Berita Harian online pagi ini menyiarkan kajian saintis di Mumbai bahawa sperma lelaki semakin menyusut dan dijangka menjadi sifar menjelang 2062.
Jika demikian Demang buat kesimpulan awal bahawa lelaki terakhir mampu memancutkan mani yang mengandungi spermanya pada 2062 dan dari situ akan lahir kanak-kanak terakhir pada tahun tersebut atau tahun berikutnya.
Dengan andaian usia manusia mungkin mencapai 100 tahun maka dengan tiadanya kelahiran terbaru maka menjelang 2162m berakhirlah sudah generasi manusia.
Berdasarkan firman Allah Taala bahawa manusia dicipta sebagai khalifah di dunia ini maka secara logiknya semua kehidupan perlu ditamatkan lantaran khalifahnya sudah tiada.
Demang bukan langsung hendak menjadi peramal kerana Demang yakin bahawa tarikh qiamat adalah milik mutlak Allah Taala.
Justeru Demang cuma nak beritahu bahawa kajian saintis ini boleh dibaca tetapi tidak begitu praktikal.
Dalam hidup ini bukan semuanya boleh dikira menggunakan angka dan statistik.
Begitu juga dalam isu PTPTN, walaupun angka adalah fakta namun di sebaliknya terdapat empat unsur yang berpadu iaitu intelektual, rohani, jasmani, dan emosi.
Itu sebenarnya yang ingin kita bina dan ia perlu difahami benar-benar.
Itu sebabnya Demang sarankan agar menteri pengajian tinggi bersama para pentadbir di semua universiti bersungguh-sungguh memberi kefahaman pada para pelajar tentang semangat PTPTN, bukan sekadar mencongak dan membandingkan angka.
Pelajar adalah kata nama untuk orang yang sedang belajar maka ajarilah mereka agar mereka tidak menjadi kurang ajar!
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.