah dia menembak MLM tapi sebenarnya yang cuba dijatuhkan ialah kerajaan.

Setelah kerajaan tumbang maka ada satu lagi yang akan punah. Ia lebih besar dari sebuah kerajaan.

Bukankah semua organisasi termasuk kerajaan berasaskan sistem piramid? -Termasuklah pertubuhan agama.

Bahkan jika kita perhatikan perjuangan Islam juga didokong sistem piramid.

Sistem piramid adalah fitrah manusia.

Dalam Islam jika kita bertiga maka perlu dilantik seorang ketua. Itu adalah asas piramid.

Dalam perniagaan terdapat seorang pengeluar. Di bawahnya ada beberapa pemborong dan setiap pemborong ada ramai peruncit.

Bukankah itu juga piramid?

Salah usahawan MLM jugak. Nak berkempen pun agak-agak lah. Janganlah dakwa yang bukan-bukan. Dari segi matematiknya memang lah logik namun kenyataannya ia tak akan berlaku. Sama macam janji Anwar Ibrahim nak tubuh kerajaan 16 September atau mimpi PAS nak tubuh negara Islam bersama DAP.

Berbalik pada blog yang menghentam skim piramid tadi Demang khuatir sampai satu peringkat bukan sekadar kerajaan yang nak ditumbangkan bahkan seluruh institusi termasuk agama.

Hal tersebut tidak mustahil memandangkan dalam pertubuhan agama juga diletakkan ketua di puncak piramid serta diberi pelbagai kemudahan dan keistimewaan.

Kemudahan dan keistimewaan adalah impian semua orang maka di situ terdapat banyak isu yang boleh dimanipulasi.

Jika anda mahu bikin blog yang popular maka di situ juga terdapat peluang untuk anda bermain.

Sanggup?
posted from Bloggeroid

Wednesday, February 22, 2012

muslihat blogger terbongkar

Kelmarin seorang teman bertanya cara-cara untuk menulis di blog. Beliau rajin membaca buku dan teringin mengeluarkan semula idea melalui tulisan untuk dikongsi dengan orang ramai.

Bagus, kata Demang. Aset pertama sudah ada iaitu rajin membaca. Penulis yang tidak mahu membaca buku akan jadi seperti tong kosong. Nampak comel tapi apabila dibuka, isinya hampa dan kadang-kadang hampas.

“Ada akaun Gmail”? tanya Demang pada beliau.

“Ada”.

Maka Demang mengucapkan “bagus” yang kedua kepada beliau. Jika sudah ada Gmail maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah.

Sebenarnya menulis di blog semudah menulis SMS dan menghantarnya kepada rakan. Apatah lagi kita boleh membuat ‘posting’ hanya melalui 'handphone' sahaja menggunakan aplikasi khas yang boleh didapati secara percuma.

Malah kekadang Demang sempat ‘upload’ artikal ketika di lampu isyarat. (Jangan dicontohi).

Memiliki blog sahaja belum cukup untuk menjadikan anda blogger terkenal. Malah mungkin tidak ada langsung orang yang singgah di blog anda walaupun anda menulis dengan baik.

Taraf pendidikan, jawatan politik, kedudukan dalam masyarakat, harta kekayaan, hatta rupa paras pun bukanlah jaminan untuk menjadikan blog popular.

Hal ini kerana internet adalah sebuah lautan tak bertepi yang tiada siapa tahu berapa banyak benda di dalamnya.

Justeru anda perlu menguwar-uwarkan blog tersebut. ya, anda perlu lakukan sedikit promosi.

Ada banyak cara untuk melakukannya. Jika anda ada duit, gunakan media berbayar untuk itu. Iklankan blog tersebut di akhbar bercetak atau akhbar dalam talian. Anda boleh juga menyewa tapak iklan di blog-blog yang sudah terkenal.

Media sosial seperti Facebook dan Twetter adalah tempat terbaik mempromosi blog anda. Anda boleh mempromosi secara percuma atau dengan mengupah pihak lain melakukannya.

Malah pihak FB menyediakan perkhidmatan pengiklanan dengan kadar fleksibel. Anda boleh menentukan sasaran blog anda berdasarkan budget yang anda ada. 

Contohnya, jika anda mahu pembaca berumur 18 hingga 30 tahun yang tinggal di Melaka sahaja yang melihat iklan anda maka anda cuma perlu melakukan sedikit ketetapan dalam ruang yang disediakan.

Kalau ada wang semua kerja menjadi senang. Namun jika tiada budget anda masih boleh melakukannya sendiri dengan memperuntukkan tambahan masa. 

Namun biasanya hanya blog atau web komersial sahaja yang menggunakan iklan berbayar. Jika anda berkreatif dalam blog yang tidak bersifat keuntungan maka lebih sesuai gunakan kaedah percuma.


Satu cara terbaik ialah meletakkan link blog orang lain dan meminta blogger tersebut turut melakukan perkara yang sama. 

Gunakan tools ‘bloglist’ yang disediakan Blogspot. Jangan buat sebaliknya iaitu meminta orang lain buat link terlebih dahulu. Itu boleh dianggap kurang sopan dan boleh menyinggung perasaan blogger berkenaan terutama blogger yang perasan.

Anda juga boleh membentuk atau menyertai komuniti blogger bagi bantu-membantu dalam urusan promosi. Buat satu ‘bloglist’ untuk diisi link-link rakan blogger yang lain mengikut kategori mereka.

