Cerita 1
Seorang makcik bercerita:
"Polis langgar orang yang berdemo di dataran, abis berterabur. Ada yang mati."
"Mana makcik tahu?" tanya Demang.
"ada video dalam Youtube". Balas makcik tersebut.
"Makcik tengok?" Demang mengorek.
"Tak, orang cerita." Jawab makcik.
Hmm. Demang dah agak.
Cerita 2
Demang buka internet dan mencari maklumat berkenaan cerita makcik tadi dan menemui beberapa video berkenaan.
Betul. Sebuah kereta kelihatan merempuh beberapa orang di sebatang jalan raya.
Hmm. Nampaknya khabar yang didengar itu benar.
Cerita 3
Demang menggelintir lagi dan menemui satu lagi video. Kali ini diletak di sebuah blog propembangkang.
Video tersebut lebih jelas dan diambil dari sudut lain. Di bawahnya terdapat beberapa komen. Ada yang pro dan ada yang kontra.
Demang pun cuba menulis komen di situ namun tak tahulah samada disiarkan atau tidak.
Rasa geram campur kelakar apabila melihat pembangkang yang memperjuangkan ketelusan sambil mengutuk kerajaan yang didakwa mengongkong media nasional rupa-rupanya menapis komen dalam blog mereka.
Hmm. Lawak.
Cerita 4
Salah satu komen pada blog di atas menyatakan bahawa beliau berada di tempat kejadian dan nampak apa yang berlaku. Pemandu kereta tersebut dibaling dengan objek termasuk botol air mineral sehingga tidak dapat mengawal kenderaannya.
Cerita 5
Demang lihat di televisyen seorang lelaki ditemuramah pemberita. Kepalanya berbalut. Beliau mengaku memandu kereta tersebut.
Menurut lelaki itu beliau seorang anggota polis berasal daripada Terengganu dan tidak begitu mahir dengan Kuala Lumpur.
Ketika memandu itu beliau telah dibaling dengan beberapa objek keras yang memecahkan cermin dan mengenai kepalanya.
Akibat hentaman objek-objek tersebut beliau tidak sedarkan diri dan menyebabkan kereta berada di luar kawalan.
Beliau hanya sedar ketika berada di hospital dan mengetahui berkenaan kemalangan melalui cerita rakan dan melihat Youtube.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.