Tuesday, March 13, 2012

Kecelaruan gender



Beberapa hari lalu 'kita' menyambut Hari Wanita.

Demang bukan anti imansipasi wanita namun jengkel dengan sikap sesetengah pihak dan individu yang keterlaluan dalam memperjuangkan hak wanita.

Sememangnya wanita ada kedudukan istimewa dalam Islam. Allah taala bukan sahaja mentakdirkan wanita sebagai tempat bersemayamnya janin sebelum menjadi manusia sebenar bahkan melantik wanita sebagai pengasuh yang sempurna.

Kedatangan Islam banyak memperbetul semula keadaan sosial masyarakat. Wanita diberi pengiktirafan dalam rumah tangga dan dinyatakan hak-hak sebagai isteri dan bukan sebagai objek pelampias nafsu lelaki semata-mata.

Apapun, secara fitrahnya wanita tidak akan sama dengan lelaki. Menyamatarafkan wanita dengan lelaki merupakan tindakan yang menyalahi fitrah serta kejadian manusia.

Hasilnya kehebatan manusia turun setakuk ke bawah daripada sepatutnya.

Justeru Demang amat terkilan apabila ada sekolah yang melantik ketua murid daripada kalangan pelajar perempuan. Ia adalah perlanggaran hak asasi manusia yang tidak boleh dimaafkan.

Alasan bahawa tidak ada pelajar lelaki yang layak hanyalah akan menambah aras kebodohan pihak berkenaan kerana mereka sendiri yang bertanggung jawab membina bakat kepimpinan pelajar.

Sepatutnya usaha memilih, membimbing, dan melatih bakal pemimpin sudah dimulakan sejak di prasekolah.

Malangnya bahagian pentadbiran di sekolah sendiri kebanyakannya dikuasai wanita. Sudahlah begitu, memangpun majoriti guru terdiri kalangan wanita.

Makanya para guru dan wanita ini melayani pelajar lelaki sama seperti pelajar perempuan; suatu kebodohan yang sukar dimaafkan.

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. selagi guru wanita melebihi guru lelaki di sekolah selagi tu masalah displin sekolah tak selesai...budak2 lelaki bukannya takut kat guru perempuan...lagi seronok ada...

    ReplyDelete
  2. tapi aku rasa cikgu pompuan lg bagos dari cikgu laki. cabul, rogol dan ambik kesempatan kat murid pompuan depa reti r.

    bapa prihatin

    ReplyDelete
  3. Klu guru pompuan lbh ramai, tak apa. Yg penting ketua spt pengetua/GB n GPK mesti lelaki.

    Kes rogol & cabul yg pernah berlaku tak sampai 1% pun. Apapun keprihatinan 'bapa prihatin' mesti diambil perhatian dan perlukan langkah pencegahan.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.