Biasanya blogger akan bantu-membantu apabila terdapat persamaan pemikiran terutama dalam politik. Jika anda cenderung pada kerajaan maka tidak perlulah meminta blogger pembangkang meletakkan link blog anda. Namun ada juga yang melakukannya terutama jika blog tersebut amat popular.

Satu lagi alat yang disediakan penyedia Blogspot ialah medan ‘Follower’. Alat ini membolehkan pembaca mengikuti blog anda secara berterusan. Macam pembaca setia lah. Samada mereka benar-benar ‘follow’ itu perkara kedua.

Untuk memanafaatkannya pun sama seperti ‘bloglist’ tadi. Anda perlu bekerjasama dengan blogger lain. Jika anda rajin menjadi ‘follower’ pada blog lain maka blogger lain biasanya akan membalas budi anda itu.

Dikatakan, semakin banyak ‘follower’ maka semakin popular lah blog tersebut. Benar atau tidak biarlah masa menentukannya.

Ruang yang tak kurang pentingnya dalam blog ialah ruang komen. Demang nak tekankan sikit tentang itu.

Di ruangan komen para pengunjung boleh memberi respon terhadap artikal anda. Sebagai blogger (tuan rumah) anda diberi kuasa untuk menentukan siapa yang boleh memberi komen dan bagaimana bentuk komen tersebut.

Anda berhak menghalang dan membuang apa sahaja komen yang ditulis di situ. Malah jika anda tidak mahu sebarang komen pun boleh!

Ruang komen juga menggambarkan populariti blog tersebut.

Oleh kerana ruang komen ini dibaca oleh semua pengunjung sebagaimana artikal yang anda tulis maka anda perlu mengawasinya baik-baik. Sesetengah blogger memanipulasi ruang komen dengan bijak dan menjadikannya sebagai strategi untuk meningkatkan populariti.

Jika anda gagal mengawal ruang komen maka blog anda amat berisiko tinggi. Malah anda boleh disaman hanya kerana komen yang ditinggalkan di situ; walaupun ia ditulis oleh orang lain.

Hal ini kerana anda mempunyai 'pegangan' (kuasa penuh) terhadap blog anda sendiri termasuk ruang komen.

Sebenarnya ada blogger yang menulis sendiri komen menggunakan nama samaran bagi memuji, mengeji, atau membuat provokasi supaya menampakkan betapa blognya diminati ramai dan terkenal.

Ada 5 kategori penulis komen mengikut klasifikasi Demang:

1) Blogger Aktif, iaitu seseorang yang mempunyai blog dan aktif dengan blog tersebut. Anda boleh klik pada namanya (di sebelah komen beliau dan seterusnya anda akan dibawa ke bahagian profile. Klik pada blog yang dimiliki blogger tersebut dan anda akan dibawa ke blog beliau.

Jika berjaya maka komen tersebut boleh dipertanggung jawabkan pada penulisnya. Ertinya, tiada penipuan atau penyamaran.

2) Tukang Komen Bernama, iaitu orang yang mempunyai akaun blogspot dan masih dianggap blogger. Namun mereka tidak menyiapkan blog tersebut atau sekadar membuka blog bagi mendapatkan status Blogger. Dengan lesen tersebut mereka bebas memberi komen.

Kadang-kadang blogger blog tersebut menggunakan taktik ini dengan menyamar sebagai orang lain dan memberi komen yang menguntungkan dirinya.

Ada blogger yang membuka 5-6 akaun untuk tujuan itu.

3) Tukang Komen Tak Bernama (Anon), iaitu penulis komen yang menulis komen tanpa perlu memperkenalkan diri. Pengomen kategori ini sebenarnya hampir sama status dengan pengomen kategori (2) tadi namun beliau lebih jujur.

Demang katakan jujur sebab sekurang-kurangnya dia tidak cuba menyamar. Awal-awal lagi kita dah boleh 'reject' pendapatnya.

4) Bernama Tidak Berdaftar, iaitu pengomen yang menulis namanya secara manual walaupun tidak berdaftar dengan Google. Pengomen ini boleh dipercayai selagi beliau masih bersopan santun dan jujur. Namun dia berpotensi untuk masuk kategori (3) atau (5).

5) Penyamar iaitu menggunakan nama orang lain. Blog Waadat pernah dikomen oleh seseorang yang menggunakan nama Papagomo. Mujur Papagomo cepat-cepat hubungi Demang dan menjelaskan perkara sebenar.

Untuk mengetahui samada pengomen tersebut blogger sebenar atau penyamar ialah dengan cara klik pada nama pengomen tersebut. Jika apabila anda klik dan terus dibawa ke blog tersebut, maka kemungkinan besar itu adalah PENYAMAR. Hal ini kerana jika beliau adalah blogger sebenar, anda akan dibawa ke tetingkap 'profile' terlebih dahulu.

Jika ditanya pada Demang pengomen mana yang paling tidak boleh dipercayai maka Demang akan jawab yang nombor (2). Hal ini kerana pengomen nombor (2) adalah penyamar yang cuba menipu identiti.

Namun jika Demang ditanya tentang strategi bagi menggalakkan pengunjung dan meningkatkan populariti maka strategi ini boleh digunakan.

Selamat berblog. Hanya yang asli.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)