Tuesday, March 13, 2012

Pelakon perlekeh polis dan rakyat Malaysia



Malam tadi Demang layan konsert lawak di Astro. Maka wang RM15 pun bertukar tangan.

Apapun rakaman yang dibuat di Istana Budaya yang menampilkan pelawak dan 'pelawok' hebat tersebut memang menarik.

Berbaloi jugak la budak-budak U yang hadir dengan membelanjakan wang PTPTN mereka untuk tiket sehingga RM200 itu.

Bagi Demang, Johan dan Zizan memang mantap. Aflin Shauki dan Harun Salim Bachik juga tidak kurang hebatnya.

Demang tertarik dengan Harith Iskandar yang selama ini menampilkan 'lawak bodoh' rupa-rupanya ada bakat juga dalam 'One Man Show'.

Agaknya sebelum ini beliau bekerja dengan orang yang salah. Ertinya, orang lain lah yang salah.

Kemampuan Harith Iskandar berbicara terus menerus dalam pelbagai topik memang memikat. Demang dapat rasakan para penonton tak kering gusi ketawa. Tambah-tambah lagi penonton daripada Singapura.

Maklumlah, Harith Iskandar tak habis-habis memuji rakyat Singapura yang amat bertamadun. Malah orang Malaysia pun ikut ketawa apabila Harith Iskandar menyindir rakyat Malaysia yang masih terperuk dalam budaya kolot dan tidak faham undang-undang.

Nabil yang menjadi host pun ketawa terbahak-bahak. Maklumlah, sejak jadi orang terkenal ni maka kualiti diri pun dah rasa meningkat. Maka tak salah la Nabil pun ikut ketawa mendengar idolanya memperlekeh rakyat Malaysia.

Nabil perlu ketawa agar orang tahu bahawa dia faham Bahasa Inggeris. Hal ini kerana Harith Iskandar menggunakan bahasa tersebut lebih 70% dalam jenakanya.

Sambil ketawa Nabil sempat menyindir guru Bahasa Inggeris sekolah kerajaan yang dikatanya 'bagus'.

Harith Iskandar yang lebih dikenali sebagai pelakon iklan mula 'terkenal' melalui sitcom 'Jangan Ketawa' suatu ketika dulu.

Perlu diingat bahawa 'terkenal' tidak sentiasa bermaksud bagus. Di kampung Demang dulu antara individu yang amat terkenal ialah seorang pakar pecah rumah!

Kebanyakan anak muda mungkin tidak sempat menonton sitcom 'Jangan Ketawa'. Sesuai dengan tajuknya, memang kita rasa nak terajang saja sesiapa yang ketawa menonton siri tersebut.

Dalam rancangan yang Demang tonton semalam Harith Iskandar juga menyentuh tentang polis Malaysia yang pada pandangannya amat lembab, bodoh, dan bangang.

Yang Demang tidak pasti ialah, Harith Iskandar ni orang mana sebenarnya?




Foto Jezamine Lim, isteri Harith Iskandar yang diambil di http://www.ohbulan.com/gambar-jezamine-lim-isteri-harith-iskandar-berbikini-covergirl-majalah-shape/

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Orang Malaysia shj yg gemar gelarkan org melalui sifat fizikal spt botak, gemuk dll?

    ReplyDelete
  2. DJ radio melayu pun kena perli...

    ReplyDelete
  3. mohon copy bro .. tak mustahil Harith adalah salah seorang spesis Bob Lokman ...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.